"Amacam kena baling dengan batu? Sakit? Haha," ketawaku selamba, walaupun pada ketika itu aku yang menjadi sasaran mereka.
"Memang pecah kepala kau aku buat!" Bentaknya.
"Kau kumpulan yang mana? Seingat aku, Sarah dah mengarahkan orang-orangnya untuk tidak menganggu aku," tambahku lagi.
"Itu bukan urusan kau. Yang penting, dia sangat bodoh bila dia memberikan engkau pendrive hitam tu," balas lelaki yang mengacukan senjatanya kepadaku.
Seorang lelaki lagi datang, menghentak dadaku dengan telapak kakinya. Hentakkan tersebut menyebabkan aku tersedak.
"Sampai sini saja kau menyusahkan kami. Sekarang ni, bak sini pendrive tu."
Ah, aku tak bodoh macam diorang. Aku awal-awal lagi dah tahu ada yang tak kena dengan anggota polis tu. tercongok-congok tengok aku dari dalam bangunan. Ni mesti geng dia. Masakan la orang tahu yang pendrive tu dekat aku? Idea Anna ni boleh tahan sampah juga.
Tapi, ini juga bermaksud yang ada sesetengah anggota polis bukan orang-orang Sarah. Jadi, diorang ni siapa?
"Ada kata-kata terakhir?" Kata lelaki yang memijak dada aku.
"A-aku nak kata ma-cam mana, kalau da-dada aku kena pi-pijak?" Kataku tersekat-sekat.
"Heh, tak perlu la kot, kalau macam tu. selamat tinggal," kata lelaki yang berdiri tanpa memijak dada aku.
Tch, ni semua salah si mangkuk tu. disebabkan dia la aku mati dekat tempat macam ni. Haram jadah, aku dah la banyak dosa. Aku nak cakap apa dengan Dia nanti?
Tiba-tiba, lelaki yang tidak memijak aku itu kebelakang, longlai dan lemah. Cecair hitam kemerahan bertaburan di udara, memalit wajahku apabila cecair itu jatuh. Sekali lagi, dadanya berlubang apabila satu besi halus menerobos jantungnya.
Dia serta-merta rebah di atas tanah.
Rakannya yang memijak dada aku tergamam dan segera memandang ke sumber ledakan pistol tersebut. Dari senjatanya yang diacukan kepadaku, terus diangkat ke arah punca tembakan yang dilepaskan bertentangan dengannya.
Namun, belum sempat dia membuat apa-apa, dia turut rebah ke belakang apabila tiga butiran besi kecil menggerudi dadanya. Telingaku pula hanya menangkap bunyi tembakan yang disenyapkan.
Aku segera mendongak ke atas. Sekujur tubuh yang disaluti kegelapan berjalan perlahan-lahan ke arahku.
Aku cuba bangun sambil mataku tertancap ke wajahnya. Dia ni....
"Kau tak apa-apa?" Tanya dia sambil menurunkan senjatanya ke bawah.
"Era? Apa yang- kau- apa dah berlaku ni? Kenapa kau pegang senjata ni?" Tanyaku terpinga-pinga apabila aku kembali tegak di atas bumi ni.
"Itu bukan caranya untuk kau mengucapkan terima kasih kepada aku, Aslan. Aku dah selamatkan engkau, kot."
"Tapi kau baru bunuh dua orang?" Tanyaku dengan dahi yang berkerut.
Dia mendiamkan diri, sambil melihat dua orang lelaki ni. Seorang terlentang dan seorang lagi terbungkam.
Dia mengacukan senjatanya kepada lelaki yang terbungkam.
Bunyi tembakan itu menguasai deria telingaku.
Tidak cukup dengan itu, dia menembak tepat kepala lelaki yang terlentang.
Aku tergamam apabila dia buat begitu. Dia memandangku.
"Sekarang kau dah selamat, tapi buat masa ni je. Sekarang, kau ikut aku," katanya sambil berpaling daripadaku.
YOU ARE READING
GREMLIN.EXE: KRIPTOGRAFI [COMPLETE]
Science FictionAh, aku tahu ini semua salah aku. Salah aku kerana tidak memejamkan mata. Salah aku kerana tidak menghargai sebuah hubungan yang sukarku capai. Tapi.... Apalah hidup seorang lelaki, menjadi hamba wanita yang dicintai olehnya? Atas dasar cinta? Atas...