Novel: Akulah Si Heroin! (Bab 13)

678 42 7
                                    

BAB 13

BERJALAN beriringan dengan lelaki itu di sebuah taman tak berhasil menerbitkan perasaan bahagia di dalam hati Aliya. Kepala sudah menggeleng berkali-kali. Bibir menjuih.

"Kau ni bodohlah, Al. Kenapalah kau ikut cakap dia? Sampai ke sini dia culik kau. Masalahnya, tempat secantik ni jadi buruk tiba-tiba sebab dia wujud," kata Aliya perlahan. Lewat ekor mata, dia mengerling Haziq di sisinya. Untuk kesekian kalinya Aliya lepaskan keluhan berat.

"Hidup aku memang takkan pernah aman selagi kau wujud," tambahnya lagi, menggumam.

"Sesungguhnya aku maafkan kau sebab mengutuk aku, Melur..." ujar Haziq. Sememangnya bebelan demi bebelan Aliya didengarinya dengan jelas sedari tadi.

"Lagipun... Kau sure ke tempat ni jadi buruk disebabkan aku? Atau tiba-tiba kau rasa macam di syurga dan ditemani seorang bidadara? Ah sungguh indahnya dunia ini!" Haziq mula bermadah sambil kedua-dua tangan dibawa ke dada. Mata dipejam dan bibir membentuk senyum, seolah-olah dia benar-benar berada di alam fantasi.

"Ha. Ha. Ha. Kau? Bidadara? Jangan harap. Raksasa, yalah kut!" tempelak Aliya sekali gus buatkan wajah Haziq mencuka.

"Berani Melur samakan aku dengan raksasa?" soal Haziq dengan mulut separa ternganga namun Aliya buat-buat tak dengar. Rasa-rasanya telinga Haziq berfungsi dengan sangat baik maka tak perlulah dia berikan sebarang kesahihan.

Tidak jauh dari mereka, ada sebuah meja kayu empat segi dikelilingi empat biji bangku. Aliya atur kakinya ke arah situ manakala Haziq setia mengekori. Apabila Aliya labuhkan duduk di sebuah bangku, Haziq turut lakukan perkara yang sama. Mereka kini duduk berhadapan satu sama lain.

"Kau memang kena duduk situ eh? Tak boleh duduk tempat lain?" sela Aliya. Ada saja yang tak kena tentang Haziq hinggakan pilihan tempat duduknya turut dipertikaikan Aliya. Tangan Aliya mendepa pula.

"Taman ni sebesar alam tapi kau nak juga duduk depan aku!"

"Aku pun tak naklah cemarkan mata aku dengan tengok muka kau tapi nak buat macam mana? Walaupun kau stalker, mereng, mental... Kau tetap perempuan, Melur. Secara tak langsung aku ada tanggungjawab untuk jaga kau," jawab Haziq.

Tak dapat tidak, Aliya terkedu untuk beberapa saat. Bukannya kerana gelaran-gelaran yang diberi Haziq. Dia sudah terlebih lali dengan itu semua. Namun ayat terakhir Haziq...

Tangan Haziq dibawa ke atas meja lalu dia menongkat dagu. Anak mata memandang tepat ke sepasang mata milik Aliya. Meski tiada api yang dipancar mata Haziq, tak semena-mena Aliya rasakan punggungnya berbahang. Berkali-kali dia terpaksa angkat dan labuhkan semula punggungnya, seolah-olah dengan cara itu kehangatan tersebut boleh dipadam.

"Apa maksud kau bila kau cakap kau tak romanticise sexual harassment?" Haziq bertanya polos. Perkataan 'penasaran' bagaikan tertulis besar di wajahnya. Sungguh, hingga ke hari ini dia masih tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan Aliya. Tangan Haziq didaratkan di atas meja lalu tubuh diluruskan. Menuntut jawapan Aliya dengan soalan-soalan seterusnya.

"Kau classify perbuatan Naim as sexual harassment? Sama macam kes hari tu, bila tiba-tiba aje aku dekatkan diri dengan kau? Sebab tu kau melawan kita orang?"

Hilang terus api yang sedari tadi membakar punggung Aliya. Aliya kerutkan dahinya pula, hairan dengan soalan yang tersangat rawak itu.

"Jawablah, Melur. Aku nakkan jawapan, bukannya muka blur kau," kata Haziq, sempat menempelak Aliya.

Dalam kemalasan, Aliya ringankan mulut untuk memberi jawapan kepada Haziq. Jangan salah faham. Aliya belum lagi gila untuk melayan bicara lelaki itu. Sebaliknya Aliya mahu jelaskan salah satu prinsip hidupnya selaku seorang wanita.

Akulah Si Heroin! [TERBIT - KARYASENI]Where stories live. Discover now