Teaser 11

834 20 0
                                    

DIRENUNG si sahabat yang tersenyum tanpa diketahui puncanya. Mata digosok perlahan cuba memastikan dia tidak salah melihat. Mana pernah sahabat yang selalu serius itu     tersenyum sendiri begitu.

"Apa dah jadi ni? Ada rahsia aku tak tahu agaknya?" gumam Fahad mengusap dagu berjanggut sejemput.

Pun begitu dia lebih senang menjadi pemerhati bisu. Tidak mengganggu sahabat yang jelas masih berada di dalam dunia sendiri. Bukan selalu dapat melihat sahabatnya melamun mengenangkan seseorang. Tak pernah sebenarnya!

"I'm yours?"

Soalan yang kedengaran mengejek itu jelas mencabar ego seorang lelaki. Lagi-lagi bila dia tanpa silu menyatakan yang gadis itu miliknya.

Si gadis tentu sahaja belum kenal siapa Thaqeef Ilhan. Tiada kata yang tidak dikota. Bila bibir sudah menyatakan hak, bermakna gadis itu pasti menjadi miliknya.

Tubuh yang terasa sempurna berada di dalam dakapannya, tidak ingin dilepaskan pergi. Mahu sahaja diheret pulang bersama. Biar si gadis tahu siapa pemilik tubuh seksi itu.

Kumbang yang begitu berani cuba mengganggu bunga di taman miliknya tidak bernasib baik. Pagi ini sudah dilucutkan jawatan.

Kebetulan si kumbang bekerja di syarikat milik kenalannya. Satu panggilan sahaja cukup untuk membuat si kumbang kehilangan mata pencarian.

"You're quite a catch. Too bad... I tak mungkin jadi milik you." Yakin benar bibir merah jambu itu berbicara.

"Too bad... you will be mine, darling." Bicara itu terletus di bibir. Langsung tidak sedar kehadiran Fahad yang terpaksa menahan tawa dari terhambur mengganggu lamunan si sahabat.

Imej si gadis seksi cukup untuk membuatkan si teruna terlajak usia tidak berpijak di bumi yang nyata. Mungkin kerana ini pertama kali ada gadis yang mampu mencuri perhatiannya.

"Bila kau jumpa dia? Tak ada cerita kat aku pun," tutur Fahad tidak lagi mampu mendiamkan diri.

Melihat gaya Thaqeef sahaja dia sudah dapat membaca pasti ada pertemuan yang teerjadi di antara si gadis dan teruna terlajak usia itu. Jika tidak masakan sahabatnya itu sampai berbicara sendiri.

Bertaut dahi Thaqeef bila lamunannya diganggu. Namun riak wajahnya tidak berubah kekok biarpun tertangkap saat melamun jauh memikirkan si gadis. Serius seperti biasa. Cuma tidak lagi tersenyum seperti tadi.

"Kau buat apa kat sini?" soal Thaqeef kurang senang. Mengganggu sahaja.

"Bila dah ada awek... kawan baik sendiri pun kau tak sudi jumpa," ucap Fahad lirih. Kononnya berkecil hati.

Tiada respons yang diterima melainkan renungan tajam Thaqeef. Menanti penjelasan dengan kehadiran tanpa diundang.

Fahad mengeluh berat. Serius benar. Fail di tangan dihulurkan pada Thaqeef. Disambut lelaki itu tanpa sepatah kata.

Dibelek sejenak ingin mengetahui apa yang dimahukan Fahad sebelum mengangkat wajah merenung tajam sahabat di hadapan mata. Nyata masih tidak berpuas hati kerana Fahad begitu berani mengganggu lamunannya tadi.

"Proposal untuk projek yang aku discuss dengan kau minggu lepas," terang Fahad.

Mata melirik pada kerusi di hadapannya. Mahu duduk tapi gerun dengan aura si sahabat yang jelas menyimpan dendam buatnya mahu mengangkat kaki.

Rasa ingin bergosip pula buat kakinya kekal terpacak di hadapan Thaqeef. Mahu mengorek cerita sensasi baru. Bukan senang untuk dapat peluang begini.

Diam-diam rupanya Thaqeef sudah memulakan pemburuan. Kenapa tidak mengajaknya sekali? Dapat juga dia menjadi penasihat tidak bertauliah.

Almaklumlah, Thaqeef tidak pernah bercinta. Sekurang-kurangnya dia pernah juga dua atau tiga kali menjalin hubungan cinta sebelum kekal dengan isteri pilihan hati.

"Bila kau jumpa dia?" soal Fahad tidak dapat menahan diri. Pedulikan aura yang menggerunkan itu. Dia sanggup mati demi gosip panas tentang sahabatnya itu!

"Semalam," balas Thaqeef senada. Tidak niat untuk menyembunyikan apa-apa.

"Semalam? Kat mana? Kau terjumpa atau memang nak jumpa dia? Apa jadi bila kau jumpa dia? Kau tegur dia ke? Macam mana reaksi dia?"

Macam peluru berpandu soalan yang keluar dari bibir Fahad. Bertubi-tubi tanpa sempat dijawab si sahabat.

Thaqeef memicit dahi. Pening mahu melayan sahabat seorang ini. Bila sudah timbul nafsu bergosip, selagi tidak diberikan jawapan selagi Fahad akan menempel padanya.

Hanya satu sahaja cara terbaik untuk membalas semua soalan itu. Menghalau lelaki itu keluar secepat mungkin.

Butang interkom ditekan. Setiausahanya dipanggil masuk. Thaqeef melirik pada Fahad memberi isyarat untuk dihalau keluar.

"Encik Fahad, this way," ucap Juni lembut. Dalam lembut tetap punya nada amaran.

"Kau halau aku, bro?" soal Fahad dengan nada sayu. Pura-pura kecewa.

"Aku sibuk," balas Thaqeef tenang.

"Sibuk melamun," selar Fahad terus membuka langkah. Bimbang sahabatnya itu bertindak kejam diselar begitu. Harus proposalnya tidak diluluskan nanti.

My Darling LunaWhere stories live. Discover now