Novel: Akulah Si Heroin! (Bab 12)

621 47 7
                                    

BAB 12

PINGGAN beralih daripada dulang ke atas meja. Gelas turut dialihkan. Semuanya dilakukan dengan penuh tertib.

"Bon appetit," kata Aliya bersama senyuman tak ikhlasnya. Sebaik saja dia palingkan tubuh, senyuman Aliya lesap. Mulut dicebik-cebikkan berkali-kali, tanda dirinya sendiri tak betah dengan watak yang dilakonkannya sebentar tadi.

"Semalam marah-marah aku kat kedai kebab, hari ni dia layan aku baik pula. Confirm mental," bebel Haziq. Sesekali kepalanya menggeleng. Sesekali kepalanya mengangguk. Tangan ditadah untuk membaca doa makan kemudian air kosong di dalam gelas diteguk. Baru saja tangannya menyentuh sudu, bahu dipukul dengan dulang. Mencerlang mata Haziq memandang si pelaku.

"Aku baru nak makan, Su. Kau tak boleh muncul dengan sopan eh?" Haziq menyelar tanpa menunggu lama. Melihatkan Suraya sudah labuhkan duduk di kerusi bertentangan, mata Haziq meliar ke dalam kafe. Hari ini Mikro agak lengang dan seperti kebiasaannya, Suraya akan menemaninya.

"Melurlah. Mentallah. Merenglah. Kau tahu tak, tak elok gelar orang dengan nama-nama macam tu?"

Haziq pekakkan telinga. Sengaja buat endah tak endah dengan teguran Suraya.

Buku nota Haziq dijeling sekilas. Fokus Suraya tertumpu pada Haziq semula. Penasaran juga apakah hasil selama Haziq menayang muka di sini. Sudah dapat ideakah? Gelagat pelanggan-pelanggan Mikro mampu memberi inspirasi atau tidak?

"Kau masih writer's block ke? Atau dah ada mentol keluar daripada kepala kau?"

"Kenapa?"

"Kalau kepala kau dah bermentol-mentol, aku nak tendang kau keluar daripada sini," tutur Suraya bersama wajah tak berperasaannya. Sekali lagi Haziq tulikan telinga, buat-buat tak dengar bicara Suraya.

"Hari ni Melur tak nak tutup kedai awal ke?" Haziq mengalih topik perbualan mereka.

Gelengan diterima sebagai jawapan. Suraya menoleh ke kanan dan ke kiri sebelum tubuh didepankan untuk mendekati Haziq. Mahu berkongsi satu lagi cerita yang baru dia dengar pagi tadi.

"Ziq, kau tahu tak? Rupa-rupanya, adik Dekna masuk hospital tapi Dekna langsung tak beritahu kita orang. Tapi sebab Al dah terdengar, Al sengaja tutup kafe awal jadi Dekna boleh balik. Baik kan Al? Kalau macam ni, aku rela kerja dengan Al sampai bila-bila. Susah nak dapat bos yang baik dan peduli pasal pekerja! Gaji pun cun. Lepaslah nak bayar duit pinjaman dan duit belanja," kata Suraya dalam nada berbisik. Bertambah-tambah rasa hormat dan kagumnya pada Aliya selepas Farizul ceritakan perihal Dekna padanya. Usai bercerita pendek, Suraya sandarkan semula belakangnya pada kerusi.

Haziq tergamam. Seluruh tubuh jadi statik. Walaupun cerita itu ringkas, tetap juga ia memberi kesan padanya. Mata Haziq melilau, mahu mencari insan yang dia gelar 'Melur'. Sebaik matanya terpandangkan susuk tubuh Aliya di luar kafe, pencarian Haziq terhenti. Dilihatnya Aliya sedang berpeluk tubuh menghadap seorang lelaki. Haziq cerunkan matanya untuk mengenalpasti siapakah gerangan lelaki itu dan tahu-tahu saja...

"Ziq, kau nak ke mana?" Suraya menegur hairan apabila Haziq tiba-tiba berdiri dan jalan lurus keluar kafe.


LELAKI yang bersandar di keretanya direnung tajam Aliya. Terik matahari yang memancar di atas kepala cuba ditahan daripada menembusi kulit mukanya dengan meletakkan tangan di dahi.

"Awak nak apa lagi, Naim?" Aliya bertanya kepada Naim. Sebentar tadi Naim muncul di muka pintu kafe dan mengetuk pintu berkali-kali. Tangan dilambai pada Aliya sebagai isyarat memanggilnya.

"Baguslah kalau awak faham saya tak izinkan awak masuk Mikro lagi. And just so you know, saya masih marahkan awak. Saya tak boleh lupakan apa yang awak dah buat," kata Aliya. Naim dilihatnya menganggukkan kepala berkali-kali. Ketara di wajahnya, lelaki itu menyesali ketelanjuran sikapnya tempoh hari.

Akulah Si Heroin! [TERBIT - KARYASENI]Where stories live. Discover now