"Seperti mana yang aku cakapkan tadi, aku menjejak Anna melalui hadiah pemberianku, iaitu cincin," katanya sambil berjalan di hadapanku, menuju ke sebuah bilik.
Mataku melilau ke kiri, kanan, dan atas.
"Untuk perempuan muda macam kau, rumah ni tentunya besar untuk diduduki secara seorang diri," sampukku ke topik yang lain.
"Ianya merupakan rumah tinggalan daripada nenek-moyang aku. Aku tiada tempat lain, selain dari rumah ni."
Aku mengekorinya.
"Kali terakhir aku lihat kembali peta kedudukan Anna, dia masih di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur," tambahnya lagi.
"Hm. Ibu kota, ya? Kuala Lumpur memang tempat kumpulan Forma bersarang. Melalui daripada apa yang Sarah pernah ceritakan kepada aku dulu, memang ada satu tempat yang menjadi markas mereka. Tak silap aku, Sungai Besi. Kalau Anna ada di Sungai Besi, maknanya betullah Forma yang menculik dia."
Dia menoleh ke arah aku.
"Sarah beritahu di mana markasnya?" Tanya dia dengan dahi yang berkedut seribu.
"Ya, kenapa?"
"Peliknya. Maksud aku, selalunya kumpulan bawah tanah ni mana ada sesuka hati nak beritahu kedudukan mereka."
"Sebab sewaktu aku merupakan kawannya dahulu, dia sangat... ya, dia kata sayang dan blablabla, tapi bagi aku, dia hanya ingin mempergunakan aku. Jadi, dia cuba merekrut aku untuk masuk ke dalam kumpulannya.
Mungkin, hanya mungkin, dia nampak kelebihan aku seperti mana yang kau cakapkan. Dia cuba untuk membawa aku ke sana, tapi, aku tak berminat."
"Ah... aku faham. Kesilapan terbesarnya, eh?"
"Ya, kesilapan terbesarnya. Tetapi Lea, kita kena jadi bijak. Lebih bijak daripada mereka yang lain," kataku sambil dia membuka pintu, "iaitu dengan memikirkan segala kemungkinan yang mereka dah memindahkan tempat operasi mereka. Kalau betul pun Anna muncul di Sungai Besi, ianya tak semestinya Anna betul-betul berada di tempat tu. Mungkin itu hanyalah perangkap."
Dia mengerling ke arahku sekilas, dengan memberikan senyuman.
"Memikirkan segala kemungkinan, eh? Boleh tahan."
"Aku hanyalah seorang programmer. Dalam kod, kita akan sentiasa menaip jika ini, maka ini jawapannya. Jika tidak, maka ini japannya. Seorang programmer harus memikirkan pelbagai alternatif dan kemungkinan," mataku tertancap ke skrin komputer yang menghadapku dari pintu.
Pada ketika ini, peta sudah pun tertera di dalam skrin tersebut.
"Nampaknya, skil programming kau membuahkan hasil, apabila kau berfikir dalam keadaan berhati-hati," balasnya sambil berjalan ke komputer.
"Kau ada apa-apa rancangan untuk itu, Aslan? Maksud aku, menghadapi semua kemungkinan tu?"
"Tak. aku cuma fikirkan keadaan paling buruk yang boleh berlaku kepada kita, bukannya solusinya."
Dia menarik laci meja komputer tersebut. Dia kemudiannya mengeluarkan sepucuk pistol yang berwarna hitam.
"Rasanya, inilah solusinya," balasnya ringkas.
Aku menelan air liur.
"Aku harapkan rancangan yang lebih padu daripada tu," kataku sambil melihatnya daripada belakang.
"Oh, solusi yang lebih padu, eh? Jadi," katanya sambil mengambil dua biji bom tangan, "ini solusi kedua, ataupun kita panggil sebagai B."
"Tak, bukan itu maksud aku. Aku-"
YOU ARE READING
GREMLIN.EXE: KRIPTOGRAFI [COMPLETE]
Science FictionAh, aku tahu ini semua salah aku. Salah aku kerana tidak memejamkan mata. Salah aku kerana tidak menghargai sebuah hubungan yang sukarku capai. Tapi.... Apalah hidup seorang lelaki, menjadi hamba wanita yang dicintai olehnya? Atas dasar cinta? Atas...