IDENTITI.

1.2K 83 7
                                    

Emilly pov

Aku kat mana ni? Kenapa semuanya.... Pokok??.. Ye!! pokok..aku ada dekat hutan? Bukan ke tadi aku ada dekat dalam kelas ke? Macam mana a-aku boleh ada dekat sini?

'Kamu jangan takut.. Dunia ni merupakan penghubung buat kita berdua. '

Penghubung? Penghubung untuk apa?

'Kamu kata,kamu nak kenal siapa diri kamu yang sebenar kan? Jadi saya bawa kamu ke sini. '

Memang la saya ada cakap saya nak kenal siapa diri saya yang sebenar. Tapi tak perlu lah sampai bawa saya ke sini. Seram lah.. Dah lah dalam hutan. Kabus tebal nak mati.. Suasana sunyi.. Eeiii!! 😨 ..sooo scaryyy.

' Jangan nak banyak bunyi 😑. Saya nak bagitahu identiti kamu pun kira sudah cukup baik. Kalau tak fikirkan nasib dunia ni, saya malas nak berjumpa kamu. '

Ye la.. Ye la.. Terima kasih sebab sudi berjumpa saya semata-mata nak bagitahu identiti saya.. Terima kasih banyak-banyak... Aku menundukkan badan 90 darjah.. Hormat sis..

'Sudah la. Kita tidak mempunyai banyak masa. Saya cuma nak kamu tahu , sebaik sahaja kamu keluar daripada dunia ni. Kamu akan lalui pelbagai cabaran dan halangan. Jadi, saya nasihatkan kamu jangan berjauhan daripada kawan-kawan kamu buat sementara waktu ini. '

Kenapa saya kena berkepit dengan kawan-kawan saya? Saya tak nak susahkan diaorang. Saya tak nak perkara yang sama berlaku pada.... Ryu.. Berlaku pada diaorang.

Aku dah tak sanggup nk tengok kawan-kawan aku menderita. Aku takut kehilangan diaorang . Aku takut. Aku dah tak ada sesiapa lagi dalam dunia ni melainkan Ayumi dan mereka. Aku sayang mereka.

'Emilly.. Ni untuk kebaikan kamu. Saya tak dapat nak beritahu kamu sekarang. Tapi saya janji pada kamu, suatu hari nanti saya akan ceritakan semuanya kepada kamu. Saya janji Emilly. '

Saya boleh percayakan awak ke? Macam mana saya nak jumpa awak lagi?

'Awak boleh percayakan saya Emilly. Saya dihantar oleh ibu bapa kamu untuk berjumpa dengan kamu. Sudah lama kami menanti kepulangan kamu. '

Jap.. Awak cakap ibu bapa saya hantar awak? Maknanya keluarga saya masih hidup? Saya bukan anak yatim la..

'Ya Emilly.. Keluarga kamu masih hidup. Cuma... Mereka.. '

Cuma apa? Apa yang dah jadi dekat mereka? Ibu bapa saya baik-baik je kan?

'Maaf Emilly.. Saya tak dapat nak ceritakan sekarang. Saya kena pergi dulu. Sudah sampai masanya awak balik. Kawan-kawan awak pasti risaukan awak'

Kejap.. Macam mana saya nak jumpa awak lagi?

'Awak panggil je nama saya. '

Apa nama awak?

'Nama saya ada dalam diri awak. '

Dalam diri saya? Apa yang awak merepek ni? Saya tak pernah jumpa awak pun.

Perempuan tersebut hanya senyum dan secara tiba-tiba angin bertiup kencang. Dan pada masa yang sama, gadis tersebut hilang dibawa angin.

Apa yang aku patut buat... Ehh... Ehhh.. Kenapa tanah bergegar ni...aku tak boleh bergerak...tanah ni kuat sangat bergegar.

Jap.. Asal pokok semua tumbang ni.. Macam jatuh dalam satu lubang je.
Lu-lubang.. Jangan.. Jangan lubang tu menghala ke sini.. Oh no no no.. Pompuan ni pun satu.. Tak cakap macam mana nak keluar dari sini.

Fallen in LOVE.. ( SKY KINGDOM ) Where stories live. Discover now