Y (9)

134 9 1
                                        

Minji pov

Meja belajar aku tengok . Kemudian aku rebahkan diri atas katil dan siling rumah aku renung.

Kalau ikutkan esok aku sekolah. Tapi.. macam tak ready je.

Ceh sebenarnya malas. Bukan tak ready ahahahaha puih. Tapi tahun ni tahun last aku sekolah. Dah nak graduate.

Tiba tiba fikiranku teringatkan kawan kawan di sekolah. Bangchan budak sebelah aku. Jinyoung si sengal yang selalu ikut aku ke mana mana. Yoona dan yuju diva perasan lebih. Kihyun ketua kelas senget.

Tanpa aku sedar senyuman terukir di bibirku. Bulan ni aku tak pergi lagi sekolah sebab busy . Maklumlah debut week.

Ahh lantak lah tido lagi bagus.

//skip//

"Yah Choi Minji! " aku berhenti berjalan sebaik sahaja nama aku dipanggil.

Okay firstly. Aku tau ni suara siapa.

Tanpa pusing ke arah empunya suara aku lontarkan soalan. "Kau nak apa kacau aku pepagi buta ni jin"

"Pagi buta kau cakap? Dah pukul 7:45 la bendul" kata jinyoung sebelum dia menghampiri dan mengunci kepala aku.

Disebabkan malas aku nak gaduh pagi pagi ni aku pun berjalan tanpa hiraukan dia.

"Dah jadi artis sombong pulak kau ek" kata jinyoung lagi tapi kalini dia luku kepala aku.

Ey aku report polis nanti sesuka hati luku kepala artis. Aku hantar fans aku serang kau baru tau.

"Baru tau ke aku sombong" kata aku sambil buat muka poker.

.
.

"Err saya nak tandatangan awak boleh? Saya fans awak!!!" Kata seorang lelaki yang maybe junior aku sambil pegang buku dan pen yang dihulurkan padaku.

Tanpa teragak agak aku tandatangan dan senyuman aku ukirkan.

"Oh gumawo sebab support saya" kataku merendah diri.

Kemudian datang lagi fans. Lagi dan lagi.

/facepalm/

"Okay guys time up" kata jinyoung yang depakan tangan dia bagi menghalang 'fans fans' aku yang sibuk mintak tandatangan gaya pengawal.

Lalu mereka pun beredar pergi sehingga keadaan kembali aman dan damai.

Aku tengok jinyoung lalu aku tergelak kecil .

"Lol sejak bila kau jadi bodyguard aku tak berbayar ha?" Selorohku.

"Ha aku nak tuntut gaji ah ni. Ingat free? Takde benda free dalam dunia ni" katanya lalu mengambil tempat di sebelahku iaitu tempat bangchan.

"Pfft. Takde sapa pun suruh kau tolong aku tadi heh" kataku dengan muka seposen.

Lalu dia jeling aku. "Sama sama"

Berdekah ketawa aku . Jeling jeling korek mata tu kang sia sia je.

"Hoi pikkyeo (blah) " bangchan berdiri di depan jinyoung dengan muka dinginnya.

Setelah sedar bahawa jinyoung duduk di tempat bangchan barulah terhegeh hegeh dia bangun.

"Mian. Aku duduk kejap tadi" katanya lalu belakang leher digosok. Tanpa banyak cakap bangchan duduk di tempatnya semula.

"Pehal dia tuh? Period ke? Badmood aje aku tengok" bisik jinyoung perlahan yang takdelah perlahan mana pun sebab orang lalu kat kelas aku pun boleh dengar -.-

"Manalah aku tau. Takde masa aku nak check check" kataku malas.

"Hoi ingat aku tak dengar ke ha? Dasar byuntae (pervert) " kata bangchan lalu memeluk dadanya macam muka mangsa perogol sambil tengok aku dengan jinyoung.

//skip//

Baru je aku nak melangkah ke tempat jual roti di cafe aku berhenti. Wajah yang amat aku kenal menyapa pandanganku.

Haejin.  (Refer chapter 'B' )

Dia mendekatiku selangkah demi selangkah. To be honest. She looks totally bad. I mean like. Muka dia. Dulu lawa tapi kenapa..

Kulitnya muka berwarna kemerah merahan yang sedikit merekah dan bernanah . Jujur cakap. Jijik la jugak bila tengok lama lama.

Segera tangan aku dicapai.

"Mi-minji . Ak-aku mintak maaf"

Tbc

[C] BURN BABY BURN [K-fanfic]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang