+ nine

295 52 0
                                    

+ Lee Geon Hak

harini dah genap tiga minggu aku dengan Yulia dekat korea . kami berdua dah siap cari tempat tinggal semua.

harini aku dengan Yulia nak pergi melawat seo yeon. berdebar weh. aku takut aku kena halau dengan appa si seo yeon tu je .

kami berdua menaiki teksi terus ke hospital besar di Seoul.

fuh, sekarang ni aku betul-betul berdiri dekat depan wad seo yeon. and aku nampak ada appa dia. Yulia disebelah aku mengengam tangan aku sebelum mengetuk pintu wad.

" annyeonghaseyo ahjussi. saya woo yulia dan sebelah saya ni namchin saya Lee Geon Hak. kami berdua kawan kepada seo yeon sewaktu highschool. boleh kami melawat dia?"

aku tak tahu mana dia dapat kumpul keberanian untuk bersemuka dengan appa seo yeon.

" ahh, masuklah. janji kamu bukan choi hyunsuk. " aku dah mula rasa bersalah.

" kenapa dengan choi hyunsuk ahjussi? " aku kena tanya juga sebab nak kumpul maklumat.

" kamu tak tahu ke disebabkan dia seo yeon terlantar dekat sini setahun. ada hati nak melawat nak tunjuk baik konon. meluat ahjussi tengok dia. " aku rasa sekarang adalah masa yang sesuai untuk beri tahu perkara yang sebenar kepada appa seo yeon.

Yulia di sebelah katil seo yeon mengengam tangan seo yeon. aku tahu dia rasa bersalah dengan apa yang dia telah lakukan.

bukan dia sorang saja, termasuk aku .

aku rasa simpati terhadap hyunsuk. bagaimana agaknya dia sekarang ni? terus ke tidak.

" sini la geon cakaplah dengan dia. selalunya orang koma dengar tau apa yang kita cakap dekat dia. kasi kata-kata semangat. " yulia mencapai tangan aku dan menarik aku berhadapan dengan seo yeon.

appa seo yeon? dia dah pulang ke rumah katanya ada hal .

" annyeong seo yeon, ni aku Lee Geon Hak. aku rasa kau kenal aku siapa, orang yang langgar kau 1 tahun yang lepas sampai kau terlantar dekat sini.

aku tahu kau nampak aku dekat tempat kejadian waktu tu . aku buat macam tu sebab aku tak puas hati kenapa kau pilih hyunsuk.

lama kelamaan aku fikir balik aku menyesal sebab buat kau dengan hyunsuk merana. padahal aku dengan hyunsuk kawan baik sejak dari kecil.

selama setahun aku dengan Yulia  menyembunyikan diri . akhirnya aku dengan Yulia tekad nak serahkan diri dekat pihak berkuasa.

aku perlu jumpa hyunsuk dan minta maaf dekat dia. serta appa kau. kalau tak disebabkan aku dengan Yulia mesti kau dengan hyunsuk dah bahagia sekarang. "

aku luahkan apa yang terbuku dalam hati aku ni, aku tak boleh nak pendam lama-lama sebab aku takut kalau aku tidak sempat untuk minta maaf.

Yulia disebelah aku hanya menangis, aku cuba tahan untuk tidak mengalirkan air mata.

" maafkan aku , Kil Seo Yeon " aku menarik Yulia bersama aku keluar dari wad tersebut sebab aku tidak mampu untuk berhadapan dengan dia lagi.

ini mungkin kali terakhir kau akan jumpa aku dan Yulia, Seo Yeon ah.

TBC

TBC

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[끝]with you ; choi hyunsuk Where stories live. Discover now