Kisah Silam..

957 56 7
                                    

Video di atas sekadar hiburan..harap maklum..😉

-----------------------------------

Sudah tiga hari berlalu. Mereka masih lagi tidak menjumpai apa-apa petunjuk. Keadaan di sekitar kawasan istana sudah terkawal. Kawalan di sekitarnya juga diperketatkan.

Allan dan rakan-rakanya berada di perpustakaan istana. Sedang berbincang tentang perkara yang berlaku tiga hari lepas. Manakala Emily tidak dibenarkan menyertai perbincangan tersebut. Jadi dia cuma duduk di dalam biliknya sahaja.

Emily pov..

Syiling putih menjadi tatapan mata aku. Selimut aku tarik sehingga ke perut. Haih..apa la nasib. Aku nak join meeting pun tak boleh. Kenapa 'dia' tak bagi aku join? Ke aku ada buat salah. Tapi apa salahnya?

Dah la bosan dalam bilik ni. Nak keluar pun aku bukan tahu nak pergi mana. Nak borak pun tak ada geng. Yang perempuan tu pun satu. Dia suruh aku cari budak yang pernah bersama aku dulu. Tapi dia tak bagi aku clue pun tentang budak tu.

Dia ingat senang ke nak cari.
Apa salahnya kalau dia bagi sikit clue. Lelaki ke perempuan,warna rambut ke, warna mata ke, tinggi ke, gemuk ke..senang sikit kerja aku. Ni tak lepas cakap blah macam tu je.

Tapi apa maksud dia yang masa depan kerajaan terletak pada tangan aku? Aku ni hebat sangat ke? Terbang pun tak pandai.

Tok..tok..tok..

"Hai..Jauh termenung. Dah sampai mana dah? " sapaan daripada seseorang telah mematikan lamunanku.

"Awak rupanya Shiro. Ingatkan sapa la tadi. Tak jauh mana pun. Masih dalam kawasan istana." balasku sambil tersenyum.

"Pandai ye loyar buruk sekarang." katanya dan bergerak ke arah beranda bilikku. Pintu beranda di buka.

"Saya belajar daripada awak la." aku bangun dan bergerak ke arahnya. "Kenapa awak ada dekat sini? Tak join diaorang sekali ke?" tanyaku dan mengambil tepat di sebelahnya.

"Tak. Saya dah tahu dah apa yang diaorang nak cakap. Sebelum perjumpaan, Allan dah bagitahu saya dulu. Dia yang suruh saya datang sini and tengokkan awak" katanya. "Tengokkan saya? Kenapa? Dia ingat saya boleh lari ke?" bebel aku sendiri. Sakit hati tau...

"Hahaha..Allan memang macam tu. Awak tak payah ambil hati la.". Kami sama-sama diam buat seketika.

" Shirota, awak tahu tak kenapa dia tak bagi saya join diaorang?" tanyaku. Aku harap sangat dia boleh jawab persoalan aku.

" Saya pun tak tahu Emily. Dia seorang yang sangat perahsia. Dia tak suka kongsi masalah dengan orang lain. " jawapan yang keluar daripada mulutnya sangat la tak membantu. Aku mengeluh kecil.

" Dia memang daripada dulu ke macam tu?" kali ni Shirota pulak mengeluh kecil.

"Tak. Dia jadi macam tu lepas satu kejadian. Dia hilang orang yang dia sayang. Waktu tu dia lost..macam dah putus asa untuk hidup. Setiap hari dia akan salahkan diri dia. Dia cakap sebab dia lah orang yang dia sayang mati."

"Ibu bapa dia ke?" tanya aku.
" Bukan lah. Ibu bapa dia dah lama meninggal. Waktu tu dia boleh terima kenyataan yang parents dia dah tak ada." katanya.

"Jabis tu, sapa orang tu?"

" Ishh...sabar la. Sya nak cerita la ni. Beberapa tahun lepas ibu bapa dia meninggal, dia terjumpa dengan seorang budak perempuan dekat dalam hutan. Budak tu sesat. Bila tanya parents dia dekat mana, dia cakap mak ayah dia dah mati kena bunuh. Dia larikan diri daripada penculik sampai dalam hutan. Bila Allan dengar je yang parent budak tu dah mati, dia ambik budak tu and jaga. Bila saya tanya kenapa. Dia cakap yang dia tak nak budak tu rasa apa yang dia rasa. Rasa sakit kehilangan orang yang kita sayang." Shirota mebgeluh lagi. Air mukanya juga berubah mendung.

Fallen in LOVE.. ( SKY KINGDOM ) Where stories live. Discover now