Aku memandangnya dengan mata yang terasa lesu semenjak dari tadi. Dia diam tidak terkata. Aku tak tahu kenapa. Tangannya hanya memegang cawan yang berada di atas meja ni. Cawan itu pula terletak di hadapannya. Anak matanya itu hanya merenung cawannya sendiri, daripada memandang wajah aku ni.
Apa yang menarik sangat dengan cawan tu, sampai aku ni pun dia tak pandang? Tadi bukan beria-ria mengajak aku datang ke sini. Bahang je hati aku melihat kelakuan dia sekarang ni.
Untuk seketika, mataku merenung ke kiri, melihat mentari yang kian terbenam di sebalik celahan hutan konkrit. Terdapat beberapa biji kereta mewah yang sedang melintasi kedai ni, tanpa menghiraukan kami berdua yang sedang duduk di luar kafe yang berpatutan harganya, kalau nak dibandingkan dengan Starbuck.
Aku meletakkan telapak tangan aku di atas meja. Jari telunjukku mengetuk meja ni, mengikut rentak setiap saat yang sedang berjalan.
Senyap.
Apa ni? Aku tak ada masa la nak tengok patung depan mata aku!
Dia mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Haram jadahlah, sampai bila nak senyap? Membuang masa aku betullah dia ni!
"Da-dah lama tak le-lepak macam ni, kan?" katanya, dengan gugup.
Mataku menangkap matanya yang dikendurkan, sambil dagunya ditongkat dengan telapak tangannya. Dia masih merenung mentari yang menghilang, digantikan dengan langit biru kehitaman.
Ha... drama.
Jari-jemariku melingkari pemegang cawan yang berkaca. Cawan ni diangkat perlahan, tanpa melepaskan kornea mataku yang terkunci di wajahnya. Aku menyisipkan cawan ke bibir aku sendiri. Air mengalir ke tekakku, tanpa lidahku betul-betul menikmati perisa minuman ini.
"K-kau sihat?" tambahnya, tanpa memandang aku.
Mataku tertancap ke beg sandangnya yang diletakkan di kerusi. Melihat rantai kunci yang tersemat di zip begnya itu menimbulkan sedikit kekesalan aku. Ah, rantai itulah yang aku belikan untuknya, demi hari jadinya. Seingat aku, dia tidak pernah menyangkutkan rantai itu sebelum ni, tetapi sekarang dia cuba umpan aku dengan rantai tu? Maaflah, aku... aku tak makan punlah umpan kau ni!
"Tanpa kau, ya."
Aku dapat menangkap gerakkan anak matanya. Dia merenung pasu bunga yang terletak di hadapannya, sambil dihiasi air mata yang berkaca.
"Oh."
Aku meletakkan cawan tersebut di atas meja. Kesunyian menguasai ruang udara ini lagi. Kini matanya kembali tertancap ke cawannya sendiri.
Dia nikan, kalau aku lempang jangan la tanya kenapa. Sekejap memandang ke matahari, sekejap pasu bunga. Pandang aku bila kau bercakap dengan aku!
"Kau macam mana? Sihat ke?" Tanyaku pula, dengan suara yang garau.
Seketika, mataku tertumpu dengan kelakuan pelayan kedai ini ketika mereka sedang mengambil pesanan pelanggan yang lain. Aku terlalu bosan, menunggu jawapannya sendiri. Gaya dia seperti aku menghantar surat jauh beribu-ribu batu, mengambil masa yang lama sebelum dia membalas jawapan aku.
"Sihat. Aku sihat je," dia tersenyum sedikit, namun masih merenung minumannya.
"Oh," balasku sambil menganggukkan kepala.
YOU ARE READING
GREMLIN.EXE: KRIPTOGRAFI [COMPLETE]
Science FictionAh, aku tahu ini semua salah aku. Salah aku kerana tidak memejamkan mata. Salah aku kerana tidak menghargai sebuah hubungan yang sukarku capai. Tapi.... Apalah hidup seorang lelaki, menjadi hamba wanita yang dicintai olehnya? Atas dasar cinta? Atas...