(Green Kingdom)
*****************************
Tuk..tuk..tuk..
"Sekejap.. Tak payah la ketuk pintu tu macam nak roboh!!" laung satu suara daripada dalam. Kakinya pantas diayunkan ke arah pintu utama istana. Sebaik sahaja pintu di buka...
"Abang!! I miss you so much." kata Ayumi sambil memeluk erat pinggang abangnya. Rindu..itulah apa yang dirasakan sekarang. Mereka jarang dapat meluangkan masa bersama disebabkan urusan yang perlu dijalankan.
"Baby...I miss you too." balasnya. Pelukan Ayumi di balas erat. Dia juga rindu adiknya sorang ni. Sejak kematian ayahanda mereka, Luis lah yang banyak mengambil alih. Walaupun dia masih lagi muda pada ketika itu, namun dia tidak sedikit pun kekok menjalankan amanat ayahandanya.
"Ehemm...kalau nak buat program jejak kasih bukan sekarang ye..Allan kena rehat ni. Kami pun dah penat." ujar Naomi. Geram pulak dengan dua beradik ni. Tak menyempat nak melepaskan rindu. Depan pintu juga di jadikan portnya.
"Eleh..macam lah korang jalan kaki. Uncle Shin yang bawa korang ke sini guna power dia." balas Luis bersahaja. Mood mengusik onzz!!
"Kau..." " Sudah la tu. Kamu ni Luis, kalau tak menyakat Naomi tak sahkan? Ada aje benda nak di gaduhkan." kata-kata Naomi di potong oleh Shin.
"Hehehe..sorry la uncle. Luis gurau je. Jangan marah..dah la jom masuk. Kesian korang. Mesti PENAT kan." perkataan penat sengaja ditekankan.
Naomi yang memandangnya tajam tidak diendahkan. Mereka semua masuk ke dalam istana. Luis sempat memesan kepada pengawal di luar istana supaya mengawal kawasan istana dengan lebih ketat.
"Luis, bilik Allan dekat mana? Takkan nak biar dia macam ni?" tanya Shin. Tangannya sudah lenguh mengangkat Allan daripada tadi.
"Bilik Allan sebelah bilik Emily. Tingkat 3, pintu warna hijau." katanya. Shin menganggukkan kepalanya dan naik ke atas. Mereka yang lain duduk di ruang tamu istana.
"So..Emily mana? Daripada tadi tak nampak dia. Bonda kau pun aku tak nampak." tanya Mika. Sofa berwarna putih emas diduduknya.
"Bonda aku ada urusan dekat luar negeri...Emily pula...keadaan dia sama macam Allan. Tak sedarkan diri." kata Luis.
"Aku dah agak dah. Selepas je Emily balik ke dunia ni, Allan dan Emily memang tak boleh berpisah. Aku tak tahu macam mana nak cakap. Tapi daripada pemerhatian aku, mereka saling berkongsi jiwa. Macam kembar." sampuk Ayumu pula.
"Adik dah cuba cari puncanya. Tapi masih lagi tak dapat. Mungkin masa lalu yang buatkan mereka jadi macam tu." kata Ayumi pula. Sepanjang perjalanan dia cuba untuk mencari sebab kenapa Allan dan Emily jadi begitu.
"Luis..kau kan pengguna gelombang. Tak boleh ke kau cuba gunakan gelombang kau dekat dua orang tu. Cuba masuk dalam pemikiran mereka." tanya Shirota.
"Aku bukan tak nak buat. Tapi..." kata-kata Luis terhenti. Dia takut. Takut kejadian yang sama berulang lagi. Kejadian yang hampir meragut nyawa adik kesayangannya.
"Abang..jangan risau. Adik tahu abang boleh buat. Abangkan dah kuat sekarang." kata-kata Ayumi menyentak hatinya. Tangan Ayumi diraih dan digenggam erat.
"Ab-abang takut. Takut perkara yang sama jadi dekat adik, jadi pada Allan dan Emily. Lagi pun lepas je peristiwa dulu, abang dah tak gunakan kaedah tu lagi." kata Luis. Ayumi tersenyum tawar. Dia tahu perasaan abangnya ketika ini. Tapi dia yakin yang abangnya boleh melakukannya.
"Uncle yakin kamu boleh Luis. Uncle dapat rasakan kuasa kamu sudah meningkat dan semakin stabil. Uncle bukan nak memaksa. Tapi kamu tahukan keadaan mereka berdua dalam bahaya." sampuk Shin yang sedangbberjalan turun daripada tangga. Langkahnya dibawa ke ruang tamu tersebut.
"Tahu..cuma...baikla Luis akan tolong tapi, boleh tak bagi Luis masa? Luis kena siapkan diri dulu." pintanya. Mereka yang mendengar menganggukkan kepala dan tersenyum kecil.
"Maaf kalau kami seperti memaksa kamu. Kita dah tak ada masa. Aku dapat rasakan yang mereka sedang merancang sesuatu yang lebih besar. Mungkin peperangan kali ni akan jadi peperangan terakhir untuk kita." kata Ryu.
Mereka semua terdiam. Memang tidak di nafikan yang musuh mereka semakin kuat. Selepas kejadian beberapa tahun yang lalu, mereka lebih berhati-hati. Musuh mereka cuma mahukan Allan dan Emily.
Sebab itu mereka perlu melindungi dan menjaga amanat terakhir itu dengan baik. Pengorbanan perlu dilakukan demi kadamaian semua. Sekarang setiap negeri sedang bersiap sedia.
"Uncle..kalau apa yang Luis buat ni tak berjaya, Luis nak minta tolong uncle jagakan Ayumi untuk Luis boleh? " minta Luis.
Shin mengangguk perlahan."Abang!!..apa yang abang cakap ni? Adik yakin abang akan berjaya. Jangan cakap macam tu lagi. Adik tak suka." suara Ayumi sedikit serak. Dia cuba menahan sebak.
"Hahaha..abang cakap je la. Abang tak akan tinggalkan adik. Adikkan amanat ayahanda. Abang kena la jaga adik sampai hujung hayat abang." Luis ketawa hambar.
"Janji dengan adik yang abang akan jaga diri." jari kelingking dinaikkan.
"Abang janji..dah la abang nak naik bilik dulu. Korang pun pergi la masuk bilik masing-masing. Malam nanti turun makan ya." kata Luis swbwlum beredar. Mereka juga turut melangkah naik ke bilik masing-masing.
*****************************
Luis pov..
Pintu bilik aku kunci. Kaki di ayunkan ke meja kerja. Gambar mendiam ayahanda yang berada di atas meja tersebut aku ambil. Aku rindu ayahanda. Kalau la dia ada sekarang. Sudah semestinya dia tahu nak buat apa.
"Ayahanda..Luis rindu ayahanda. Kenapa ayahanda tinggalkan Luis cepat sangat. Luis takut.." perlahan-lahan airmataku jatuh. Bingkai gambar ayahanda aku bawa rapat ke dada. Seolah-olah sedang memeluknya. Badan aku sandarkan pada dinding bilik.
Jujur aku katakan yang aku takut. Takut untuk melakukan perkara tersebut. Nyawa Ayumi hampir melayang disebabkan kuasa ni.
"Ayahanda..tolong Luis. Luis takut Luis tak mampu lakukan yang terbaik. Macam mana kalau perkara yang sama berulang? Luis tak nak korbankan nyawa sesiapa. Tolong Luis Ayahanda..tolong Luis.." esakan semakin memenuhi bilik aku.
Perlahan-lahan badanku melorot jatuh ke bawah. Apa yang patut aku buat??
End pov...
*****************************
Ayumi yang mencuri dengar percakapan abangnya juga mengalirkan air mata. Dia tak kuat melihat abangnya begitu. Dia tahu yang abangnya terseksa dengan kisam lampau. Selama ini abangnya hanya berlagak tenang walhan hampir setiap malam abangnya itu menangis.
"Adik tahu abang kuat..adik janji yang adik akan tolong abang. Adik janji." air matanya dinkesat kasar menggunakan belakang tangannya. Dia bertekat untuk meringankan kesusahan dan kesakitan abangnya. Walaupun terpaksa bergadai nyawa.
Kaki dibawa ke biliknya. Di dalam kepala sudah ada rancangannya sendiri. Mungkin agak berisiko..tapi itu semua tak penting. Yang penting orang yang dia sayang selamat.
*************************
Hai.... lama tunggu? Hehehe... Sis rajin sikit nak update cerita ni awal. So harap korang enjoy.
Jangan lupa komen and vote ye😘..
Thanks..
YOU ARE READING
Fallen in LOVE.. ( SKY KINGDOM )
FantasyEmilly seorang yang berhati lembut dan ceria. Ramai yang tidak mengetahui identiti sebenar gadis ini. Dia sendiri pun tak tahu identiti and dari mane asal usulnya. Kedatangan seorang jejaka telah merungkai segalanya. 😯 Jejaka yang bergelar dan di...