SEPASANG mata hitam ibarat helang, tajam mengekori kelibat si gadis yang melenggang meninggalkan kelab yang masih penuh dengan penghuninya. Tanpa sedar senyuman sinis tersugil di bibir.
Si gadis mungkin menyangka dia tidak sedar menjadi mangsa renungan sedangkan dia hanya menahan diri dari berpaling untuk bertentang mata. Bimbang si gadis terus mengelak bila ditangkap kala merenungnya.
Dia mahu terus menjadi mangsa renungan hingga si gadis berpuas hati. Saat perhatian si gadis terganggu, dia pula mengambil alih tugas itu. Menilik gadis yang begitu berani merenungnya. Dan apa yang dilihat menarik perhatiannya.
"First time aku tengok kau berminat dengan perempuan. 40 tahun kau membujang. Aku hampir ingat kau tak bernafsu," tegur Fahad tersengih lebar. Teruja.
Masakan tidak teruja bila sahabat baiknya yang selama ini disangka buta nafsu kini kelihatan berminat dengan makhluk bernama wanita. Rupanya lelaki normal. Bukan gay!
"40 tahun?" Sinis suara itu bergema. Usia sekadar angka. Namun bicara si sahabat ada kebenarannya.
Sepasang mata hitam masih tertancap di tempat yang sama biarpun bayangan si gadis sudah lama menghilang dari pandangan mata.
Pun begitu tidak bermakna imej si gadis seksi tidak terus berlegar di layar ingatan. Imej yang terpaut kemas membuat nafsunya ingin memulakan pemburuan.
"It's never too late," komen Fahad mengasak si sahabat.
"Grab her, bro," giatnya lagi.
Tidak sabar mahu melihat bagaimana sahabatnya itu akan menyambar gadis yang sudah berjaya mencuri perhatian.
Dia tidak pasti perlu bersimpati atau mengucapkan tahniah buat si gadis kerana berjaya menghidupkan nafsu seorang lelaki yang selama ini beku sepanjang zaman.
Mungkin dia perlu bersimpati memandangkan status si gadis bakal menimbulkan konflik yang pasti menghangatkan keadaan. Fahad tergeleng-geleng sendiri.
"Grab her?" Soalan itu sinis kedengaran. Bersama senyum sinis yang belum lekang di bibir. Menghadirkan rasa gerun pada sesiapa yang memandang. Mungkin bimbang mereka yang bakal menjadi mangsa rancangan lelaki itu.
"Kau kenal kan siapa bapak dia?"
Si sahabat tidak membalas. Masakan dia tidak kenal. Dia cuma tidak menyangka si gadis cilik kini berubah menjadi gadis yang mampu menggetarkan nafsu seorang lelaki. Malah mampu menarik perhatiannya.
Dia tidak peduli tentang bapa si gadis. Tidak kisah jika pertembungan mereka akan menimbulkan konflik yang sukar dirungkai. Yang penting gadis itu sudah berada di dalam senarai yang bakal dimilikinya!
YOU ARE READING
My Darling Luna
RomanceSHORT MEMO! Segala teaser yang diupdate untuk tujuan PROMOTION sahaja. Versi cetak available untuk anda.😊 Saat si penggoda bertemu jejaka terlebih usia, ada tarikan yang sukar untuk dinafikan. Lalu bermulalah satu permainan. Yang pasti hati menjadi...