CM 10

224 13 4
                                    

"asalamualaikum" Pintu bilik wad aku dibuka.

"waalai-" Tak semena menanya aku menangis dengan kuat. Orang yang berada di pintu itu cemas. Beg kertas yang dibawa olehnya diletakkan di meja sebelah katil aku.

"Arissa kenapa ni? Arissa? eh nak menangis ni kenapa?" Soal orang itu dengan cemas. Aku masih terus menangis.

"Dr Hafiz... Dr Hafiz" Dia masih boleh tayang muka blurr dia. Lengan baju aku dah basah sebab hingus dan air mata aku lap di situ. Dia masih senyap.

"kenapa dengan Dr Hafiz?" Soalnya lembut. Aku memandang dengan mata yang dah berat ni kearahnya.

"Dr Hafiz cakap Dr Talha dah tak ada." kata ku dengan suara yang macam apa tah. Suara baru lepas menangis agak lah kut. Masih merugu lagi tu. Bahana rindu ni.

"Memang saya tak ada dekat sini. Saya buat umrah dengan family. Dr Hafiz tu kan kuat bergurau." Di akhir ayat dia hampir ketawa. "Dah la janganlah menangis lagi. Saya dah balik dah ni. Rindu sangat ni" sempat dia ketawa.

"Dr Hafiz ti-tipu. Uwaaaa..." Dr Talha hanya tersenyum sambil menggeleng geleng kepala. Ambil masa lah jugak untuk aku berhenti menangis.

"Dah eh. Saya hidup lagi ni." ujarnya. Aku tenang sekejap. Beg kertas yang dia bawa tadi dia suakan kearahku. "Saya beli coklat ni khas untuk awak. Sorrylah tak ada jenama cadbury. Ni semua yang kurang manis punya. trylah. sedap"

Agak banyak jugak coklat dengan pembalut warna warni. Ada yang ada kurma. Orang baru balik umrah katakan.

"Awak ingat tak yang first time saya jumpa awak dekat lif tu. Yang saya panggil awak Alisa tu?" Aku hanya mengangguk dengan mulut yang penuh dengan coklat. Dia ketawa perlahan. "slow slow makan tu." Aku tayang sengih

"ingat ingat" Jawab ku laju. Dia duduk di kerusi pelawat di sebelah katil aku.

"Masa tu mak saya mintak tolong bank in duit nak pergi umrah. Takkan awak tak dengar kut?" Soalnya. Aku cuba mengingati balik. Hmmm... jap.

"tak ingatlah." Mendatar aku jawab. Coklat lagi penting. "Sebab masa tu pakcik wad kenanga tu nak balik" pakcik yang dia selalu datang melawat. Dr Talha hanya mengangguk sahaja. "ha! Tadi saya pergi kubur arwah pakcik tu" Nada suara aku bertukar sedih.

"saya tahu." Jawabnya selamba. Aku angkat muka yang penuh dengan tanda tanya ni. "Dr Asnita yang cakap tadi" oh baru faham.

"thanks tau" Kataku sambil mengangkat coklat ke lima yang bakal aku makan ni kearahnya. "eh jap!" Kotak di bawah katil aku tarik. Sebotol besar air manggo aku keluarkan. "nah. Jus manggo. Abang saya buatkan"

"thanks" ucapnya dengan senyuman. Dia berdiri bersama botol tu di tangan. "saya nak sambung kerja. Jaga diri tau." Aku mengangguk laju dengan muka tayang sengih. Dia tersenyum dan bergerak kearah pintu

"bai bai" Ucap ku. "jaga kesihatan" Sambung ku lagi. Dia yang tadi melambai aku terus ketawa. huuuuu~ Hidup lagi rupanya.

*

"hahaha betul apa yang aku cakap. Aku cakap. Kau dah jejak kaki dekat tanah suci sana masa umur muda. hahaha lawak ah" Hafiz dah mengetuk ngetuk meja.

"oi kuatnya kau gelak. Sabarlah sikit" Tegur Dr Amar di depan kitaorang ni. Tawa Hafiz makin reda. Dr Amar sambung kembali mengunyah kuih muih yang dibelinya. Kami duduk di pantry bahagian dietician. Lepak sekejap.

"ha! Amar, Arissa tu sakit apa Mar?" Soal Hafiz tiba -tiba. Amar mengangkat tangan supaya menyuruh Hafiz tunggu sementara dia menelan kuih dalam mulut. Jus mangga aku yang terhidang dirembat Amar. Duaorang ni selalu main ambik air orang jer.

"Arissa tu dia dah makin ok dah. Dia sa-" Belum sempat Amar habiskan ayat, pintu bilih pantry terbuka dengan luas. Kelihatan Dr Imran dengan muka cemas dia. Agak semput dia aku tengok.

"Bini aku. Aku dah jadi ayah" Ujar Imran dengan Bangga. Segera kami bertiga bangun. "baby girl wyeh" Jelas riak bangga Imran. Mata dia kesan baru lepas menangis

"Aku jadi uncle wyeh! Dah jom!" Laung Hafiz. Aku just geleng kepala melihat perangai Hafiz.

*

"nama dia Arissa Iqwani." Jelas Kak Nita dengan nada berbisik. Bayi yang baru lahir di dukungan DrImran itu dicubit sedikit pipinya.

"Arissa junior" Kata Arissa yang tengah bangga di sebelah aku. Bila dia sampai pun aku tak sedar. Budak ni kuat merayap betul. Sampai wad bersalin pun dia boleh singgah.

"Ok kalau anak lelaki lepas ni Kak namakan dia Hafiz ok?" kata Hafiz yang tak puas hati. kak Nita sempat menjeling Hafiz.

"Tak sampai sehari dia lahir kau dah nak mintak adik untuk dia" lengan Hafiz yang berkot itu dipulas oleh Kak Nita. Meraung hafiz kesakitan.

"betullah. Nama Arissa je. nak nama Hafiz jugak" Hafiz mencebik. Aku mendekati bayi di Dr Imran itu. Comel. putih macam Dr Imran dan mata dia ikut kak Nita. Jari telunjuk aku di genggam oleh bayi tersebut. Dr imran hanya tersenyum.

"Arissa tu maksudnya Kuat. Akak nak lah dia kuat macam Arissa ni" Arissa dah tersengih. Pipi remaja itu kak Nita cubit. "kan betul akak cakap. Arissa mampu kan."

*

"Aku terima nikah Arissa Mawara binti Muhammad Aizudin dengan mas kahwinnya satu ribu ringgit tunai"

Arissa tersenyum manja sambil memandang kearah ku. Aku membalas kembali. Senyuman yang boleh buat dia kuat. Arissa yang bermaksud kuat. Dia kuat. Dia boleh.

Jika tanya dia sakit apa, biarlah hanya dia dan isterinya, Dr Zul, Dr Amar, Dr Imran, Dr Asnita, Tan Sri, abang abangnya yang mengetahui sahaja. hafiz masih clueless.

Arissa... terima kasih kerana menjadi contoh untuk aku bangkit kalau aku jatuh. Tanpa dia sangka si remaja yang selalu berkaki ayam ni akan menjadi isterinya. Siapa sangka. Melainkan Hafiz dan Amar yang dah lama menjangka termasuk Mukhlis dan Muaz sekali.

Sekali lagi, terima kasih Arissa...

Tamat

SyazwanTalhaXArissaMawara


Cadbury ManggaWhere stories live. Discover now