DAPATKAN VERSI CETAK di Shopee permatahiraz tau @https://shopee.com.my/permatahiraz?smtt=0.0.9 tau. Siap ada voucher RM10 untuk hari ni sahaja. Jimat sesangat.
.
MESEJ yang diterima dari Tuan Qayyum dipandang sepi. Tidak berminat untuk membalas ketika ini. Tiada hati untuk memandang wajah tua yang masih boleh dipandang itu.Hati yang masih mendongkol marah kerana Dato' Tamrin seminggu yang lalu buatnya lebih selesa melepak di rumah sahaja. Layan SpongeBob lagi bagus!
Mahu mengganggu sahabat baik pula rasa tidak kena. Atiya sendiri terganggu dengan keputusan yang terpaksa dibuat. Perlu masa untuk menilik baik dan buruk keputusan yang diambil.
Popcorn di tangan disumbat ke mulut. Sudah menjadi tabiat jika menonton tv sambil mengunyah popcorn.
Sesekali tawanya meledak. Umpama melodi indah menjadi halwa telinga untuk mereka yang mendengar. Malangnya tiada sesiapa menemani si gadis ketika ini.
Deringan telefon bimbit yang tiba-tiba mengganggu buat Luna kehilangan fokus. Tidak lagi berminat untuk melayan kartun kegemaran.
Tangan menekan butang hijau. Suara si sugar daddy bergema di hujung talian.
"I malas," balas Luna bila dipujuk lelaki veteran itu untuk menemani ke majlis makan malam yang diadakan di Grand Hyatt Hotel.
Perkara biasa untuk golongan berada menghadiri majlis makan malam menayang kemewahan keluarga masing-masing. Status dan kekayaan bukan untuk disimpan dalam peti besi. Perlu ditayang biar satu dunia tahu. So, fake!
Dia tidak sukakan gaya hidup begitu. Namun sesekali dia hadir juga menemani sugar daddy yang suka benar menayang pucuk muda di hadapan ramai.
Trofi kemenangan bagi lelaki-lelaki berusia kaya jika dapat membawa gadis yang lebih muda dan seksi. Tidak silu langsung. Dan dia pula sanggup ditayang demi menyakitkan hati Dato' Tamrin. Tidak peduli bila mata-mata perempuan lain jelas memandang serong.
"I nak you temankan I, Luna." Suara di hujung talian agak mendesak.
"Isteri you mana?"
"Isteri I tak sesuai untuk keluar ke majlis macam ni."
"Tak sesuai?" soalnya sinis.
Hanya kerana rupa paras sudah dimamah usia buat si isteri ditinggalkan sahaja di rumah. Lelaki memang mudah lupa. Sedangkan wanita menghabiskan usia muda berkorban untuk keluarga.
Walaupun dia dikatakan pengacau rumah tangga orang, sekurang-kurangnya dia punya prinsip. Lelaki yang setia, tidak pernah melayan perempuan lain tidak akan menjadi mangsanya.
Hanya mereka yang punya rekod curang sahaja dijadikan sasaran. Itupun bergantung pada rupa juga. Jika langsung tidak menjaga penampilan, mana sanggup dia menghabiskan masa bersama lelaki tua. Over my dead body!
Pintu yang ditolak dari luar buat matanya automatik berpaling ke arah pintu. Wajah yang disolek rapi terpacul di balik pintu. Siapa lagi jika bukan Sally teman serumahnya.
Sally cuma nama glamour. Nama sebenar Siti Salmiah. Nama bunyi kampung. Sememangnya asal dari kampung. Namun tingkah si gadis liar mengalahkan gadis bandar.
"Awal balik," tegur Luna bersahaja.
"Kau pulak sejak bila pandai berkurung kat rumah aje ni? Tak keluar?" balas Sally seraya melabuhkan punggung di sisi Luna.
Remote control di tangan Luna selamba disambarnya. Menukar ke siaran yang lebih menarik.
"Tak sudah dengan Spongebob dia," gerutu Sally tergeleng kecil. Apa yang suka sangat pun dia tak tahu.
"Kau tahu apa? Best okey!"
"Humph!" Sally malas mahu berbetah. Terus menukar siaran HBO. Lagi best!
"Kau cakap balik esok."
"Dah kena lempang. Macam mana aku tak cabut," bidas Sally selamba. Seolah dilempang tidak memberi kesan apa-apa buatnya.
"Kau kena lempang? Siapa lempang kau?"
"Bini Tan Sri la. Siapa lagi?" Diusap perlahan pipi kanan yang masih terasa berbekas dek penangan isteri Tan Sri. Boleh tahan juga sakitnya.
Meledak tawa Luna mendengar balasan selamba sit eman. Tiada nada marah yang kedengaran. Dia tahu prinsip Sally. Pandai makan, pandai simpan. Jika kantoi, hadaplah sakitnya.
Disebabkan itu, bila dilempang gadis itu cuma cabut lari. Tidak cuba melawan. Jika bukan kerana solekan di wajah, pasti sudah kelihatan terang dan nyata bekas 5 jari milik isteri Tan Sri.
"Bini yang mana satu?"
"Nombor 2."
Sekali lagi tawa Luna meledak tanpa dapat ditahan. Bukan yang pertama. Yang kedua lebih garang rupanya. Sudah adat bila menjadi perempuan perampas pasti lebih drastik tindakannya. Jika si nombor 2 tidak cuba menjadi perampas, tidak akan wujud nombor tiga selepas itu
Tan Sri pun satu hal. Tak cukup seorang isteri. Ditambahnya sampai 3 orang. Malah siap punya perempuan simpanan lagi. Bernafsu benar.
Sally pula menambah lauk. Status pisau cukur lebih sesuai dibawanya. Kerana dia bukan perempuan simpanan yang disimpan di dalam kondominium mewah. Dia hanya sesekali menjadi 'makanan' Tan Sri bila mendapat elaun mewah dari lelaki veteran itu.
"Kau gelak sebab kau belum kena," selar Sally mencapai popcorn di dalam mangkuk di atas meja kopi. Dikunyah laju.
"Siapa berani nak lempang aku?"
"Oh, aku lupa pulak bapak kau siapa. Memang betul diorang takkan berani," akui Sally. Terpaksa akur dengan status teman serumahnya itu.
Dia cuma perempuan murahan yang menjual diri demi duit. Berbeza dengan Luna yang melakukan semua ini hanya kerana Dato' Tamrin.
Pun begitu Luna masih tahu menjaga diri. Dia pula tidak mampu berbuat begitu. Lelaki mana yang sanggup berhabisan tanpa mendapat sebarang pulangan?
Biarpun dia tidak menjadi perempuan simpanan, statusnya tetap tidak dapat dibanggakan. Perempuan pisau cukur!
Untuk menjadi isteri muda pula dia tidak sudi. Lelaki cuma tahu menghargai bila tiada sebarang ikatan. Yang haram itu yang dikejarnya. Bila sudah halal dipandang sepi.
"Tak perlu nak kaitkan aku dengan Dato' tu," bidas Luna kasar. Tidak suka dikaitkan dengan lelaki itu.
Sejak penceraian berlaku di antara Dato' Tamrin dan Datin Dayang, dia tidak pernah meminta wang daripada lelaki veteran itu lagi. Sudah terlalu lama. Dia hanya hidup dengan duit peninggalan arwah mummy.
Walaupun sekarang Dato' Tamrin ada memasukkan wang ke akaunnya, kerana benci langsung tidak diusik. Dia tidak perlukan harta Dato' Tamrin. Sudah terlewat untuk mengambil hatinya!
"Kau tak suka aku kaitkan kau dengan bapak kau. Tapi apa kau buat seminggu ni? Balik kolej lepak kat rumah aje? Mood kau sentiasa berubah ikut bapak kau. Macam mana kau boleh tak ada kaitan dengan dia?" paku Sally tidak bertapis.
Sesekali kepala teman serumahnya itu perlu juga dibasuh. Gadis itu langsung tidak sedar apa yang dilakukan semuanya berkisar tentang Dato' Tamrin.
Jika benar tidak punya kaitan, untuk apa memberontak begini? Hanya mereka yang dekat di hati mampu menimbulkan rasa benci. Benci hadir kerana sayang. Sayang yang telah hilang.
Luna bingkas bangun. Tidak berniat untuk mendengar bicara gadis yang langkah sendiri masih pincang.
"Nak ke mana? Keluar la, babe. Have some fun," tingkah Sally tergeleng sendiri memandang belakang tubuh Luna menghilang di balik pintu.
YOU ARE READING
My Darling Luna
RomanceSHORT MEMO! Segala teaser yang diupdate untuk tujuan PROMOTION sahaja. Versi cetak available untuk anda.😊 Saat si penggoda bertemu jejaka terlebih usia, ada tarikan yang sukar untuk dinafikan. Lalu bermulalah satu permainan. Yang pasti hati menjadi...