Kabur. Apa pun aku tak nampak. Letih. Hilang segala kudratku untuk menapak. Apa yang aku mampu buat hanyalah terlantar di sini, di tempat yang aku sendiri kurang pasti. Aku tak mampu nak mengambil tahu tentang keberadaan aku sekarang ni.
"Doktor, tolong se- lelaki ni!" kata satu suara yang kenal.
Ah. Dah nak mati, tapi susah betul.
"Berapa pun saya sanggup bayar! Dia perlu hidup!"
"Tetapi cik-, kami kekurangan darah yang sama jenis dengan dia," kata satu suara lelaki asing.
"Saya berdarah O! Pakai sahaja darah saya!"
***
Gelap.
Haha, macam masa depan aku je. Ah, mana mungkin masa depan aku cerah. Sama ada mati, menunggu kiamat, atau mungkin aku hidup. Aku tak tahu.
"Kau masih seorang diri lagi?" Sapa satu suara, yang muncul di belakangku.
"Kau ni, jangan tanya soalan ni lagi. Kan aku dah cakap, hidup atau mati, kita berdua hanyalah sendirian," balasku tanpa memandangnya.
"Nak buat macam mana, Aslan? Kau yang tarik diri darinya. Aku dah cakap banyak kali, kalau kau bersabar sedikit masa lagi, dia akan bersama dengan kau."
"Jangan jadi bodoh. Dia dah merosakkan kehidupan kita lebih daripada orang lain," balasku, sambil berpaling ke arahnya.
"Walaupun dia dah merosakkan kehidupan kita berdua, tetapi dia masih sayangkan kau. Atau, itulah yang dia selalu cakapkan, haha!"
Mataku menangkap lenggok ketawanya.
"Aku... patut percaya cakap kau dari awal," kelatku mengaku, ditemani raut wajah yang berkerut.
"Haha. Malu apa, bosku? Kau yang bodoh. Aku sentiasa berada dengan kau. Aku sentiasa berada di hati kau. Aku lebih tahu baik buruk sesuatu perkara. Tapi kau? Tak rasional dan bengap! Sekarang ni,tengoklah apa yang dia dah buat dengan kehidupan kita?
Hancur!
Aku dah ulang lagi, dan lagi, tapi kau tak percaya! Nah, rasakan keperitan kebodohan kau. Rasakan seksanya berakalkan cinta dan sayang.
Cinta dan sayang konon."
Aku mendiamkan diri.
"Apa yang aku mahukan hanyalah ketenangan," aku merenungnya.
Ah, aku patut dengar nasihat dia dulu. Aku patut dengar kata-kata orang sekeliling aku. Tetapi, sekarang ni aku dah terlambat sangat.
"Ketenangan? Haha! Kau ingat kau boleh capai dua benda tu dengan menyayangi orang lain ke? Kau lupa ke yang cinta, sayang, kasih dan bla, bla, bla tu semuanya merupakan punca utama perang yang berlaku semenjak ribuan tahun?
Dari cinta, lahirnya benci.
Dari sayang, lahirnya dendam.
Dari kasih, lahirnya kemarahan yang tak dapat dibendung.
Aku dah cakap banyak kali, tapi," dia melangkah setapak, demi setapak dan meletakkan permukaan jari telunjuknya di dahi aku, "kau bengap! Bodoh! Bebal!"
Air liur yang bertakung di mulutku ditelan.
"Ingat Aslan. Ini kali terakhir. Kalau kau gagal lagi, kau terpaksa turun. Aku bagi peluang untuk kau buktikan kebaikan yang Tuhan cipta ni sebenarnya betul-betul bagus.
YOU ARE READING
GREMLIN.EXE: KRIPTOGRAFI [COMPLETE]
Fiksi IlmiahAh, aku tahu ini semua salah aku. Salah aku kerana tidak memejamkan mata. Salah aku kerana tidak menghargai sebuah hubungan yang sukarku capai. Tapi.... Apalah hidup seorang lelaki, menjadi hamba wanita yang dicintai olehnya? Atas dasar cinta? Atas...