BAB 19

27 8 1
                                    


Angin bersepoi bahasa membisikkan sesuatu ke telingaku. Orang yang aku mahukan tidak lagi sampai-sampai semenjak dari tadi. Ah, tak kisah la. Aku merenung ke lelaki yang sedang dirawat oleh Lea.

"Untung kaukan, buat bangsat pun masih dirawat," kataku sambil membakar sebatang rokok.

Lea menjeling ke arahku.

"Cukup la Aslan. Dia dah pun teruk kena dengan kau. Apa yang kau mahukan lagi?"

"Haha, kalau itu yang kau kata teruk, Lea, aku boleh buat lagi jahanam daripada tu. Tapi, macam aku cakap, aku ni waras.

Lepas ni, kau nak buat lagi tak, Phil?"

Dia mengerutkan seluruh wajahnya, sambil memandang Lea membaluti kecederaan dia.

Aku tanya tu jawab la.

Aku mengeluarkan senjataku. Muncung itu lurus tepat ke kepalanya.

"Aslan!"

"Ke tepi Lea, melainkan kau pun nak kena tembak," balasku, sambil merenung Lea yang berdiri di hadapan Phil.

"Aku baru rawat dia. Kau jangan nak membazirkan tenaga aku!"

Aku menggaru kepalaku.

Langkahku teratur ketika mara ke arah Phil. Lea merenung tajam terhadap diriku. Aku tak dapat menahan diriku lagi, daripada tersenyum.

"Haih, aku dah cakap dah Lea. Lambat-laun, kau akan bencikan aku juga."

"Kawallah perasaan benci dan dendam kau tu, Aslan. Aku tahu yang dia menyusahkan kau, tapi kini dia orang yang lemah."

"Lagi sedap kena seksa."

Lea mengenggam penumbuknya.

"Aku silap mengajar kau cara menggunakan pistol. Kau sesuai jadi pepijat je. Apa yang aku berikan akan memusnahkan kehidupan kau dengan lebih dahsyat. Oleh itu, aku akan tarik balik pemberian aku," katanya sambil menadah tangan.

"Serius la kau rasa aku akan berikan balik senjata ni?"

"Tolong jangan paksa aku ambil balik secara paksa."

Haih.

"Yela, ambillah. Malas aku nak bertekak dengan kau, Lea," aku memberikan senjataku kepadanya.

Dia menyisipkan kedua-dua senjata yang aku berikan di belakang pinggangnya. Pada ketika itu juga, satu kereta meluncur laju ke tempat kami. Aku hanya bersandar ke kereta Phil. anak mata aku dapat menangkap wajah pemandu dan penumpang kereta tersebut. Lelaki dan perempuan.

Sebaik sahaja kereta itu berhenti, mereka berdua meluru keluar dari kereta tersebut. Masing-masing mengarahkan senjata kepada aku dan Lea.

"Woah, apa ni inspektor? Ini ke cara layan orang awam?" Tanyaku selamba.

"Kau! Kau yang pancitkan tayar akukan?"

Lea memegang Phil dari belakang.

"Kalau aku tak pancitkan tayar kau, aku takkan dapat tangkap budak ni," tanganku merentap baju Phil, dan menendangnya dari belakang sehinggakan dia tersungkur ke tanah.

"Kau siapa ha, budak? Apa hal kau kurang ajar sangat ni?" Tanya perempuan tu selamba.

"Yalah, aku sorang yang kurang ajar. Korang berdua ni baik sangat ke dengan mengacukan senjata kau tu kepada aku?" Kataku sambil mengangkat tangan.

"Kau tak payah biadap sangatlah! Kau tu budak!" Jerkah perempuan tu.

Sial la perempuan ni. Aku malas nak layan. Bodoh sangat.

GREMLIN.EXE: KRIPTOGRAFI [COMPLETE]Where stories live. Discover now