Teaser 18

73 0 0
                                    

    "I bukan pekerja you. You tak boleh arahkan I sesuka hati you," balas Luna lembut. Senyuman sinis tersugil di bibir.

    Tiada siapa boleh memaksa Aluna Wirda. Mahu berlagak Hitler di hadapannya? In your dreams!

    "You bukan pekerja I, but..." akui Thaqeef.

'You're my woman.' Bicara itu hanya bergema di hati. Bukan untuk didengari si gadis. Belum masanya.

    Dia tidak mahu si gadis lari sebelum dapat ditangkapnya. Luna, gadis yang sukar untuk ditawan. Tidak semudah itu untuk tunduk di hadapan lelaki.

    Kisah hidup gadis itu cukup untuk membuatkan gadis itu tidak sudi memandang mana-mana lelaki. Lagikan dia yang punya isu dengan daddy gadis itu.

    Jika dia tidak memasang strategi, dia yakin sukar sekali untuk menangkap kelibat gadis itu selepas ini.

    Luna menjongket kening. Ayat yang digantung dirasakan membawa makna yang berbeza. Seolah lelaki di hadapannya itu mahu mendominasinya.

Ilusi semata, bukan?

    "Call me Thaqeef, Luna." Kali ini nada yang digunakan lembut memujuk. Jika didengari mereka yang mengenalinya pasti masing-masing melopong tidak percaya.

    "Thaqeef," seru Luna lembut.

    Thaqeef tersenyum puas. Si gadis tidak akan mendengar arahan. Tidak bermakna tidak termakan pujukan. Interesting!

    Muzik yang mengiringi setiap gerak tari mereka sudah lama berakhir. Namun lelaki di hadapan mata langsung tiada gaya untuk melepaskannya.

    Luna menjongket kening. Menanti tanpa kata. Mahu melihat sejauh mana lelaki itu cuba menahannya. Tidak peduli pada mata-mata yang memandang ke arah mereka.

    Pulang nanti tentunya akan dibambu Dato' Tamrin. Tersugil senyuman sinis di bibir mengenangkan kemungkinan itu. Biarkan lelaki veteran itu marah. Sememangnya itu yang mahu dilihatnya.

    "Kita tunggu apa?" soal Luna terpaksa menyoal akhirnya. Jika terus berdiam diri, mungkin mereka akan terus berdiri di sini sampai esok pagi.

    Mereka berdua kini menjadi tontonan umum. Memandangkan hanya mereka sahaja yang tinggal di lantai tari. Yang lain sudah lama melakukan activiti lain. Makan atau berbicara bersama kenalan.

    "I belum rasa nak lepaskan you,," ucap Thaqeef tenang.

Dia mahu lebih masa untuk bersama. Jika dilepaskan malam ini, entah bila pula pertemuan seterusnya akan tercipta?

    Meledak tawa Luna mendengar pengakuan itu. Pengakuan yang terasa palsu di pendengaran.

    Tawa bebas si gadis umpama melodi indah menjadi halwa telinga. Buatnya ingin mereka terus statik di situ. Berada di dunia mereka. Tanpa gangguan sesiapa.

    "You tetap perlu lepaskan I, Encik Thaqeef. I'm not yours," tutur Luna lembut. Sinisnya tetap terasa.

Mata Luna melirik pada tangan yang masih melekap di pinggangnya. Memberi isyarat agar lelaki itu menarik semula tangan yang seronok benar membuat pinggangnya sebagai harta.

Thaqeef tersenyum sinis. Kenyataan si gadis buatnya mahu membuktikan yang gadis itu sememangnya miliknya.

Namun jika dia membuat tindakan drastik, gadis itu pasti sukar untuk mempercayainya selepas ini.

    Dia tidak mahu itu berlaku. Walau berat, dia terpaksa juga melepaskan. Menanti peluang seterusnya untuk bertemu kembali.

    "I lepaskan you untuk malam ni, darling. We will meet again," ucapnya seraya membiarkan tubuh seksi itu terlepas dari genggaman.

    Luna tersenyum sinis. Thaqeef berbicara seolah dirinya sudah menjadi milik lelaki itu. Diktator benar. Jangan ingat dia seperti gadis lain. Yang mudah tewas di tangan seorang lelaki.

    Dia tidak menunggu lama untuk menghilangkan diri. Entah kenapa jantung kini berdegup laju. Lelaki kacak nyata mampu merosakkan jantung seorang gadis 'suci' sepertinya.

    Biarpun dia takkan tewas, tidak bermakna karisma lelaki itu tidak memukau mata yang memandang. Tiada siapa yang tidak akan tertarik pada lelaki seperti Thaqeef. Cuma jangan sampai hati sendiri terkorban begitu sahaja.

    'Ish, bahaya!'

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 07, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

My Darling LunaWhere stories live. Discover now