Cahaya putih kebiruan mula mengelilingi tubuh lemah Allan. Semakin lama semakin terang. Sehinggakan mata mereka tidak boleh melihat apa yang berlaku. Dahi Emily mula mengeluarkan peluh. Nafasnya mula tidak teratur. Dia dapat merasakan kesakitan di kepalanya. Semakin lama semakin menyengat. Seperti di cucuk oleh beratus-ratus jarum di kepalanya.
' Tak..aku tak boleh berhenti sekarang. Aku kena selamatkan dia. Sikit je lagi.'
Cahaya yang membaluti Allan semakin berkurang dan mula menghilang. Emily dan kawan-kawannya kembali membuka mata mereka. Sebaik sahaja cahaya tersebut menghilang, Emily jatuh terduduk. Nafasnya tercungap-cungap. Ryu berlari ke arah Emily dan membantunya untuk bangun.
"Awak ok?" tanyanya. Emily sekadar menganggukkan kepala sambil tersenyum lemah. Dalam masa yang sama, tangan Allan mula bergerak. Kelopak matanya terbuka sedikit demi sedikit.
"Ai..air.." pinta Allan dalam keadaan yang masih lemah. Ayumi menuangkan air dan membantu Allan untuk minum. Kini semua mata tertumpu kepadanya.
"Awak ok ke? feel more better?" tanya Emily sambil berjalan dan duduk di tepi katil Allan. Tapi persoalannya hanya di biarkan sepi . Allan hanya memandang Emily dengan pandangan yang kosong. Emily sedikit sebanyak berasa gerun dengan pandangan yang diberikan oleh Allan.
' Ishhh..mamat ni . Aku dah selamatkan dia kut..terima kasih pun tak' bisik hati Emily. Muka tidak puas hatinya ditayangkan. Siapa je yang tidak sakit hati dengan orang macam tu.
Allan masih lagi membisu. Matanya tidak lari daripada melihat wajah gadis itu. Gadis yang pernah dicintainya ... Gadis yang hampir menggadaikan nyawanya semata-mata untuk menyelamatkan dia.
Secara tiba-tiba air mata Allan mengalir. "All..Allan..kenapa ni? Saya ada buat awak sakit ke? Kat mane? Biar saya tengok." kata Emily dalam keadaan kalut. Dia cuba untuk memegang tangan Allan, tetapi secara tiba-tiba tangannya di tarik ke dalam pelukan Allan.
Allan menangis semahunya. Dia rindu. Tersangat lah rindu dengan wanita itu. Semakin lama semakin kuat Allan menangis.
' Dah kenapa pulak..nangis kalah budak 5 tahun. Haishh..Allan..Allan. Apa yang buat awak jadi macam ni?' Emily menepuk perlahan belakang badan Allan. Dalam masa yang sama Mika berasa seperti diperhatikan. Dia bergerak mendekati pintu beranda yang ditutupi langsir putih. Dia menyelak sedikit langsir tersebut. Dia cuba mencari sesuatu dan tekaannya tepat. matanya berhenti pada sebuah pokok .
Seorang lelaki berpakaian jubah merah darah sedang memerhatikan bilik Allan. Mika tidak dapat melihat dengan jelas muka lelaki tersebut tetapi dia yakin yang lelaki tersebut akan menjadi penghalang atau lebih tepat lagi menjadi musuh mereka. Shirota juga dapt meraasakan perkara yang sama. Walaupun dia tidak melihat apa yang adiknya lihat, dia dapat membaca dan merasakan aura yang pelik disekitar istana mereka.
"Allan.. awak ok ke? " Tanya Emily lagi. Naik lenguh bahunya menampug Allan. Lama kelamaan tangisan Allan mula kendur. Dia meleraikan pelukannya . Rasa yang selama ini dia pendam akhirnya diluahkan . Beban yang selama ini ditanggung akhirnya berkurangan. Dia kembali mentap wajah insan kesayangannya. " Thanks." katanya ringkas dan kembali berbaring.
"Erkk..welcome." Jawab Emily. Allan kembali melelapkan matanya. tidak sampai satu minit, terdengar dengkuran halus miliknya. Wajah yang sebelum ini pucat seperti mayat kembali normal walaupun masih kelihatan lesu. Emily menarik selimut Allan hingga keparas dada.
Tok..tok..tok..
"Emily jom turun makan dulu. Awak tak makan lagikan? lepas sedar terus je datang ke sini." Ajak Naomi. Emily hanya menganggukkan kepalanya dan mengikut Naomi keluar.
Kini hanya tinggal Ryu dan sikembar sahaja. " Korang berdua pun rasa benda yang sama ke?" Ryu tiba-tiba bersuara.
" Ye..tapi kali ni aura dia lain sikit. Aku tak tahu macam mane nak cakap. Tapi aku dapat rasa yabg perkara buruk akan berlaku selepas ni." jawab Shiro." Haah. Adik rasa lelaki tu bukan berasal daripada sini. And kalau korang nak tahu aura dia lebih kurang debgan lelaki yang serang kita dekat sekolah dulu." jelas Mika.
"Walau ape pun yang terjadi. Kita kena jaga Emily dan Allan. Aku tahu yang mereka tengah memerhatikan kita. " suara Ryu sedikit tegas. Dia kembali melihat Allan yang sedang tidur.
Keadaan kembali senyap. Masing-masing sedang memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah yang bakal muncul.
*********************
Di ruang makan..." Emily..saya harap awak tak ambil hati dengan abang saya. " kata Naomi.
" Alah..tak apa. Saya tak ambil hati pun. Tapi kan, kenapa abang awak jadi macam tu. I mean kenapa dia tiba-tiba menangis bila nampak saya? " wajah Naomi kelihatan sedikit gelisah.
"Oh..erk..sebenarnya..macam mana saya nak cakap ye.? Sebenarnya aba.."
"Kak Emily..kak Naomi.. Buat apa tu?" sapa Ayumu bersama Minami. Ayumu berlari dan memeluk Emily yang masih duduk di meja makan.
' Huh..nasib baik..' Kata Naomi didalam hati sambil mengurut perlahan dadanya.
"Ayumu rindu kakak. Kakak baru bangun ye?" katanya masih lagi dalam keadaan memeluk Emily.
"Haah. Ayumu dengan Minami daripada mana?" tanya Emily sambil mengusap lembut kepala Ayumu. Walaupun sudah berumur belasan tahun tetapi perangainya masih lagi seperti kanak-kanak. Sabor je la...
"Kami daripada taman belakang istana tadi. Saja jalan-jalan. " balas Minami dan bergerak ke arah Naomi. Kerusi kosong di sebelah Naomi didudukinya melepaskan lelah sekejap.
"Kak Emily tak nak pergi taman? Dekat sana best banyak bunga. Air terjun pun ada. Tuanku yang buat."
"Ayumu, Emily baru je sedar. Bagi la dia rehat dulu. Esok lusa boleh pergikan." Naomi bersuara.
"Oh..lupa..it's ok. Lusa la kita pergi sana. Kita mandi air terjun." Emily hanya membalas dengan anggukan sahaja.Ayumu mengambil tempat di sebelah Emily. Mereka makan bersama-sama.
Boom!!
"Oh..mak kau meletup!" Latah Naomi. "Bunyi apa tu? Macam datang daripada atas." kata Minami.
"Macam..dari bilik.." "Allan!!" kata-kata Ayumu di potong dengan jeritan Emily dan Naomi.
Mereka terus berlari ke arah bilik tersebut. Sebaik sahaja pintu bilik terbuka. Emily menekup mulutnya.Keadaan bilik yang tadinya bersih dan tersusun rapi kini sudah menjadi kapal pecah tingkap beranda pecah, langsir terbakar, serpihan kaca bersepah sana sini. Ryu berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebelah Allan. Jika dilihatkan caranya, dia seperti sedang melindungi Allan daripada terkena serangan.
Mika pula sedang bersandar di dinding berdekatan dengan beranda sambil memegang perutnya. Hanya Shirota sahaja yang masih berdiri tapi dalam keadaan lemah. Nafasnya tercungap-cungap. Matanya tajam melihat keluar bilik. Seperti mencari sesuatu.
' Kurang ajar. Macam mana boleh secepat ni? Mana pengawal yang sepatutnya jaga kawasan belakang istana? Ada..sesuatu yang tak kena.'
"Korang ok?" tanya Naomi yang berdiri di sebelah Emily. Ayumu dan Minami hanya berdiri di belakang mereka.
"Pengawal ada tak dekat bawah?" tanya Shirota tiba-tiba.
"Pengawal ada beberapa orang je dekat bawah. Yang lain tak tahu la pulak" balas Ayumu."Aku dah agak." kata Mika pula. Dia perlahan-lahan berdiri dan mendekati abangnya. Bahu si abang di tepuk perlahan. " Aku rasa kita dah kesuntukan masa"
"Nampaknya macam tu la.." jawab Shirota perlahan. Cukup la setakat mereka berdua sahaja yang mendengarny.' Kau nak main sangatkan...so..mari kita main. Welcome to the hell.' katanya di dalam hati.
*******************************
Sorry lambat update.
Hope u all enjoy this part.
Kalau ada yang kurang sila komen.
YOU ARE READING
Fallen in LOVE.. ( SKY KINGDOM )
FantasyEmilly seorang yang berhati lembut dan ceria. Ramai yang tidak mengetahui identiti sebenar gadis ini. Dia sendiri pun tak tahu identiti and dari mane asal usulnya. Kedatangan seorang jejaka telah merungkai segalanya. 😯 Jejaka yang bergelar dan di...