Teaser 2

1.2K 16 0
                                    

"JANGAN main dengan api. I tak nak tengok you terbakar hangus, baby girl." Suara Tuan Qayyum mengalihkan perhatian si gadis seksi di sisinya dari terus memerhati sang lelaki yang mampu mengheret si gadis ke lembah bahaya.

Si gadis berpaling dengan senyum sinis di bibir. Tidak gentar dengan amaran yang diberi. Malah amaran itu mencabarnya untuk melakukan apa yang tidak sepatutnya.

Dia tidak pernah takut bermain dengan api. Tidak peduli jika dirinya terbakar hangus. Semuanya hanya terletak pada keinginan sendiri.

Malangnya buat masa ini dia belum berminat untuk terjun ke dalam api yang marak. Belum masanya. Atau lebih tepat lagi dia belum meletakkan lelaki yang menjadi mangsa renungannya itu di dalam senarai untuk dihampiri.

Mungkin akan tiba juga waktu itu. Tidak mustahil sampai ke akhirnya jalan mereka tidak akan bertembung.

Semua itu terpulang pada jalan yang perlu dilaluinya. Dia hanya mengikut rentak permainan takdir.

Percaya pada takdir? Atau lebih senang menghanyutkan diri kerana kekecewaan di hati? Mungkin juga kerana  terlalu suka meletakkan diri di ambang bahaya.

"Do you want to drink?" soal Tuan Qayyum menolak gelas yang berisi cecair kuning keemasan ke arah si gadis.

"No, thanks," tolak si gadis laju.

Satu-satunya perkara yang tidak akan disentuhnya sama sekali. Minuman yang telah menghancurkan hidup insan paling disayanginya. Mana mungkin dia sendiri pula sudi menyentuh minuman itu.

"Why not?" soal Tuan Qayyum bersahaja. Dijentik rasa ingin tahu bila wajah si gadis berubah keruh.

"You tak perlu tahu," bidas si gadis keras nadanya. Kisah hidupnya bukan untuk dicanang pada sesiapa. Lagi-lagi lelaki yang cuma bergelar 'sugar daddy'.

Dia cuma ingin mengikis lelaki-lelaki yang terlebih punya wang. Lelaki-lelaki miang yang memuja pucuk muda. Yang begitu mudah melupakan yang tua.

Dan dia juga ingin menyakitkan hati lelaki yang tidak layak bergelar bapa buatnya. Lelaki yang tentu sahaja tidak suka bila dia menghampiri lelaki sebaya dengan bapa sendiri.

Dia bingkas bangun. Tidak lagi berminat untuk melayan 'sugar daddy' bila moodnya terbang melayang jauh. Lebih baik tidur sahaja di rumah. Hilang sekejap segala masalah. Mengharap mimpi yang indah-indah sahaja.

Bunyi muzik kini terasa membingitkan telinga. Bila hati sudah tidak berminat, melihat orang lain terkinja-kinja mengikut rentak muzik juga mampu membuatnya jelak.

Belum sempat dia melangkah pergi, tangannya disambar si sugar daddy. Tawa sinis terletus di bibir.

"Dah nak balik?" soal Tuan Qayyum tenang. Tiada rasa marah menjentik walaupun si gadis bersikap biadap mahu meninggalkannya begitu sahaja.

Tiada balasan kedengaran dari bibir merah si gadis. Pun begitu kaki masih statik tidak berganjak. Berpaling pun tidak.

"Tak nak temankan I malam ni? Malam masih muda, sayang," tutur Tuan Qayyum penuh makna. Sekadar berbicara walaupun tahu tubuh gadis itu tidak mungkin jatuh ke dalam dakapannya.

Pun begitu dia tidak kisah. Terlalu ramai pucuk muda yang sanggup memanaskan malam-malamnya. Terlalu banyak pilihan bila memiliki poket tebal sepertinya.

Perempuan, ternyata begitu murah. Boleh dibeli dengan wang ringgit. Mudah menyerah hanya kerana ingin hidup mewah. Lebih senang bergayut di bahu lelaki berpoket tebal. Langsung tidak silu.

"Malam you... masih muda. Bukan malam I. Have fun, darling," balas si gadis seraya merentap tangan dari genggaman si lelaki tua.  

Flying kiss menjadi hadiah untuk lelaki itu sebelum laju sahaja kaki mengatur langkah meninggalkan kelab malam yang masih setia dengan pengunjung yang hanyut dalam dosa dan noda. Terlalu bebas.

Tangan yang terasa sengal dek genggaman Tuan Qayyum diusap perlahan. Mujur sahaja lelaki tua pilihannya kali ini tidak menjijikkan mata memandang. Tidaklah terasa jijik bila lelaki tua itu begitu berani menyentuh tangannya.

Sekurang-kurangnya Tuan Qayyum masih punya paras yang mampu dipandang. Perut juga tidak boyak seperti kebanyakan lelaki berusia 50an. Pun begitu dia tidak sanggup menyerahkan diri pada Tuan Qayyum. Mana mungkin itu berlaku!

My Darling LunaWhere stories live. Discover now