Iman

88 11 1
                                    

Aku tak pandai tulis tajuk tolong abaikan tajuk bukan bukan tu. Takpe gelak la. Aku pun ambik masa seminit nak henti gelak

°°°°°°°°

"Abang...." rengeknya dengan manja. Aku meneruskan kerja ku tanpa memandangnya.

Cik Jiha pula cuti seminggu sebab anaknya nak masuk Universiti. Jadi kerja rumah semua aku dan Arissa silih berganti buat.

Selepas kejadian semalam dengan 'Iman', aku mula buat silent treatment dengan Arissa

Aku sumpah terasa. Isteri aku sakit luka bagai tak akan itu pun aku tak tahu. Sanggup dia rahsiakan daripada aku

"pandang la sini" lengan aku ditarik tariknya. Akibatnya laundry bag yang aku pegang jatuh ke atas lantai. Haih...

"Abang..." Suaranya mula crack. Aku memandangnya. "Jangan la buat Ara macam ni" Lengan aku dipautnya

Ara Dia mula bahasakan diri dia Ara. Satu improvement. Ara pun comel apa

Aku mula simpati tapi dalam masa yang sama aku tetap kecewa. Perlahan lahan lengan aku tarik dari genggaman dia. Tapi makin aku tarik makin kuat dia paut.

"abang nak cuci baju" Walaupun baju biasa kami hantar dobi, tapi hari ini aku sahaja sibuk kan diri walupun harini hari cuti aku. Matanya berkaca. Aku terdiam. Lagi sekali perlahan lahan aku menarik lengan aku. Kali ini dia lepaskan

Laundry bag yang terjatuh tadi aku kutip. Tanpa berkata apa apa aku terus menaiki tangga ke tingkat 3. Arissa mengekori langkah aku tanpa banyak bunyi

Mini library aku masuk. Jap. Siapa cari baju kotor dekat mini library?

erghhh. Aku turun tangga balik dan pergi ke tingkat dua. Arissa masih mengekori aku. Bilik tidur utama aku masuk

Takde jugak. Haihhhh apa nak buat ni

Sudahnya beg laundry itu aku tinggalkan di dalam bilik dan turun ke ruang tamu dan duduk di sofa bersama phone di tangan. Layan Twitter je la kut

"abang..." panggil Arissa perlahan. Aku menoleh ke arahnya yang berdiri tak jauh dari aku aku. Ha sudah....

Serta merta aku bangun dan dakap badannya. Dia menyorokkan mukanya di dalam pelukan aku. Bahunya aku usap usap perlahan.

"dah dah. Nanti selsema" Makin aku cakap makin kuat dia menangis.

"Ara sayang A-abang je la. Ta-Tak ada orang lain dah. A-Ara takut kalau abang marah y-yang Ara ja-jatuh katil hospital" Katanya dengan sedu sedan. Haishhhh apa yang kau dah buat ni Wan

"Abang tak pernah marah sayang. Kenapa fikir macam tu. Bagitau abang apa apa yang jadi. Bukannya orang luar. Siapa Iman tu sayang? dia orang luar. Abang cuma terkilan sayang prefer bagitau dia daripada bagitau abang." Kata ku dengan nada yang perlahan. Arissa masih menangis tanpa henti dalam dakapan aku.

"Ara mintak maaf" Katanya setelah sekian lama menyepi.

"antara kita sepatutnya tak perlu ada rahsia sayang"

Antara kita sepatutnya tak perlu ada rahsia sayang

itu yang dipanggil ayat makan tuan balik.

Aku sendiri yang terasa dengan kata kata yang baru aku ucap tadi

Wan...

°°°°°

"Mintak milo. Yang sampai milo ais. Penat ah hidup macam ni. Ha sudahhh. Masa depan aku dah gelap. Ouh tidakk" Hafiz yang dari tadi sibuk membebel kini tak senang duduk pulak

"Kau jangan sampai kasut ni naik dekat kau Hafiz" Kata Kak Nita yang duduk di sebelah Hafiz. Sempat dia hadiahkan jelingan maut

Ais yang terapung apung di dalam cawan itu aku tolak masuk dengan menggunakan straw. Jus mangga masih menjadi pilihan aku. Tak tau nak cakap apa baik aku senyap je

"Apo eh akak ni. Kalo jumpa den jo asyik gaduh. Nangis ah gini" Kata Hafiz. Muka seposen dia tayangkan

"Hafiz.." Kata kak Nita dalam senyuman. "Nasib baik laki aku depan ni. Kalau tak dah kena kau Hafiz" Doktor Imran ada je duduk sebelah aku ni ha. Dia busy mengunyah dari tadi.

"ha tau takut. Hahaha kak saya menang" Hafiz ni memang tak faham bahasa betul la. Bila aku pandang Doktor Imran sebelah aku dia geleng kepala je dengan mulut dia yang penuh

"biarkan je diaorang Wan. Jangan layan" Agak menyembur jugaklah bila Doktor Imran bercakap dengan mulut yang penuh.

"Abang ni makan macam budak budak. Kalah si Arisa tu" Kak Nita bersuara sambil menghulurkan tisu kepada suaminya itu.

Ingat lagi Arisa? Anak perempuan kak Nita dengan Doktor Imran. Tak silap aku umur Arisa dah dekat 2 tahun kut.

"Wan, aku dah set semua benda just tinggal satu borang je lagi lepastu kita dah boleh proceed dah." Kata Doktor Imran selepas lap mulut dia dengan tisu yang Kak Nita bagi

Aku hanya mengangguk sahaja. Hafiz dan Kak Nita senyap seolah olah cuba untuk tahu apa yang Doktor Imran dan aku maksudkan

"I think dalam next month. 20 something maybe. Just prepare apa yang patut. Aku rasa kau dah tau kena buat apa kan?" Sekali lagi aku mengangguk.

Guna mulut tu Wan. Bercakap. Bukan main angguk angguk je.

"Eh kemain senang lagi deal dengan kau ni. Tak banyak bunyi" Sempat Doktor Imran ketawa. Aku hanya tersenyum.

"Thanks" Ucap ku sepatah. Aku menyambung kembali kerja aku tadi iaitu sedut air dengan senyap. Bila aku pandang depan aku, Hafiz dah tenung aku. Sama juga macam kak Nita

"A-apa?" Ujarku sedikit gugup. Mana taknya sekali dua pandang aku mana tak malu aku.

"Kau en... pandai main rahsia eh sekarang. Baik kau cakap dengan aku amende ni. Kalau tak H kau aku tibai" Ugut Hafiz. Dia nak serius tapi bila aku tengok muka dia rasa nak gelak pulak.

Tapi aku batalkan niat aku nak gelak bila dia mention H tadi. Aku jarang bawak Honda Civic aku, sebab aku lebih suka bawa Hilux. Jadi bila aku bawak 'H' ni keluar Hafiz tahu kelemahan aku. Sebab Arissa sayang sangat dekat H ni so Hafiz akan ugut aku dengan 'nak tibai H'.

"tah Wan. Akak pun nak dengar" Sampuk Kak Nita.

Kedua dua wajah itu aku pandang. haih...

Aku tarik nafas yang panjang sebelum mula bercerita.


Cadbury ManggaWhere stories live. Discover now