Aku merenung ke luar jendela. Yang pergi, tak akan kembali. Yang merana, akan kekal sengsara. Hidup ni penuh dengan kehitaman. Tiada yang senang, serta membahagiakan. Aku... akan sentiasa seorang diri di sini, menghadapi kerenah manusia yang menyakitkan hati.
Aku melihat pendrive yang berada dalam tanganku.
Disebabkan satu fail yang bernilai trilion dolar Amerika Syarikat, semua orang menjadi gila. Semua orang sengsara. Semua orang lupa Maha Pencipta. Apa sahaja yang terkandung dalam pendrive ni?
Aku menggenggam dengan kuat pendrive ni.
"Aslan, masa untuk minum pagi," sapa seseorang, dengan membuka pintu.
Dia mengukirkan sebuah senyuman. Senyuman itu seperti kasut yang tak digilapkan, pudar.
Melihat senyuman yang menyedihkan ini menyebabkan aku mengalihkan pandanganku ke jendela lagi.
Mentari naik, seperti tiada apa-apa pun yang berlaku selama tiga hari selepas pengeboman sebuah perumahan mewah.
Mereka bertiga? Aku tak tahu dan aku tak ambil peduli.
Haruman kopi menguasai bilik ni.
"Kau suka kopi, kan? Aku buatkan untuk kau. Ni ada roti bakar. Makanlah," beritahunya sambil menepuk bahuku.
Aku menjelingnya, menyebabkan dia mengalihkan pandangannya ke tempat lain.
"Aku akan tamatkan semua ni. Hidup aku dah cukup sengsara. Aku akan hentikan semua kegilaan ni," kataku sambil mengangkat pendrive tersebut ke udara.
"Aku tahu yang aku dah melakukan kesalahan yang sangat besar. Seperti yang kau katakan, kemaafan tak akan mengubah apa-apa. Tetapi... aku akan sentiasa bersama dengan kau, dan aku akan membantu kau untuk menyelamatkan kawan dan keluarga kau."
"Ha, kau memang patut lakukan apa yang aku suruh. Sebab, kalau kau tak buat seperti mana yang aku mahukan, aku akan tamatkan nyawa kau."
Dia merenung ke lantai, apabila aku berkata begitu.
"Melainkan Lea," kataku perlahan, "kau tamatkan nyawa aku. Maka, kau akan bebas nak buat apa-apa sahaja."
Suasana bilik ini begitu sunyi. Dia duduk di atas sebuah bangku selama 30 minit. Matahari semakin meninggi. Aku tidak pula memandangnya.
Tiada apa yang hendak aku bualkan.
Tiada apa yang aku ingin katakan.
Tiada apa yang aku ingin kongsikan.
"Kalau kau ada sesuatu yang kau inginkan, panggil sahaja aku. Aku akan segera datang," katanya, sambil bagun dari tempat duduk.
Apa-apa jelah.
Dalam beberapa langkah, dia membuka pintu. Sebelum melangkah keluar, dia memandang aku.
"Makanlah, Aslan. Makanan tu untuk kebaikan engkau juga," katanya, sambil air yang mengalir dari mata kirinya disinari dengan mentari pagi.
Pintu ditutup.
Aku mengeluh.
Tak apalah. Aku cuma buat apa yang aku rasa aku perlu buat. Tak semua orang faham perasaan aku ketika ini.
Dalam dunia ni, kemaafan itu sampah. Cinta itu membawa sial. Sayang tu hanyalah ilusi yang tak pernah wujud. Datangnya kemaafan, timbulnya kesengsaraan. Cinta yang menenangkan pula akan mengugat kewarasan akal fikiran, apabila ianya tak terkawal. Datangnya cinta disertakan dengan kebencian hakiki. Sumber kebencian itu sendiri adalah daripada kecintaan. Sayang itu pula akan mewujudkan lebih banyak kehilangan.
Bila mana semua benda tu disalahgunakan, ataupun disalahertikan. Aku tak rasa orang akan faham. Tetapi buat masa ini, aku tak perlukan semua tu.
Aku akan pastikan semuanya tamat. Tak kisahlah kalau orang selalu anggap aku manusia yang paling jahat sekalipun, aku akan melaksanakan tanggungjawab aku. Bencilah aku kalau itu yang kau mahu. Tuduhlah aku sebagai manusia yang kufur kepada Tuhan, kalau itu yang membahagiakan kau.
Tapi, kenyataannya, semua orang mengerti apa yang aku maksudkan ini. Atas ego dan kebergantungan kepada kebodohan dan kebangsatan, semua orang membutakan mata. Semua orang menjadikan dunia ni sebagai neraka.
Tetapi, aku dah tak kisah akan semua itu. Kalaulah orang-orang bodoh dan lembab berfikir ialah manusia yang akan masuk syurga, maka aku lebih sanggup....
YOU ARE READING
GREMLIN.EXE: KRIPTOGRAFI [COMPLETE]
Ciencia FicciónAh, aku tahu ini semua salah aku. Salah aku kerana tidak memejamkan mata. Salah aku kerana tidak menghargai sebuah hubungan yang sukarku capai. Tapi.... Apalah hidup seorang lelaki, menjadi hamba wanita yang dicintai olehnya? Atas dasar cinta? Atas...