BAB 7
"AKU rasa..."
Farizul pandang Aliya dengan dahi berkerut. Fokusnya mencari mana-mana menu baru untuk dicuba dan diolah menggunakan khidmat Google teralih pada Aliya. Dilihatnya Aliya sedang memandang ke satu arah, automatik Farizul talakan anak mata ke tempat yang sama. Sesaat kemudian, dia pandang Aliya semula.
"Kau rasa apa? Nak pergi ambil cili kat belakang? Atau nak blend cili?" sindir Farizul yang dibalas dengan jelingan Aliya.
"Dah seminggu kau asyik ungkit benda sama. Bosanlah, Fariz. Cuba cari topik lain untuk sakitkan hati aku. Alah bisa tegal biasa," sela Aliya sambil bibir dijuihkan di hujung kata.
"Fine. Hah kau rasa apa tadi?"
"Aku rasa... Aku cuma hire Su sorang. Tapi kenapa dia kena ada juga? Ini pakej kombo apa? Hire Suraya dapat Haziq sekali?" Aliya suarakan rasa hairannya pada Farizul. Sengaja menggunakan frasa 'pakej kombo' untuk menggambarkan kedua-dua insan yang tak ubah seperti belangkas itu. Tangan dibawa ke bahagian dagu lalu jemari mengetuk bibirnya perlahan, lagaknya bagaikan dia sedang memikirkan masalah besar.
Hari pertama Suraya bekerja di sini, tiba-tiba Haziq muncul pada waktu petang. Katanya mahu menikmati early dinner di Mikro. Masuk hari kedua, Haziq datang untuk menikmati makan tengahhari pula. Hari ketiga? Haziq sudah menjadi pelanggan rasmi Mikro. Silap haribulan, orang akan menganggap dialah pemilik Mikro memandangkan dia ada di Mikro sedari awal pagi dan hanya pulang apabila Mikro ditutup. Mana taknya? Lelaki itu tak hadir dengan tangan kosong. Bahkan bersama komputer riba dan juga buku nota. Sesekali Haziq ralit membaca dan menaip di komputer riba. Sesekali pennya menari laju di atas buku notanya. Lagaknya seperti dia sibuk merangka idea untuk mengembangkan lagi bisnes.
"Dia tak kerja eh? Tiap-tiap hari melangut kat sini. Macam carefree sangat! Dia anak CEO ke?" tanya Aliya sambil mata tak lepas memerhatikan Haziq. Sebaris senyuman di bibir lelaki itu sewaktu berbual dengan Suraya mengundang cebikan Aliya. Seingatnya, tak pernah sekalipun Haziq senyum ikhlas sebegitu padanya. Asyik-asyik menyengih sinis. Asyik-asyik senyum mengejek.
"Aku pun tak sure. Su tak ada cakap apa-apa pula tapi yang pasti, dia bukannya anak CEOlah. Kenapa? Kau nak cuba cucuk jarum kalau dia anak CEO?" tanya Farizul dengan kening diangkat-angkat. Sengaja mahu mengenakan Aliya dan natijahnya, dia menerima jelingan maut daripada Aliya untuk kesekian kalinya.
Bak kata Aliya tadi... Alah bisa tegal biasa. Jelingan itu tak beri efek langsung pada Farizul!
"Kalau dia anak raja sekalipun, aku tetap tak nak dengan dia. Kau pernah dengar cerita tak, pasal tangga kat rumah suami isteri terbalik?"
"Cerita apa? Kau baca kat mana? Facebook? Page Kisah Rumah Tangga?" teka Farizul yang sudah beriak selenga.
"Taklah, apa page KRT tiba-tiba? Cuba kau bayangkan. Kalau aku betul-betul kahwin dengan dia, kita orang tak bina rumahtangga tapi kita orang terbalikkan tangga kat rumah. Sebab berperang dua puluh empat jam, baling periuk kat satu sama lain, lempar kasut lagi!" Bersahaja Aliya tuturkan itu. Membayangkan tangga di rumah jadi terbalik secara literal, hati Aliya jadi terhibur sendiri.
"Hambar gila lawak kau!" Ikhlas Farizul memberi komen, sekali dengan pakej kerutan dahi dan muka menilai.
"Eh betullah! Tangga tu..." Niat untuk membela diri sendiri dan meneruskan lawak hambarnya terbantut bilamana nama Aliya dilaung dari jauh. Salah. Bukan namanya. Sebaliknya gelaran yang dikhususkan oleh Haziq untuknya seorang.
"Miss stalker!" laung Haziq sambil tangannya melambai-lambai pada Aliya. Automatik sepasang mata Aliya tertumpu padanya.
"Sini sekejap!" panggilnya lagi.
YOU ARE READING
Akulah Si Heroin! [TERBIT - KARYASENI]
Romance🌸 BLURB AKULAH SI HEROIN! 🌸 Pertama kali bertemu selepas bertahun-tahun tidak bersua muka, Aliya dan Haziq tetap menjadi seteru sama lain. Semuanya gara-gara stalker tegar Haziq yang menggunakan nama 'Aliya J' hingga tercetusnya salah faham di ant...