Luis Kirito (II)

1.1K 70 26
                                    

Flashback...

"Zain..macam mana dengan puteri beta? Keadaannya semakin baik ke?" Tanya Raja Yamato. Sudah 7 malam anaknya masih tidak sedarkan diri. Sedah bermacam tabib dibawa ke istana untuk merawat puteri tunggalnya.

"Maafkan patik tuanku. Keadaan tuan puteri masih lagi sama. Tiada sebarang tanda yang puteri akan sembuh. Maafkan patik." ujar si tabib bernama Zain.

"Tak apa Zain. Jangan salahkan diri kamu. Kita semua dah cuba yang terbaik." kata Yamato.

"Ayahanda, kenapa adik tak bangun lagi? Abang nak main dengan adik. Adik sakit ke ayahanda?" kata seorang budak lelaki yang berdiri di sebelahnya.
Tangan si ayah digoyangkan perlahan.

"Adik tak boleh main dengan Luis lagi. Adik tak sihat. Nanti adik fah bangun, Luis boleh la main dengan adik." kata si ayah. Anaknya hanya menganggukkan kepala. Katil si adik di panjat. Tangan kanannya diletakkan di atas dahi adiknya.

"Adik cepat sembuh ye. Nanti boleh main dengan abang. Kita main tembak-tembak macam dulu." kata si abang. Perlahan-lahan dia menuruni katil Ayumi. Yamato hanya tersenyum.

"Dah la Luis. Kamu pergi la rehat. Malam nanti jangan lupa turun makan ye?" kata Yamato. Luis menganggukkan kepalanya sebelum melangkah keluar daripada bilik Ayumi.

"Kanda, dinda rasa kita memang tak ada pilihan lain. Kita kena minta tolong dia. Lagi pun kuasanya sahaja yang mampu merawat Ayumi." kata permaisuri Hikari. Dia yang daripada tadi mendiamkan diri akhirnya membuka bicara.

"Kanda bukannya apa. Dia tu kecil lagi. Masih mentah. Kanda tak nak perkara buruk terjadi padanya. Kanda sayangkan mereka berdua." kata Yamato. Dia melabuhkan punggung di sebelah puterinya.

"Dinda tahu, dinda pun risau kanda. Tapi, kita memang tak ada pilihan lain kanda." lirih sekali suara si isteri. Ibu mana yang tak sayangkan anak. Anak adalah sebahagian daripada nyawa mereka.

"Nanti kanda fikirkan. Apa-apa pun kita kena rahsiakan perkara ini daripada Luis. Kanda tak nak dia bertindak melulu. Kanda kenal anak kanda. Dia sanggup gadaikan nyawanya untuk kita." dia risau jika keadaan akan menjadi lebih teruk.

"Baik la. Dinda tak menghalang. Dinda tahu kanda ada caranya. Dinda minta diri dulu." kata Hikari dan melangkah keluar daripada bilik puterinya.

Luis pov..

Betul ke kuasa aku boleh bangunkan adik balik? Kalau betul, kenapa ayahanda dan bonda tak bagitahu pada aku?

Baiklah..kalau itu sahaja caranya untuk adik sembuh...tak salahkan kalau aku cuba.

End pov..

Luis sempat mencuri dengar perbualan kedua orang tuanya. Dia nekad untuk selamatkan adiknya. Dia berjalan keluar daripada bilik dan melangkah ke bilik adiknya.

Katil Ayumi dipanjat. Tangan kanannya diletakkan didahi Ayumi. Sedikit demi sedikit cahaya biru lembut mula kelihatan di dahi Ayumi. Dadanya yang berasa sakit dipegang dengan kanan kirinya. Tak..dia tak boleh mengalah. Adiknya perlu diselamatkan.

Nafas Ayumi tidak teratur. Dadanya berombak kencang. Luis masih lagi berusaha melaksanakan kerjanya. Ketukan pintu bilik dan jeritan daripada luar tidak di endahkan.

Fallen in LOVE.. ( SKY KINGDOM ) Where stories live. Discover now