Teaser 9

823 22 0
                                    

ALUNA WIRDA. Nama yang cukup indah. Seindah pemiliknya. Si pemilik yang kini hanyut mengikut rentak muzik rancak. Ligat. Seolah terlupa pada bumi yang sedang dipijak. Langsung tidak sedar akan mata-mata yang memandang seperti serigala lapar yang ingin membaham.

Sepasang mata hitam tajam memerhati. Tidak lepas sedari menjejakkan kaki di kelab yang terkenal dengan taraf mewahnya. Hanya mereka yang berkemampuan dibenarkan menjejakkan kaki.

Terlukis kerutan di dahi saat menyedari si bunga yang ingin dipetik diintai ramai kumbang yang jelas berniat tidak baik. Boleh mendatangkan marah!

Di kelab begini, tentu sahaja tiada siapa berniat baik. Masing-masing hanya ingin berhibur. Lupa pada dosa dan pahala. Tiada sebarang larangan di mata mereka.

Kala ada kumbang cuba bertindak merapati, si pemerhati yang sudah menganggap bunga yang mewangi sebagai miliknya bingkas menghampiri. Perlu dihalau kumbang yang begitu berani mengintai gadis miliknya.

Si gadis masih ligat menari kala lengannya dipaut seseorang. Menghilangkan keasyikan sementara yang wujud.

"How dare you!" deram Luna berapi. Ditepis kasar tangan lelaki yang begitu berani menyentuhnya tanpa kebenaran.

Dia mungkin mampu dibeli. Namun perlu dilihat siapa yang punya wang untuk berbuat begitu? Itupun sekadar memegang tangan sahaja. Sehingga hari ini belum ada yang mampu membayar lebih. Atau lebih tepat lagi dia yang tidak pernah memberi ruang itu.

"What? Playing hard to get?" bidas si lelaki dengan nada cukup sinis.

Tepisan si gadis tidak menggerunkan. Sebaliknya lelaki itu bertindak lebih berani. Cuba menarik tubuh yang mampu meruntuhkan iman seorang lelaki ke dalam dakapannya.

Malang sekali tangan yang baru ingin mendarat di tubuh si gadis dikilas kasar. Terletus erangan kasar di bibir. Bulat matanya memandang lelaki tinggi lampai yang entah bila datang tanpa diundang. Dan tubuh si gadis tanpa silu ditarik ke dalam dakapan.

Berapi mata si kumbang memandang bunga yang ingin dijamah dirampas lelaki lain. Mengganggu sahaja!

"She's mine!" Dingin suara itu memadamkan amarah si kumbang. Kalah sebelum beradu. Aura lelaki itu terlalu menggerunkan untuk ditentang di kumbang.   

Lambat-lambat dia melangkah meninggalkan pasangan yang kelihatan sama cantik sama padan bagi di mata dengan hati mendongkol marah.

Pun begitu dia tidak berani bertindak yang bukan-bukan. Lelaki yang menjadi penyelamat si gadis nyata bukan orang biasa. Sekilas pandang sudah dapat ditebak statusnya. Lebih baik mencari bunga lain untuk dijadikan santapan.

"I'm yours?" soal Luna menjongket kening sebaik si pengacau menghilang dari pandangan.

Fokusnya kini beralih pada 'the knight in the shining armor' yang telah 'menyelamatkannya' dari diganggu kumbang liar.

Tentunya dia tidak boleh melabel lelaki yang telah 'menyelamatkannya' sebagai lelaki yang cuba mengambil kesempatan biarpun tubuhnya kini melekat rapat di tubuh lelaki itu. Bukankah begitu?

Dia mengangkat wajah bertentang mata dengan lelaki yang terus mendakap erat tubuhnya. Seolah dia benar-benar kepunyaan lelaki itu. Satu hakikat yang tidak mungkin berlaku.

Namun dia tidak cuba untuk mencipta jurang. Sebaliknya mempersoalkan lelaki yang tiba-tiba menyatakan hak yang tidak ada.

"Don't you think so?" balas Thaqeef. bersahaja. Tiada nada silu mahupun bersalah menyatakan sesuatu yang tidak wujud. Kerana apa yang diucap pasti menjadi nyata. Mungkin bukan hari ini. Esok belum tentu lagi.    

Andai Fahad berada di hadapan mata, pasti lelaki itu terkejut melihat sahabat baik sendiri yang tidak pernah menyentuh mana-mana perempuan begitu selamba menakluk si gadis seksi. Laju benar bertindak!

"I don't think so, Mr. Thaqeef. I am not yours. But..." Sengaja digantung bicara itu. Jemarinya naik ke wajah lelaki itu. Melata berani.

Thaqeef diam tanpa kata. Menanti bicara seterusnya si gadis. Ingin sahaja ditangkap jemari nakal yang tanpa silu bermain di wajahnya.

"You're quite a catch. Too bad... I tak mungkin jadi milik you."

"Jangan yakin sangat, my dear. Mungkin you sendiri yang akan datang menyerah diri," bisik Thaqeef lembut. Bisikan yang mampu mengusik iman tipis si gadis.

"We will see about that, Mr. Thaqeef," balas Luna tenang. Tidak gentar dengan cabaran lelaki itu.

Yakin benar cara lelaki itu berbicara. Keyakinan lelaki itu ingin benar dipatahkan. Tiada siapa yang dapat menakluk Aluna Wirda. Tiada!

"Sampai bila baru you akan lepaskan I, Encik Thaqeef?" soal Luna bila lelaki itu terus mendakapnya erat. Tiada tanda untuk melepaskan tubuhnya.

Bisu. Tiada jawapan yang diberi. Lama mereka kekal begitu. Hanya dua pasang mata berbicara tanpa kata yang sukar ditafsir.

Perlahan-lahan tubuh si gadis dilepaskan akhirnya. Terlukis kerutan di dahi saat terasa kehilangan menjentik hati.

Ingin sahaja ditarik semula tubuh gadis itu ke dalam dakapan. Tubuh yang dirasakan begitu sempurna berada di dalam dakapannya. Hingga tidak sudi dilepaskan pergi.

"Good bye," ucap si gadis tersenyum lebar. Menampakkan barisan gigi putih yang tersusun rapi. Sempat lagi dilayangkan flying kiss buat lelaki yang hampir menggugurkan jantungnya. Too hot!

"For now, darling." Tersugil senyuman sinis di bibir. Gadis yang melarikan diri pasti akan dimiliki. Itu hakikat tidak dapat diragui.

My Darling LunaWhere stories live. Discover now