Masing-masing mendiamkan diri. Aku merenung ke lantai, dan setiap saat air mataku jatuh bersepai di atas lantai. Dia dah tak bergerak lagi. Buatlah macam mana pun. Mintalah kemaafan yang macam mana pun, dia dah pergi.
Dia dah tak ada!
Apa salah aku?
Apa salah dia?
Dia hanyalah seorang budak lelaki. Dia ada kawan-kawannya sendiri. Dia tidak seperti aku. Dia disayangi oleh guru-guru dan rakan-rakan dia.
Aku tak ada sesiapa pun di dunia ni, melainkan dia, Laila, dan mak cik aku. Sekarang ni, dia sudah pergi. Aku dah tak tahan lagi.
Aku tak mempunyai ramai kawan.
Aku selalu dibenci, walaupun aku jarang buat salah.
Sekarang, dia dah pergi. Salah seorang kaum kerabat aku meninggalkan aku seorang diri dekat sini.
Celaka!
Semua ni bangsat!
"A-Aslan...."
"A-apa sa-salah aku terhadap k-kau, setan?" Jeritku sekuat hati.
"Aku selalu j-jaga kau, d-emi kebaikan kau s-sendiri! Sekarang ni, k-kau tengoklah a-apa yang aku d-dapat! D-disebabkan k-kebodohan kau yang tak akan ha-habis, ahli ke-keluarga a-aku mati! Aku dah l-la selalu se-seorang diri! A-apa yang aku a-ada hanyalah m-mereka bertiga!
Mereka bertiga j-je la, bo-bodoh!"
Aku cuba bangun.
Namun, tanganku begitu lemah. Aku tak mampu bertahan lagi.
Lea menyambut aku.
"A-Aslan, aku akan selamatkan kau!"
"Le-lepaskan je la a-aku, bangsat. Le-lebih baik a-aku mati...."
"Jangan cakap macam tu. Aku akan cuba selamatkan kau."
Aku menepis tangannya. Tepisanku menyebabkan aku jatuh bersebelahan dengan Arif. mataku merakam sekujur tubuh yang sedang bertukar menjadi pucat. Walapun lemah, namun aku memaksa setiap kudratku untuk memegang wajahnya.
Nampaknya, dunia aku semakin gelap.
Tanpa adik-beradikku, untuk apa lagi aku hidup di muka bumi ni?
Aku seorang manusia yang gagal. Gagal menjalankan amanah ibu bapaku. Gagal menjalankan amanah Tuhan.
Apa yang aku nak jawab nanti dengan-Nya?
Malu.
Aku sungguh malu untuk berjumpa dengan-Nya.
Aku manusia yang lemah dan tak berdaya.
Aku keletihan.
Tenaga aku semakin berkurangan.
"Kau pilihlah mati, kalau kau tak larat sangat. Dunia ni sentiasa kejam. Untuk orang macam kau, kau tak boleh buat apa. Kalau kau nak mati sangat, matilah. Tetapi, ingat!
Adik perempuan kau masih belum diselamatkan lagi.
Anna masih hilang.
Begitu juga dengan mak cik kau.
Kalau kau penat sangat, maka berehatlah selama-lamanya. Bawa la kekesalan kau ke sana. Di sana, kehidupan kita adalah abadi. Kalau kau pilih untuk mati dalam keadaan menyesal, dipersilakan.
YOU ARE READING
GREMLIN.EXE: KRIPTOGRAFI [COMPLETE]
Ciencia FicciónAh, aku tahu ini semua salah aku. Salah aku kerana tidak memejamkan mata. Salah aku kerana tidak menghargai sebuah hubungan yang sukarku capai. Tapi.... Apalah hidup seorang lelaki, menjadi hamba wanita yang dicintai olehnya? Atas dasar cinta? Atas...