Teaser 16

721 12 0
                                    

BETUL kata Sally. Untuk apa dia berkurung di rumah melayan amarah terhadap lelaki veteran yang tidak bermakna di dalam hidupnya.

Lebih baik keluar berhibur melihat dunia. Biarpun hanya menemani Tuan Qayyum ke majlis makan malam.

     Sesekali bersosial mengenali mereka-mereka yang terlibat di dalam dunia perniagaan dapat meluaskan pandangan. Lagi-lagi bila dapat mencari sasaran seterusnya jika dia berhajat untuk meninggalkan Tuan Qayyum selepas ini.

    Selalunya tidak lama dia bergayut pada sugar daddy yang sama. 6 bulan paling lama buatnya. Cepat bosan.

Ditambah pula dia bukannya bercinta. Sekadar mengikis duit lelaki dan menghabiskan masa yang tidak bermakna. Apa yang seronoknya?

    Mungkin kerana dia sendiri punya harta membuatkannya tidak memandang pada duit lelaki. Jika bukan kerana Dato' Tamrin, dia tidak mungkin mendekati mana-mana lelaki. Tidak berminat dengan makhluk yang selalu benar mengecewakan hati seorang perempuan.

    Bergaul dengan lelaki-lelaki seperti Tuan Qayyum sudah cukup untuk menyedarkannya betapa perkataan setia itu sukar benar wujud di dalam kamus hidup seorang lelaki.

    Lelaki makhluk yang mudah lupa bila poket mula tebal isinya. Lalu untuk apa dia melayan lelaki-lelaki muda yang cuba merapati. Hari ini berbicara yang manis-manis sahaja. Esok lusa, mencari pucuk muda. Buang masa.

    "You fikir apa, baby girl?" soal Tuan Qayyum seraya meraih jemari runcing si gadis. Diusap lembut. Menghalang gadis itu 'hilang'.

    "Fikir tentang makhluk bernama lelaki."

    "What about us?" soal Tuan Qayyum berminat untuk tahu. Dapat diteka yang jawapan sig adis pasti menyakitkan telinga mendengar.

    "Fickle." Hanya sepatah jawapan yang diberikan.

    "Perempuan pun tak jauh berbeza, darling.

    "Oh, really?"

    "Kalau perempuan sendiri tak murah harganya... lelaki takkan dapat mengambil kesempatan."

    Luna tertawa sinis. Murah? Kebenaran itu tidak dapat disangkal. Hanya perempuan murah yang begitu mudah menyerahkan diri. Di mana pula letaknya dia?

    'Baru sekarang kau sedar?' Akal mula berbicara.

'Shut up!" Hati mula memarahi akal yang inginkan tuannya kembali ke jalan yang benar.

Bukan tiada kesedaran. Cuma sengaja tidak sedarkan diri. Bertindak mengikut emosi. Jika akal yang menguasai, mana mungkin dia berada di sini bersama Tuan Qayyum.

    "I dengar daddy you marah you."

    "Mana you tahu?" soal Luna kurang senang.

    "Dia marah you sebab Thaqeef? Bila you jumpa dia? You masih milik I buat masa ni, darling," tutur Tuan Qayyum serius.

    Biarpun dia tidak dapat menyentuh tidak bermakna dia suka jika gadis miliknya bermain cinta di belakangnya. Sekurang-kurangnya selagi mereka masih berhubung.

    Luna tersenyum sinis. Bercakap soal ego lelaki memang dia tidak akan menang. Bengang kerana dia mungkin curang? Tidak cuba mencermin diri sendiri terlebih dahulu.

    "I tak jumpa dia."

    "Kebetulan?"

    Luna mengangguk sekilas.

    "Kebetulan bila dia peluk you?" soal Tuan Qayyum sinis.

    "Mana you tahu?" Bertaut dahi Luna mendengar soalan itu.

    "Lelaki yang tak pernah dekat dengan mana-mana gadis, tiba-tiba sahaja peluk you. Berita macam ni susah untuk dikekang, Luna."

    Luna terdiam tanpa kata. Tidak tahu apa yang patut dibalas. Tidak sangka satu kebetulan menjadi berita sensasi.

    "I tak nak dia pergunakan you. I takut you tak sedar bila you terbakar hangus," ucap Tuan Qayyum memberi amaran.

    "Pergunakan I?"

    Siapa yang akan mempergunakan siapa belum dapat ditentukan lagi. Jika benar akan berlaku perkara itu, dia akan memastikan dia berada di tempat yang mendapat pulangan lumayan. Bukan sebaliknya.

My Darling LunaWhere stories live. Discover now