"Arghh..." rintih Emily sebaik sahaja sedar daripada 'lena' yang agak panjang.
"Aku dekat mana ni? " Ucap Emily perlahan sambil memicit perlahan pelipisnya. Matanya berlari di segenap ruang bilik tersebut. Dia cuba mengingati apa yang terjadi sebelumnya. Tapi hampa, dia tak menemui sebarang petunjuk.
Sebaik sahaja kakinya memijak lantai bilik. Dirinya terasa melayang.
BUK...
Ya...dia terjatuh seperti nangka busuk.
" Auchhh.." terjerit kecil Emily sambil memicit lembut pinggangnya.
Allan pov..
"Auchhhh...!!"
Suara tu...dari bilik Emily. Dia dah sedar ke?
Tanpa berfikir panjang aku bergegas ke biliknya. Sebaik sahaja pintu dibuka, aku ternampak Emily sedang memicit perlahan pinggangnya.
" Aduhh...sakitnya. Kenapa dengan kaki aku ni? " omelnya sendiri.
Haishhh..nampak sangat tak perasan aku depan mata. Takkan la tak sedar aku masuk? Emily..Emily..walaupun kita dah lama tak berjumpa. Perangai kau still tak berubah. Aku..aku rindu sangat dekat kau.
Andainya masa boleh berputar semula. Aku sanggup gadaikan nyawa untuk kau. Tapi semua tu tak akan terjadi. Asalkan kau selamat sekarang , aku dah cukup gembira. Aku akan jaga kau. Aku JANJI!!
" Kenapa duduk dekat lantai? "
Matanya tajam merenung aku. Yeahh..aku tahu dia sedang marahkan aku sekarang. Tapi aku saja nak test dia. Hahaha..
"Dah sakit tu buat la cara sakit. Duduk je la dekat atas katil tu. Yang sibuk nak berjalan tu kenapa. " aku masih lagi berdiri dia hadapan pintu sambil kedua-dua tangan di silangkan ke dada and bahu kiri disandarkan ke pintu.
"Kenapa diam? Bisu ke? Tunggu apa lagi. Pergi la duduk atas katil tu. " masih lagi dengan suaraku yang mendatar and muka tiada perasan aku tayangkan. Dan dia masih lagi membisu.
" Suka hati kau la nak duduk dekat mana pun bukan urusan aku. " kataku dan terus berlalu dari situ memuju ke bilikku. Aku pun tak tahu apa yang aku nakkan.
Kenapa aku perlu bersikap macam ni? Kenapa? Tak ada sesiapa yang tahu. Termasuklah aku.
End pov..
Emily yang dari tadi membisu akhirnya membuka mulutnya.
Emily pov..
"Suka hati tok nenek dia je cakap aku ni bisu. Tak nampak ke aku tengah urut pinggang ni. Mesti la jatuh. Ada otak tapi tak boleh pakai, ada mata tapi tak guna."
Walaupun aku tengah sakit , tak semestinya aku tak boleh melawankan??
Aku cuba untuk bangun tapi secara tiba-tiba bahagian pergelangan kakiku terasa sangat sakit and ofcourse la aku jatuh balik.
"Haihh" aku mengeluh lemah. Sudah la aku tak tahu dekat mana aku sekarang ni. Sakit pulak tu. Memang malang betul nasib aku ni.
Aku cuba gagahkan diri buat kali yang kedua. Dengan segala tenaga yang ada aku menolak badanku untuk naik. Dan syukur, dengan hanya dua kali tolakan aku berjaya berdiri.
Aku cuba berjalan slow-slow sepaya tidak terjatuh. Lagi beberapa tapak untuk menuju ke katil semula, entah macam mana aku tersalah langkah dan hilang keseimbangan.
"Aduh!!"
Aku memegang kepalaku yang terkena bucu meja lampu tidur. Memang hari ni adalah hari yang paling malang dalam dunia.
YOU ARE READING
Fallen in LOVE.. ( SKY KINGDOM )
FantasyEmilly seorang yang berhati lembut dan ceria. Ramai yang tidak mengetahui identiti sebenar gadis ini. Dia sendiri pun tak tahu identiti and dari mane asal usulnya. Kedatangan seorang jejaka telah merungkai segalanya. 😯 Jejaka yang bergelar dan di...