BAB 27

30 5 0
                                    

Kami bertentangan mata. Aku mengubah posisi badanku untuk berada dalam keadaan bersedia. Dia hanya tersenyum melihatku. Seperti biasa, aku memaksa setiap neuron dalam kepala aku untuk menghantar maklumat ke neuron yang lain.

Fikir!

Kalau aku berhenti berfikir, aku akan mati!

"Kau tahukan, yang kau tak boleh menang melawan aku, Aslan?"

"Haha. itu tak lebih daripada sekadar kebarangkalian. Walaupun dunia ni berteraskan matematik dan sains, kebanyakkan takdir hanya mempunyai dua jawapan, iaitu ya atau tidak. Cuma, beza aku dengan semua orang adalah memaksa setiap urat dan fikiranku untuk menaikkan kebarangkalian tu!"

Dia melangkah setapak.

"Haha! Menarik! Tunjukkan aku, apa yang kau boleh buat!"

Wajahnya yang tadi dari kejauhan kini berada di hadapanku.

Laju!

Mataku dapat menangkap pergerakkan penumbuknya yang muncul dari arah kiriku.

Tch!

Aku melangkah setapak ke belakang, sambil mendongakkan kepala.

Apabila penumbuknya hanya memukul angin, trajektori tangannya dengan pantas menukar arah, iaitu ke tengkuk aku!

Mataku dapat menangkap sesuatu yang bersinar di celahan penumbuknya.

Itu-!

Tangan kananku mencelah,menepis tangan kanannya.

Impak antara tangan aku dan tangannya menghasilkan bunyi hentakkan yang kuat.

"Oh, tangkas!" Celahnya, sambil melangkah setapak ke belakang.

Kau ingat aku bodoh ke?

Kakiku mengikut rentaknya, sambil penumbukku digenggamkan di rusuk kiriku.

Penumbukku membelah angin, tepat ke perutnya.

Kalau dia senak, senang kerja aku.

Penumbukku memberikan hentakkan yang sangat kuat, sehinggakan aku terasa seperti tulangku ingin tercabut.

Tiba-tiba, aku terasa seperti ada sesuatu yang mencengkam penumbukku.

Telapak tangan? Biar betul dia ni?

Aku menggetapkan gigi. Dia tersengih.

Aku melangkah ke belakang, dituruti olehnya.

"Boleh taha juga kau Aslan. Melalui rekod kau, kau bukannya jenis yang suka beradu tenaga. Hm, macam mana kau boleh pandai macam ni?"

"Survivaliti. Lagi korang menekan aku, lagi banyak neuron dalam kepala aku bersambung, untuk memastikan kelangsungan hidup aku."

"Dengan kata lain, lagi kau ditekan, lagi kau jadi hebat? Haha! Menarik la sial! Kalau kau boleh jadi manusia macam tu, aku betul-betul nak tengok kau di peringkat yang paling tinggi! Mesti menyeronokkan berlawan dengan orang macam kau, haha!"

Dia ni dah kenapa? Menitis peluh aku dengan apa yang dia cakapkan. Budak ni memang gila babi ni.

Dia berlari ke arah aku. Dengan matanya yang kemerahan disebabkan urat yang tersembul di atas biji matanya.

Jangan berhenti berfikir!

Dia berlari ke arah aku, dan apa yang aku patut buat? Menunggu? Berlari ke arahnya juga? Mana satu tindakkan yang terbaik?

GREMLIN.EXE: KRIPTOGRAFI [COMPLETE]Where stories live. Discover now