Novel: Akulah Si Heroin! (Bab 6)

940 56 2
                                    

BAB 6

JEMARI yang laju berlari di atas papan kekunci, tiba-tiba jadi kaku. Haziq raup wajah dengan telapak tangan. Mulut terkumat-kamit beristighfar diselangi dengan selawat, berharap idea akan muncul. Apabila satu muk berisi coklat panas terletak elok di sebelah komputer ribanya, Haziq angkat muka.

"Minumlah dulu. Abang asyik stres aje kebelakangan ni," kata si adik bongsu, Warda.

"Baiklah adik abang. Patutlah Zaini sayang." Dengan senyuman melebar, Haziq capai muk tersebut. Kalimah bismillah diucap lalu coklat panas disisip perlahan. Tanpa kata, Warda labuhkan duduk di kerusi sebelah Haziq. Tangan menongkat dagu sambil memandang si abang.

"Abang buat manuskrip baru?"

"Tengah cuba buat draf."

"Cerita apa pula?"

"Cerita pasal seseorang yang struggle dalam kehidupan dia. Seorang heroin yang tak perlukan hero untuk jadi kuat sebab she herself is a warrior," beritahu Haziq. Jemari mengurut dahinya lembut sebelum keluhan dilepaskan.

"Cerita thriller lagi? Romance action?"

"Romance. Plus a little bit of melodrama. Berlatarbelakangkan rakyat biasa aje, tak ada orang gila, tak ada dendam atau Tan Sri dan Datin Sri. Just so you know, a strong heroine tak semestinya kuat fizikal dan boleh berlawan, bertarung. Ada orang yang kuat mentalnya. Tabah, cekal dan tak mengalah dengan apa aje yang mendatang."

Warda mengangguk-angguk perlahan, mengerti apa yang cuba disampaikan Haziq. Sebelum ini di dalam novel bergenre cinta, Haziq membayangkan watak heroinnya sebagai seorang insan lemah. Bak kata orang putih, 'a damsel in distress' di mana watak si heroin memerlukan bantuan si hero untuk terus-terusan melindungi dan memberi bantuan kepadanya. Dan sekarang Haziq mahu mencipta satu watak yang berbeza daripada sebelumnya.

"Tadi adik tengok instagram abang. Bukan main lagi peminat-peminat abang. Request nakkan nama dia orang sebagai watak heroin jadi bolehlah dia orang angan-angankan dia orang bercinta dengan abang. Urgh tolonglah," tempelak Warda sambil tubuhnya sudah digerak-gerakkan kegelian. Mengenangkan puluhan komen di laman sosial si abang, dapat Warda rasakan perutnya mual.

Ya, Warda bersyukur dengan peminat-peminat abangnya. Merekalah penyumbang pada kejayaan abangnya menempa nama sebagai penulis novel dan masih lagi bertahan walaupun sudah tiga tahun berlalu. Namun ada masanya, Warda sedikit terkilan. Meminati tak salah tapi janganlah melampau hinggakan maruah seorang wanita kelihatan begitu rendah. Perasaan jelak Warda sama tinggi seperti membaca komen-komen kaum lelaki di akaun artis wanita atau instafamous.

Adakah memuji berlebih-lebihan sehingga ke tahap memuja dan fanatik sudah dianggap satu norma? Adakah Warda sudah ketinggalan zaman? Adakah Warda akan dilabel berfikiran kolot oleh mereka semua?

Soalan yang Warda ajukan pada diri sendiri, sudahnya Warda jawab dengan jongketan bahu.

Lain orang, lain perspektifnya. Lain orang, lain fikirannya.

Kali ini Warda mengangguk pula, bersetuju dengan buah fikiran sendiri.

"Baguslah. Termenung sendiri, angguk-angguk sendiri, lepas tu geleng-geleng sendiri. Kenapa? Skru kat leher dah longgar? Meh abang check," tegur Haziq. Tangan menyentuh kepala Warda. Terteleng kepala si adik ke kiri dan ke kanan. Tak cukup dengan itu, kepala Warda bergerak ke depan dan ke belakang pula.

"Abang! Apa ni?" bentak Warda apabila dirinya tak lagi betah diperlakukan sedemikian. Bunyi tawa Haziq menampar telinganya sebaik saja kepala Warda dibebaskan. Ketawa sakan si abang. Terhibur dapat mengenakan si adik bongsu.

Akulah Si Heroin! [TERBIT - KARYASENI]Where stories live. Discover now