"Semua dah sedia ke?" tanya Allan. Hari ini mereka akan bergerak ke Green Kingdom seperti yang di rancang. Semua menganggukkan kepala tanda bersedia.
"Allan...Emily mane? Kuda dia ada dekat sini tapi dia tak ada." kata Ryu.
Riak wajah Allan mula berubah. Dia terjun (betul ke perkataan ni?😅) daripada kudanya. Dia berlari ke tingkat atas. Bilik Emily dituju.
Rakan-rakannya yang lain turut berbuat perkara yang sama. Masing-masing berasa tidak sedap hati. Seperti ada yang tidak kena. Walaupun mereka tidak dapat merasakan apa yang dirasai oleh Allan, tapi mereka tahu ada yang tidak kena apabila melihat air muka Allan tadi.
Pintu bilik Emily cuba dibuka. Namun terkunci daripada dalam. Tanpa berfikir lebih panjang lagi, Allan memecahkan pintu tersebut dengan kuasanya.
"Emily..Emily..mana kau?" tanya Allan. Setiap penjuru bilik dicarinya. Namaun tiada satu pun tanda kewujudan Emily di dalam bilik tersebut. Dahinya mula berpeluh hebat. Nafasnya semakin tidak teratur.
Mika yang baru sahaja tiba terus meluru ke arah Allan yang sudah terduduk di lantai bilik sambil memegang dadanya. Rakan-rakan yang lain hanya memerhati. Masing-masing tidak tahu apa yang perlu di buat.
"Ayumi..Ayumu..korang tahukan apa yang perlu dibuat?" tanya Naomi. Dia sudah agak perkara ini akan terjadi. Tetapi tidak sangka hari ketika mereka hendak bertolak. Nampaknya pihak musuh lagi cepat bertindak daripada mereka. Ayumu dan Ayumi memganggukkan kepala sebelum beredar.
"Allan..sabar. tarik nafas slow..slow.. Tenangkan diri kau. Kita akan cari dia." kata Shirota. Allan sudah pun dia bawa ke katil Emily.
"Ak-aku dapat..rasa yang..di-dia dah..tak ada dekat sini." kata Allan sedang menahan sakit di dada. Itu lah yang sering dia rasakan apabila Emily dalam bahaya.
"Maksud kau dia kena culik dengan musuh kita ke?" sampuk Ryu yang berdiri di sebelah Mika.
"Bu-bukan..Emily..di..dia.." kata-katanya terhenti sebelum semuanya gelap.
"Weh...asal pengsan cepat sangat ni? Kalau ya pun...cakap la dulu Emily kena culik dengan sapa. Haish.." kata Mika. Badan Allan yang tidak sedarkan diri digoncangnya macam marakas. Geram betul dengan kawannya ini. Nasib baik tengah sakit.
"Yang kau nak marah sangat ni kenapa? Kita boleh carikan Emily dekat mana. Sabar la. Ayumi dengan Ayumu tengah buat kerja tu." kata Naomi yang daripada tadi menjadi pemerhati. Badan Allan dibaringkan.
"Jangan risau, semuanya akan baik-baik sahaja. Aku tahu kau kuat." kata Naomi dalam hati. Wajah Allan yang dibasahi peluh ditatap lama. Dia tidak kuat melihat kawannya menderita seperti ini. Sedih..
****************************
EMILY POV...
Kenapa aku ada dekat sini? Bukan ke semalam aku tidur dekat bilik aku? Kakiku melangkah ke pintu bilik. Tombol pintu di pulas perlahan. Tidak berkunci!
Perlahan-lahan aku melangkah keluar daripada bilik. Tiada seorang pun lalu lalang di sini. Kaki aku terus diayunkan ke tingkat bawah. Sunyi. Itulah yang aku rasakan sekarang.
"Kau dah bangun?" sapaan daripada seorang lelaki memberhentikan langkahku. Kepala aku tolehkan ke arah ruang tamu. Kelihatan seorang lelaki berpakaian segak seperti putera raja sedang duduk disofa. Matanya merenungku tajam.
"Sa-saya dekat mana? Mana Allan dengan yang lain?" persoalan aku di biarkan sepi. Dia bangun dan berjalan ke arah aku. Aku hanya membatu.
"Kau tak kenal aku?" tanya si lelaki. Aku menggelengkan kepala. Dia mengeluh lemah. Seperti ada sesuatu yang mengganggu.
"Awak ke yang bawa saya ke sini? Boleh tak awak hantar saya balik? Saya dah lambat ni nak ke Green Kingdom. Allan dan yang lain mesti tengah tunggu saya." tanyaku dia menganggukkan kepala.
" Kau tak payah risau, kau selamat dekat sini. Kawan-kawan kau akan datang ke sini. Lagi pun buat apa aku nak hantar kau balik? Kau dah ada dekat Green Kingdom dah pun." kata lelaki tersebut. Langkahnya di bawa ke ruang santapan istana. Aku terkebil-kebil. Cuba menghadam kata-katanya. Aku mengikuti langkahnya daripada belakang.
Secara tiba-tiba dadaku berasa sakit. Peluh mula merintis di dahiku. Nafas juga sudah tidak teratur. Lelaki tersebut berhenti dan menoleh ke belakang. Lututku semakin lemah.
"Eh..kau ok tak ni? Kenapa ni?" tanya si lelaki. Aku hanya menggelengkan kepala. Sungguh aku sendiri tak tahu apa yang dah jadi. Secara tiba-tiba sahaja sakit tersebut menyerang.
"Aku bawa kau ke bilik. Kau rehat je. Nanti aku suruh pembantu istana hantarkan makanan." anggukan kecil aku berikan. Dia mengangkat tubuhku. Tangga didaki. Ya tuhan..dadaku semakin sesak. Kenapa ni? Apa yang dah jadi?
Badanku di baringkan di atas katil. Aku tak dapat dengar dengan jelas apa yang lelaki tersebut katakan kepada aku. Pandangan semakin kabur. Semakin lama mataku tertutup dan semuanya gelap.
End pov..
Someone pov...
Maaf aku terpaksa. Adik..abang harap adik buat kerja adik dengan baik. Cepat datang ke sini. Abang tak sanggup tengok 'dia' menderita. Aku merenung tubuhnya sebelum beredar.
End pov...
******************************
Pintu bilik Emily yang menempatkan Allan diketuk. Kelihatan Ayumu dan Ayumi di muka pintu bilik tersebut.
"Macam mana? Dapat tak?" tanya Naomi. Mereka berdua menganggukan kepala dan melangkah masuk ke
"Erkk..sebelum tu Yumi nak minta maaf" kata Ayumi. Kepala yang tidak gatal digaru perlahan.
"Se-sebenarnya..abang yang bawa Emily. Dia yang culik Emily. Maaf ye." katanya lagi.
"What the hell..mati-mati aku ingat Emily kena culik dengan musuh dia. Kenapa la abang kau tu selalu sangat buat benda yang menyusahkan." kata Ryu geram.
Yang lain mengeluh lega. Sekurang-kurangnya mereka tak perlu nak risau. Emily berada di tangan orang yang betul. Mereka sudah masak dengan perangai abang Ayumi ni. Suka bertindak melulu tetapi mendatangkan keuntungan.
"Kalau macam tu, kita gerak jelah ke sana. Aku pasti yang Emily pun macam Allan sekarang." kata Shirota.
"Ayumu..kau boleh teliportkan kami ke sana?" tanya Mika pula.Ayumu menggelengkan kepalanya.
"Aku masih tak dapat nak gunakan kuasa tu. Susah. Maaf ye." balas Ayumu serba salah. Dia masih lagi mencuba cara untuk aktifkan kuasanya. Sudah bermacam-macam cara siludah dicubanya.
"Nak buat macam mana kalau dah tak boleh guna. Tak apalah. Jangan salahkan diri kau. Kita cuba cara lain. Tapi sebelum tu, kita kena tunggu Allan sedar dulu la nampak gayanya." ucap Ryu.
"Buat apa nak tunggu Allan sedar? Kita boleh pergi sekarang." sampuk satu suara. Mereka menoleh ke beranda bilik. Kelihatan seorang lelaki berdiri sambil badannya disandarkan badannya ke pintu beranda.
"Eh!!..uncle Shin..bila sampai? Bukan ke sekarang uncle patut ada dekat sekolah ke?" tanya Naomi.
"Anak buah uncle dalam kesusahan. Takkan uncle nak tengok je?" kata Shin. Dia berjalan bergerak ke katil. Wajah Allan diperhatikan.
"Dah la. Cepat siap..kita berangkat sekarang. Uncle dah siapkan pintu untuk ke sana." kata Shin. Dia mengangkat Allan dan dia bawa ke belakang istana.
Yang lain hanya mengikut. Dari jauh sudah kelihatan pintu cahaya berdiri di tengah laman."Cepat..kita dah tak ada masa." kata Shin. Sebaik sahaja mereka melangkah masuk kedalam. Pintu tersebut hilang dengan serta merta.
*****************************
Someone pov..
Korang bergembiralah selagi boleh..hahaha...masa yang aku tunggu semakin dekat. Aku tak akan bagi kau dengan 'dia' hidup aman. Tunggu aku datang..
End pov...
*****************************
Hai..maaf sebab buat korang tertunggu. Hope korang enjoy. Jangan lupa komen and vote ye..
Jasa baik readers sekalian amatlah dihargai..😘
YOU ARE READING
Fallen in LOVE.. ( SKY KINGDOM )
FantasyEmilly seorang yang berhati lembut dan ceria. Ramai yang tidak mengetahui identiti sebenar gadis ini. Dia sendiri pun tak tahu identiti and dari mane asal usulnya. Kedatangan seorang jejaka telah merungkai segalanya. 😯 Jejaka yang bergelar dan di...