Teaser 14

795 17 0
                                    

"IBU yang bagitahu. Kitorang datang untuk confirmation," ucap Amira, si adik yang paling muda di antara 3 wanita yang duduk berhadapan dengannya ketika ini.

Dipandang satu per satu wajah adik-adik perempuannya yang sudah pun berkeluarga. Malah telah membuatkannya menyandang gelaran pak long.

Malangnya kala berhadapan dengannya, masing-masing masih seperti dulu. Gelaran seorang adik tetap dibawa mereka. Buat kepalanya pusing terpaksa mendengar soalan demi soalan yang dilontarkan.

"Siapa orangnya? Bila nak kenalkan dengan adik-adik ipar dia?" sela Hidayah yang paling tua. Anak kedua selepas si abang.

Thaqeef tersenyum sinis. Memikirkan usia si gadis, sangat tidak sesuai untuk memanggil adik-adiknya sebagai adk ipar.

Jauh perbezaan umur hampir menjadikan gadis itu sebaya dengan anak sulung Hidayah. Hidayah yang bertemu jodoh awal punya anak yang menduduki SPM tahun ini.

"Ibu cakap..."

"Ibu yang hantar korang datang korek rahsia?" soal Thaqeef tenang.

Puan Hilda bijak mengatur strategi. Tidak dapat bertanya sendiri, dihantar pula adik-adiknya datang ke syarikatnya untuk membawa maklumat. Nampar benar kurang sabar.

"Abang Qeef tak perlu nak berahsia sangat. Cerita la sikit. Mana tahu kami kenal orangnya," sela Salwa teruja.

Sedari tadi mereka berbicara. Satu jawapan pun belum terbit dari bibir si abang. Kedekut benar air liur tu. Lebih senang berdiam diri dari meluahkan apa-apa.

Dari dulu lagi begitu. Mungkin kerana tanggungjawab yang terpaksa dipikul sejak di awal usia mencipta karakter sebegitu.

Tidak pernah cuba meluahka rasa mahupun masalah pada keluarga. Segalanya disimpan sendiri. Hanya tahu memberi. Menerima jauh sekali.

"Korang tak kenal dia," balas Thaqeef tenang.

Adik-adiknya tiada seorang pun berminat untuk bekerja di syarikatnya. Malah langsung tidak terlibat dalam dunia perniagaan. Mana mungkin mereka kenal siapa Aluna Wirda.

Hidayah merupakan pensyarah di UiTM Shah Alam. Salwa pula mengajar di sekolah rendah di Melaka. Hospital Sungai Buluh menjadi tempat Amira berkampung sebagai doktor.

Lalu bagaimana adik-adik yang bekerja sebagai penjawat awam mungkin mengenali si gadis yang menjadi sasarannya? Jauh sekali untuk bertembung.

Soal isu tentang bapa gadis itu juga tidak pernah diceritakan pada keluarganya. Semuanya diuruskan sendiri. Keluarganya hanya perlu hidup selesa. Tidak perlu bimbang tentang apa-apa. Dia mampu menyelesaikan masalahnya sendiri.

"Kalau tak kenal kena la bagi kenal," tutur Amira tersengih menayang gigi.

Ibu mereka sudah berpesan yang mereka perlu mengorek walau sebesar kuman pun maklumat tentang gadis yang menjadi pilihan abang mereka. Disebabkan itu, hari ini masing-masing mengambil cuti lalu menyerang pejabat si abang.

Soal jodoh abang mereka amat penting. Pertama kali abang mereka bercakap soal perempuan. Bagaimanalah ibu mereka tidak kalut?

Ibu mereka mahu memastikan gadis itu yang terbaik untuk si abang. Bukan sekadar menempel kerana harta. Dan yang paling membimbangkan jika abang mereka sekadar main-main sahaja. Tidak serius untuk menamatkan zaman bujang.

"Belum masanya," balas Thaqeef pendek.

Mahu kenal? Dia sendiri belum mengenali si gadis dengan lebih dekat. Baru sekali dapat dipaut pinggang ramping itu. Tidak lupa mendakap kemas tubuh seksi itu.

Sebelum dia betul-betul 'mengenali' si gadis dengan lebih dekat, tiada siapa yang dibenarkan hampir. Perlu menunggu giliran mereka tiba.

Bibir tersugil mengenangkan si gadis. Menanti saat perkenalan yang lebih mesra. Sentiasa mencari peluang untuk mencipta pertemuan di antara mereka.

Melihat si abang yang tersenyum sendiri seperti hilang ke dimensi berbeza buat 3 wanita berpandangan sesama sendiri. Tidak lama untuk bibir masing-masing merekah dengan senyuman penuh makna.

Nampaknya ada berita yang perlu dikhabarkan pada ibu mereka. Tidak perlu risau tidak dapat menyambut menantu. Sekali pandang pun sudah tahu yang Thaqeef benar-benar serius.

Sekarang mereka cuma perlu tahu tentang karakter kakak ipar mereka. Bukan sembarangan perempuan dapat menyambar abang mereka. Perlu memenuhi syarat terlebih dahulu.

"Kakak ipar kitorang kaya ke orangnya?" soal Salwa ingin tahu. Dibalas dengan anggukan sahaja.

Sekurang-kurangnya anggukan itu menyapu kerisauan mereka. Si gadis yang kaya tentu sahaja tidak memilih abang mereka hanya kerana harta.  

"Cantik tak orangnya?" celah Amira pula. Senyuman yang melebar di bibir si abang sudah cukup untuk menceritakan segalanya.

Kaya dan cantik? Kriteria yang menarik. Gadis yang dapat memaut hati abang mereka tentu sahaja bukan gadis murahan.

"Baik tak orangnya?" Hidayah tidak mahu ketinggalan. Yang penting baginya gadis itu perlu punya hati yang baik. Menyayangi si abang seikhlasnya.

"Korang ingat taste abang korang macam mana, huh?"  soal Thaqeef sinis.

Faham benar apa yang cuba dilakukan adik-adiknya. Selagi tidak mendapat jawapan, selagi itu mereka tidak berputus asa.

Ketiga-tiga mereka cuma mampu tersengih panjang menutup khilaf masing-masing. Tahu bila si abang sudah mula kurang sabar melayan soalan-soalan mereka.

"Beritahu ibu... tak perlu hantar kroni ibu kat sini. Sampai masa nanti, Abang Qeef sendiri bawak pulang menantu ibu," tutur Thaqeef serius.

Masing-masing cuma mampu mengangguk akur. Terpaksalah mereka menantu penuh sabar sebelum dapat bertemu dengan si kakak ipar.

Thaqeef tergeleng sendiri sebaik bayang 3 wanita cantik menghilang dari pandangan. Melayan makhluk unik ciptaan Tuhan itu bukan satu perkara yang mudah baginya yang sentiasa serius.

Mungkin disebabkan itu hingga ke hari ini hanya gadis itu mampu menarik perhatiannya. Saat fikiran mula kembali memikirkan tentang si gadis, bibir tersugil tanpa sedar.

My Darling LunaWhere stories live. Discover now