BAB 10

44 6 3
                                    

"Kau nak bawa aku ke mana ni?" Tanyaku malas.

Kemalasanku meningkat. Aku letih, sebab kerja siang tadi. Ni ditambah pula dengan aku disusahkan oleh Sarah, dikejar orang yang aku tak kenal, dan juga diugut oleh ketua projek aku sendiri, Era.

Apa nak jadi ni, ha?

Dia tidak menjawab. Sebaliknya memandu dengan melebihi had laju. Aku dah dapat merasakan yang aku akan kembali pada zaman silam, jika terlampau laju sangat. Atau lebih tepat, dengan secara saintifiknya aku mungkin akan menyusut jika terlampau laju.

"Aku tanya ni Era. aku dah la penat," rungutku.

"Kau diamlah. Aku nak memudahkan kerja kau dan aku, tapi kau sendiri menyusahkan aku. Sekarang, rasakanlah kepenatan tu."

Kereta ini menuju ke satu kawasan tinggal, di mana kawasan ini sebenarnya merupakan kawasan perumahan yang terbengkalai. Dia memberhentikan keretanya secara tiba-tiba di tengah-tengah jalan.

Mataku bergerak-gerak mengikut rentaknya. Dia mencapai senjatanya, membuka pintu, dan keluar dari kereta ni. Dia kemudiannya mengatur langkah ke pintu aku. Lohong hitam senjatanya tepat di arahkan kepadaku apabila dia membuka pintuku ini.

Aku secara sepontan hanya mengangkat tangan ke udara. Tetapi, keletihan menguasai diri aku pada ketika ini. Aku sengaja menayangkan wajah tidak senang. Aku keluar dari kereta ni.

Pada mulanya, muncung pistolnya itu di arahkan ke kepalaku. Tiba-tiba, muncung itu berakhir di pehaku, dan ledakan itu cukup untuk membingitkan telingaku.

"Argh!"

Aku tersungkur di atas jalan raya yang bersopak ini.

"Sakit! Argh!" Keluhku seorang diri.

Peluh dingin mula menguasai dahiku. Keperitan ini menambah beban kepada keletihanku.

"A-apa yang kau buat ni, Era?" Jeritku sekuat hati.

"Ini untuk membuatkan engkau susah nak melarikan diri," balasnya ringkas.

Dia kemudiannya memapah aku.

"Lepaskan aku la setan!"

"Diamlah Aslan. Lagi banyak kau bergerak, lagi cepat darah kau hilang."

"K-kau ni laknat betul! Ni ke ca-cara kau nak layan kawan kau?"

"Aku dah minta pendrive tu banyak kali. Tapi, kau degil nak bagi. Rasakanlah," katanya selamba.

Tanganku dicengkam kuat, sehinggakan tanganku berubah kebiruan. Dia menarik lenganku, dan berjalan setapak demi setapak ke sebuah rumah yang bercahaya malap di sebalik tingkap rumah tersebut.

Sampai sahaja di depan pintu, dia mengetuk pintu tersebut tiga kali.

"Siapa Tuhan kau?" Tanya satu suara garau di sebalik pintu itu.

"Tiada," balas Era.

Ha? Apa yang dia cakapkan ni?

"Siapa kita?"

"Pendosa."

"Siapa engkau?"

"Si Pencinta."

"Matlamat hidup engkau?"

"Mengembalikan Yang Satu."

Kelopak mataku terkebil-kebil mendengar setiap ucapannya. Aku mengangakan mulut, ditambahkan lagi dengan cairan liur yang terkeluar dari mulutku akibat kesakitan yang mencucuk.

GREMLIN.EXE: KRIPTOGRAFI [COMPLETE]Where stories live. Discover now