BAB 21

36 6 0
                                    


"Lepas habis belajar nanti, kau nak buat apa?" Sapa seseorang yang kenal akan suaranya.

"Sambung lagi la. Aku malas nak kerja buat masa ni. Aku nak nikmati semua benda ketika aku belajar."

Dia mengukirkan senyuman.

"Kau tak nak kahwin ke?" Tanya dia lagi.

"Tak lagi la kot. Aku bukannya diminati orang. Kau pun tahukan yang aku selalu dibenci. Mana ada orang nak aku."

"Eh, kau jangan cakap macam tu. walaupun kau rasa diri kau jahat, tapi selama aku kenal kau, kaulah satu-satunya lelaki yang tak pernah ambil kesempatan dekat aku. Kau ingat dulu tak, waktu aku mabuk? Aku... aku pernah ajak kau buat bukan-bukan, tapi kau tolak. Kenapa?"

Aku menggelengkan kepala.

"Kau tu bukannya hak aku pun nak sentuh-sentuh ni. Kan aku cakap, aku pergi ikut kau sebab aku nak faham kau."

Dia memainkan sudu yang digunakan untuk membancuh minumannya.

"Oh, jadi kau dah faham aku la?"

"Entah. Aku tak tahu nak cakap macam mana. Aku rasa aku faham kau sikit."

Dia menyandarkan badannya ke kerusi.

"Terus-terang aku cakap, aku tak pernah jumpa lelaki macam kau. Kau la satu-satunya lelaki yang menolak ajakkan aku, dan tak menyentuh aku langsung."

Aku hanya membalas pujian itu dengan mengukir senyuman.

"Kau kawan aku, kot. Ya, aku lelaki dan aku ada nafsu. Tapi, kalau kau tanya aku, aku tak berminat nak pegang-pegang anak dara orang ni."

Dia hanya mengangkat bahu.

"Terima kasih kerana tak ambil kesempatan dekat aku. Kaulah kawan aku yang paling baik. Aku sayang kau."

Kawan eh?

sayang?

***

Mataku terbuka, apabila angin membelai pipiku. Tempat ni... oh, aku di rumah Lea. mataku menoleh ke kiri dan kanan.

Dia sedang nyenyak tidur di tepi katil.

Aduh, dia ni. Kalau demam macam mana? Nanti salahkan aku pula. Haih.

Aku menanggalkan selimutku, untuk membaluti tubuhnya. Mataku ligat mecari sesuatu. Jumpa.

Waktu menunjukkan pukul 5.30 pagi. Aku rasa, 10 minit lagi akan azan. Ah, aku terlalu sibuk sehingga terlupa panggilan Dia malam tadi.

Segera, aku melunaskan semua yang wajib. Selesai melunaskan solatku, azan Subuh pun berkumandang. Aku menyelesaikan urusanku. Usai solat, aku memandangnya.

"Baru nak kejut, tapi kau dah bangun," katanya sambil mengeliat.

"Kau janganlah tidur dekat situ. Nanti demam pula," kataku selamba.

"Aku Lea. bukan senang untuk aku jatuh," katanya sambil menjelirkan lidah.

Ha, ikut sukalah.

"Aku nak kau rehat. Nanti lepas siap serapan, aku panggil," katanya sambil meninggalkan aku seorang diri dalam bilik.

Aku merenung ke langit melalui tingkap bilikku sendiri. Gelap. Seputung rokok aku keluarkan, dan membakar di tepi tingkap. Anak mataku dikaburi asap kelabu.

"Hari ni... aku akan tamatkan semuanya."

Kakiku melangkah ke luar bilik, saat putung rokokku dilambungkan ke luar rumah. Walaupun seisi rumah ini dalam kegelapan, namun aku dapat melihat jalan, memandangkan langit mula menguning.

GREMLIN.EXE: KRIPTOGRAFI [COMPLETE]Where stories live. Discover now