MEMIKIRKAN tentang masalah hidup buat matanya sukar untuk pejam. Masalah Atiya perlu dihadap esok hari. Masalah hidup sendiri diganggu bayangan lelaki di kelab malam tadi.
Itu bukan kali pertama dia melihat lelaki itu. Mungkin kali ketiga. Namun setiap kali jarak mereka tidak pernah dekat. Atau lebih tepat lagi dia tidak pernah cuba berbicara dengan lelaki itu. Malah bertentang mata juga tidak.
Dia cuma kenal siapa lelaki itu. Masakan tidak kenal bila lelaki itu punya konflik dengan Dato' Tamrin. Tentu sahaja dia mengambil tahu tentang siapa yang mampu mendatangkan kemarahan Dato' Tamrin. Lelaki yang tidak layak bergelar bapa kandungnya.
Thaqeef. Lelaki itu mampu menarik perhatian mana-mana gadis yang memandang. Tinggi lampai dengan pakej lengkap tubuh idaman ramai gadis.
Usia jelas tidak mampu meninggalkan jejak terhadap lelaki itu. Jika bukan kerana rambut putih yang baru mula menunjukkan diri, tiada siapa mampu meneka usia lelaki itu.
"Thaqeef..." Terletus nama itu dari sepasang bibir merah pucat. Nama lelaki yang entah bila akan menjadi tumpuannya selepas ini.
Selagi Dato' Tamrin tidak menekan butang yang mampu membuatnya bertindak lebih jauh, dia tidak akan menghampiri lelaki itu. Sekadar memerhati dan mengawasi.
Dipintal-pintal rambut yang masih lembap tidak dikeringkan sepenuhnya selepas mandi. Terus berbaring di katil.
"Maybe one day... maybe not," gumamnya tersenyum sinis. Mata dipejamkan. Membiarkan malam menjemputnya ke alam mimpi. Bebas seketika dari dunia yang penuh dengan kepuraan.
YOU ARE READING
My Darling Luna
RomanceSHORT MEMO! Segala teaser yang diupdate untuk tujuan PROMOTION sahaja. Versi cetak available untuk anda.😊 Saat si penggoda bertemu jejaka terlebih usia, ada tarikan yang sukar untuk dinafikan. Lalu bermulalah satu permainan. Yang pasti hati menjadi...