KENAPA AKU?

1K 61 4
                                    

Flashback...

"Tuanku..kita kena pergi dari sini sekarang..kita tak ada banyak masa!!"  jerit jenaral Zuko.

"Tap..tapi macam mana dengan anak dan isteri beta? Beta tak akan tinggalkan mereka. Mereka adalah tanggung jawab beta." kata King Hajime. Dia memandang kearah isterinya yang duduk di hujung katil dan anak lelakinya  yang sedang tidur. Keadaan puteranya yang kurang sihat menyebabkan dia berat untuk meninggalkannya.

Dia bergerak menghampiri kedua insan tersebut. Tangannya naik mengusap lembut rambut anak lelakinya yang berusia 10 tahun itu.

'Apa yang patut aku buat? Walau apa pun aku tak boleh biarkan 'dia' ambil anak aku. Allan, maafkan ayahanda kerana tidak dapat melindungi kamu. Maafkan ayahanda juga kerana mungkin kali ini adalah kali terakhir kita berjumpa. Ma..maafkan ayahanda.'  dia mengucup lembut pipi anaknya.

Air mata yang membasahi pipi di kesat kasar. Raut wajahnya berubah serius. Mata yang asalnya biru kehijauan berubah menjadi biru gelap sepenuhnya. Aura kegelapan mula menguasai diri.

'Tuanku...biar patik yang menjaga tuan putera. Patik berjanji akan melindungi tuan putera dengan nyawa patik sendiri.'  kata seorang budak lelaki sebaya putera Allan.

'Beta...beta bukan tak yakin yang kamu boleh menjaga putera beta. Tapi kamu masih terlalu kecil. Lagi pun kamu masih mempunyai seorang lagi yang perlu kamu lindungi. Bet...'

'Kalau orang yang tuanku maksudkan itu adalah patik..tuanku jangan risau. Patik boleh menjaga diri patik sendiri. Mika adalah adik patik. Patik yang sepatutnya menjaga dan melindungi dia. Bukannya dia yang patut menjaga patik. Lagi pun patik sedah anggap Putera Allan seperti saudara patik sendiri.

Tuanku sudah banyak membantu patik dan adik patik. Selepas kematian ibubapa pada 2 tahun lepas. Tuanku yang menjaga kami. Jadi kami rasa ini lah masa dan cara yang sesuai untuk kami balas segala jasa tuanku. Izinkan kami ..ayahanda' sampuk Shirota.

'Ayahanda sudah anggap kamu kamu berdua seperti anak ayahanda sendiri. Ayahanda sayangkan kamu. Ayahanda tak nak perkara buruk terjadi pada kamu berdua dan Allan. Tapi kalau itu yang kamu berdua nakkan ayahanda terpaksa izinkan. Dengan syarat kamu berdua perlu hidup dan kekal selamat sehingga berjumpa dengan seorang raja di Sky Kingdom. Jumpa lah dengan rajanya katakan kepadanya tentang keadaan kerajaan ini. Dia akan mengerti. Boleh kamu janji dengan ayahanda?'

Suara nya sedikit kendur. Wajahnya menunjukkan yang dia sedih dan risaukan nasib yang bakal dilalui oleh kerajaan dan anaknya nanti.

Shirota dan Mika saling berpandangan sebelum tersenyum. Mereka menganggukkan kepala sebagai jawapan.

'Haihhh...kalau begitu ...beta nak kamu gunakan laluan rahsia yang telah ayahanda sediakan kamu akan pergi dengan jeneral Zao..kamu boleh percayakan dia dia adalah adik jeneral Zuko.'

'Bagaimana dengan permaisuri? ' tanya Mika.

'Kamu tak payah risaukan beta. Beta akan berada di sini bersama dengan ayahanda kamu. Kami akan cuba lengah dan pertahankan kerajaan ini selagi kami mampu. Bonda cuma nak kamu janji dengan bonda yang kamu akan jaga Allan seperti nyawa kamu sendiri. Bonda yakin yang kamu berdua boleh lakukan.' 

Wanita tersebut tersenyum kelat sebelum menghampiri putera tunggalnya.
Tangan kanannya diletakkan dia dada kiri anaknya sebelum satu cahaya hijau yabg terang meresap masuk kedalam badan puteranya. Air mata yang sedari tadi ditahan akhirnya tumpah juga.

'Bonda harap kamu jaga diri di sana. Jaga kuasa ini sebaiknya. Bonda dan ayahanda sayangkan kamu.' bibir nya mendarat di pipi anaknya.

'Apa yang bonda tengah buat tu ayahanda?' tanya Shirota.

'Bonda sedang pindahkan sebahagian kuasanya kepada Allan. '

'Shiro..Mika.. Mari sini sekejap.' panggil wanita tersebut.

Mereka mendekati bonda mereka dan secara tiba-tiba satu cahaya hijau terang yang menyerupai cahaya yang sama dengan cahaya Allan tadi.

'Kenapa bonda buat macam ni? Bonda tak perlu lah serahkan kuasa bonda pada kami pulak. Cukup la bonda berikan pada Allan sahaja. Kami tak penting. Kam...'

'Siapa cakap kamu berdua tak penting? Kamu berdua tetap anak bonda. Walaupun cuma anak angkat. Tak semestinya kamu berdua tak layak jadi anak bonda dan ayahanda. Bonda dan ayahanda dah anggap ibubapa kamu seperti adik beradik kami sendiri. Jadi  tak salahkan kalau bonda nak anggap kamu macam anak kami?'

'Bon..bonda..hik..hiks..terima kasih ..hikss.hikss sebab jaga ka..kami.' Mika memeluk ibu tirinya. Dia menangis teresak-esak. Dia akan rindukan suasana ni. Shirota tak ketinggalan. Dia turut memeluk dan menangis di dalam pelukan ibunya.

'Tu..tuanku..kita kena gerak sekarang ...separuh kerajaan telah musnah tapi tuanku tak perlu risau semua penduduk sudah dipindahkan ke kerajaan lain. Dan ada diantara mereka yang sanggup tinggal untuk membantu mempertahankan kerajaan. Tapi...patik dapat berita yang pihak musuh sedang gerak ke sini. Tuanku kena gerak sekarang.' Terjah jeneral Zao secara tiba-tiba.

'Tak..tak mungkin secepat ni. Kalau macam tu kamu perlu gerak sekarang. Zao!! Beta nak kamu dan orang-orang kamu iringi putera-putera beta ke Sky Kingdom. Pastikan mereka selamat dan gunakan jalan rahsia beta. Beta yakin mereka tak akan dapat kesan kamu semua . Cepat bergerak.'

'Baik tuanku..mari tuan putera semua ikut patik.' ajak jeneral Zao. Dia telah mengerahkan anak buahnya untuk bergerak ke laluan rahsia terlebih dahulu.

' Janji dengan ayahanda yang kamu akan jaga diri dan jaga Allan sebaiknya. Ayahanda sayang kamu semua.' air mata lelakinya tumpah jua. Dia tahu ini merupakan kali terakhir dia melohat putera-puteranya.

'Ke-kenapa ni..?' Tanya Allan yang baru sedar dari tidurnya.

'Allan anak bonda..kami harap kamu jaga diri ye nanti. Ingat pesan bonda selama ini. Pastikqn kamu jaga kuasa kamu baik-baik.'

'Kenapa bonda dan ayahanda nampak sedih? Apa yang dah jadi sebenarnya?' tanyanya lagi. Suaranya sedikit lemah. Mukanya masih pucat.

'Zao beta rasa baik kamu gerak sekarang. Beta dan permaisuri beta akan lengahkan mereka. Ingat jaga putera-putera beta sebaiknya lindungi mereka dengan nyawa kamu sendiri.' arah raja tegas.

'Baik tuanku..patik janji.' katanya seraya menunduk hormat.

King Hajime mendekati Allan. Dia tersenyum nipis.

'Allan boleh janji dengan ayahanda yang Allan akan jadi budak dan pemimpin yang kuat suatu hari nanti ? Ayahanda dan bonda dah tak dapat nak teman anakanda mulai sekarang. Kamu kena belajar berdikari. Janji dengan ayahanda'

'Allan janji..'

'Bagus lah kalau macam tu...maafkan ayahanda. Selamat tinggal' dia meniupkan debu bewarna biru muda ke muka Allan dan serta merta Allan pengsan tidak sedarkan diri.

'Patik akan angkat putera Allan sekarang.' kata Zao.
King Hajime hanya mengangguk

' Kamu boleh pergi sekarang.'

'Baik tuanku.' mereka bergerak meninggalkan raja dan permaisuri.

......................................................

'Kanda rasa mereka akan selamat?'

'Kanda yakin.'

End flashback....

*******************************
Hallo...sorry kalau tak best sangat...hope enjoy..

#vote...😘

Fallen in LOVE.. ( SKY KINGDOM ) Where stories live. Discover now