BAB 16

31 6 0
                                    

"Kita mungkin tak bawa banyak barang. Cukup dua pistol, empat bom tangan, dua flashbang, dan tiga bom asap. Kau ambil satu pistol," katanya sambil memandang aku.

"Aku mana reti guna pistol. Lagipun, ini kerja mengambil nyawa orang, wei. Bukannya main-main."

Dia mengusap dagunya.

"Tak ada cara lain pun sebenarnya. Kau kena ingat, Aslan. Kau nak masuk tempat orang. Kalau tak ada backup macam ni, nyawa kau yang melayang. Nak tak nak, kau kena ada juga untuk melindungi diri kau sendiri kalau ada benda-benda yang tak diingini berlaku."

Aku menggelengkan kepala.

"Aku cakap, aku tak reti guna benda ni."

Kami masih di dalam bilik yang sama. Dah dua jam berlalu selepas kami berdua membincangkan rancangan untuk memecah masuk.

Dia mengambil salah satu pistol yang terletak di atas meja tu.

"Aku ajar kau," katanya, sambil memasang silencer pistol tersebut.

Dia mengacukan senjatanya ke dinding. Di dinding itu terdapat gambar sasaran yang selalu digunakan oleh penembak untuk berlatih.

Dalam sesaat, tembakkannya membuat lekukkan di sasaran berwarna merah.

"Macam tu," tambahnya lagi.

"Oi, memang aku tahu gila macam mana nak pegang apa semua kalau kau tunjuk macam tu! Cuba jadi cerdik sikit, Lea."

Dia mengeluh.

"Macam ni," dia memberikan aku senjatanya, " kau gengam dan gunakan kedua-dua belah tangan kau untuk menembak. Cuba sekarang."

Ah itu tak menjelaskan apa-apa! Tapi, aku hanya buat seperti yang ditunjukkan olehnya sebentar tadi.

"Tembak."

Tanganku menarik picu senjataku. Impak tembakan itu membuatkan tanganku melayang ke atas, sehingga menganggu keseimbangan aku berdiri.

"Hm. Tak boleh la Aslan. Kau tak ada bakat dalam menembak."

Ha, tak ada bakat?

Tak habis-habis bakat.

"Sejak bila hidup aku berteraskan bakat?" Tanyaku dengan nada meruncing.

Aku mengenggam dengan lebih erat. Kedudukan aku juga berubah sedikit. Mengikut anggaran aku, cara aku berdiri mengangkang sepertinya akan menyebabkan aku melantun ke belakang. Kalau aku melantun ke belakang, aku kena berdiri dengan menjadikan salah satu kaki aku bertunjangkan ke belakang.

Aku cuba sekali lagi.

Namun, ketika visual mataku semakin jelas melihat titik merah itu, semakin peganganku tidak stabil dan terketar-ketar.

Tch, parkinson.

Satu-satunya penyakit aku yang menggagalkan semua benda.

Nampaknya, tanganku menjajar ke kanan. Kalau ikut pengalamanku, apa yang aku kena buat hanyalah menjajarkan tanganku ke kiri sedikit.

Bunyi desupan senjataku mengeluarkan peluru menyebabkan aku cuba menenangkan hatiku kembali.

Gagal. Peluru tersasar ke atas.

Aku kena turunkan sedikit.

Untuk kali ketiga, peluru yang aku lepaskan terbenam ke dinding. Namun, sasarannya kali ni terbenam ke bawah. Kena laraskan balik penganganku. Mungkin kena naikkan sedikit?

GREMLIN.EXE: KRIPTOGRAFI [COMPLETE]Where stories live. Discover now