Teaser 1

1.8K 39 4
                                    

[Prolog]
TANGAN yang begitu berani naik ke wajahnya di tangkap mudah. Tidak akan sesekali dibenarkan si isteri bersikap biadap begitu terhadapnya biarpun sedar kemarahan sang isteri berpunca daripadanya.

"Lepaskan!" deram sang isteri bengang. Cuba merentap kembali tangan dari cengkaman suami. Sudahlah tamparan yang cuba dihadiahkan gagal. Kini tangannya pula dijadikan harta lelaki itu.

"Never," balas sang suami dengan nada cukup bersahaja. Namun punya maksud yang mendalam. Lepaskan? Itu tidak mungkin berlaku.

Biar si isteri menjerit marah sekalipun, melepaskan bukan caranya. Malah dengan mudah tubuh sang isteri ditarik ke dalam dakapan hangat. Memaku tubuh seksi itu dari cuba meninggalkannya.

Rontaan sang isteri tidak dipedulikan. Yang dia tahu, langkah isterinya perlu disekat. Andai perlu dikurung sekalipun, dia pasti akan melakukannya. Isteri miliknya perlu kekal menjadi miliknya!

"Never?" Sinis bicara sang isteri. Seolah mempersendakan bicara sang suami.

Setelah apa yang berlaku lelaki itu tidak mahu melepaskannya pergi. Bermimpi di siang hari agaknya. Setiap derita yang dilaluinya berpunca dari lelaki itu. Lelaki yang disangka menyintainya. Menganggapnya seperti permaisuri di hati.

Malang sekali dia tertipu dengan permainan lelaki itu. Terlalu bodoh hingga terperangkap dalam jerat yang dipasang.

Cinta yang pernah diungkap kini terasa palsu semata. Tidak mungkin wujudnya cinta jika lelaki itu mampu menyakitinya begini.

Bibir bergetar hiba. Cuba menghalang tangisan dari mula bergema. Tidak mahu kelihatan lemah di hadapan suami sendiri. Namun hati ini terlalu sakit. Sungguh pedih. Buat air mul bergenang di tubir mata.

"Segalanya berpunca daripada you. Kalau bukan sebab you..." Kata-katanya terhenti sejenak. Bimbang jika terus berbicara hanya esakan yang bergema.

Ditarik nafas dalam-dalam. Cuba mengawal emosi. Berlagak kuat di hadapan lelaki yang begitu mudah mempermainkan hidupnya.

"You can blame me, Luna. But I will never let you go. Not today. Not ever."

Sang isteri terdiam tanpa kata. Tahu benar tiada guna melawan ketika ini. Tidak bermakna akan diturut sahaja bicara suami. Suami yang telah menghancurkan kepercayaannya selama ini. Suami yang begitu tegar mempermainkan hidupnya!

My Darling LunaWhere stories live. Discover now