Teaser 12

763 19 0
                                    

"MARAH lagi?" Datin Miya melabuhkan punggung di sisi sang suami. Jemarinya berlabuh di dada Dato' Tamrin. Mengusap perlahan. Cubaan memujuk si suami yang mendongkol marah.

"Degil sangat!" Keras benar nada Dato' Tamrin. Kemarahannya memuncak dengan sikap si anak yang suka benar memberontak.

Larangannya satu per satu dilanggar gadis itu. Tidak langsung sudi mendengar arahan. Malah semakin dilarang lagi suka ingin memprovoknya.

Menjadi sugar baby, dia boleh lagi memandang sebelah mata. Itu pun kerana dia tahu tiada yang berani berlebihan dengan anak gadisnya. Pasti akan diajar jika ada yang memandangnya sebelah mata.

Dia masih hidup lagi. Takkan dibenarkan mana-mana jantan miang menyentuh anak gadisnya sesuka hati. Yang membuatnya terlalu marah bila menerima berita buruk malam tadi.

Dia hampir sahaja menggegarkan apartment milik anaknya itu semalam. Jika tidak disabarkan oleh isteri tersayang pasti pergaduhan untuk kesekian kalinya bakal meletus.

Dia sedar betapa Luna berdendam dengannya. Jika bukan kerana Luna merupakan satu-satunya pewaris untuknya, dia tidak akan membuang masa menegur anak yang belum puas memberontak. Memeningkan sahaja!

"Luna muda lagi. You kena banyak bersabar dengan dia. You daddy Luna. You kena banyak mengalah," tutur Datin Miya lembut memujuk.

"Muda tak bermakna dia boleh terus kurang ajar dengan I macam ni," tingkah Dato' Tamrin berapi.

Tiada alasan yang untuk membenarkan seorang anak bersikap biadap dengan bapa sendiri. Memanggilnya daddy jauh sekali. Menyakitkan hatinya menjadi misi utama.

Dia bimbang kerana terlalu ingin menyakitkan hatinya, Luna sanggup berdamping dengan jantan tak guna itu. Andai itu berlaku dia tidak tahu bagaimana dia mampu mengawal kesabaran?

"Kalaulah dia bukan satu-satunya..." Kata-kata itu terhenti saat melihat riak wajah sang isteri berubah keruh.

"Semua salah I. I tak dapat berikan you anak yang you mahu," ucap Datin Miya lirih.

Air mata mula bergenang di tubir mata. Lagak isteri kecewa yang menyalahkan diri. Kisah tragis.

"I'm sorry. Bukan salah you," pujuk Dato' Tamrin menarik kepala sang isteri lentok di dadanya yang masih lagi selesa untuk menjadi tempat bersandar. Tubuh yang tidak dibiarkan dimamah usia begitu sahaja. Almaklumlah mendapat isteri muda.

Soal anak tidak dipersalahkan ke atas sang isteri. Dia sendiri punya kelemahan. Sukar untuk mendapatkan zuriat. Tidak mustahil namun tidak mudah.

Bersama ibu Luna juga memakan masa sebelum si kecil lahir ke dunia. 3 tahun berkahwin baru tawa Luna menghiasi hidup mereka.

"Kalau I dapat lahirkan anak untuk you, I akan jadi isteri paling bahagia dalam dunia ni," ucap Datin Miya tersenyum sayu.

"You will, darling. You will," janji Dato' Tamrin serius.

Dia akan berusaha untuk mendapatkan zuriat menjadi penghubung kasih mereka. Anak yang sering membawa masalah tidak perlu dihiraukan lagi andai hajatnya tercapai.

Untuk apa memeningkan kepala sendiri dengan anak yang asyik menentangnya. Mungkin dia bersalah menduakan ibu Luna. Tapi itu bukan alasan untuk Luna terus-terusan menentangnya.

"You janga marah-marah lagi. I tak suka tengok you marah macam ni. Salah I. Kalau bukan sebab I, Luna takkan macam ni."

"Dia tak ada hak untuk salahkan you. Pilihan kat tangan I. Dia cuma anak. Soal peribadi I, dia tak boleh campur," bangkang Dato' Tamrin kurang senang.

Tidak suka bila isteri kesayangannya suka benar menyalahkan diri. Dia yang membuat pilihan itu. Soal hati tiada siapa boleh memaksa.

"I tahu. Tapi..."

"Tak ada tapi-tapi. I tak suka dengar," potong Dato' Tamrin laju.

Datin Miya tersenyum nipis. Tidak lagi membantah bicara sang suami. Tunduk dan patuh pada lelaki veteran itu. Bijak mengambil hati. Disebabkan itu Dato' Tamrin sentiasa kasih.

My Darling LunaWhere stories live. Discover now