BAB 26

40 6 0
                                    

Seorang lagi manusia yang hampir sama tinggi dengan lelaki yang pertama memecah masuk tadi mendarat melalui tingkap yang kedua. Walapun gelap, namun aku dapat melihat bahawa wajah mereka ditutupi dengan topeng.

Siapa mereka berdua ni?

Enma, Jo, dan Sarah dengan serentak mengacukan senjata mereka ke arah dua orang manusia ni. Aku hanya merenung mereka berlima sambil melangkah ke belakang.

Percikan api berselang-seli dalam kegelapan. Namun, dua orang budak ni begitu lincah, apabila mereka bergerak untuk mengelak setiap tembakan. Mereka berdua seperti dapat mengagak tembakkan tersebut.

Enma melepaskan magazine. Tangannya merayap ke belakang pinggang untuk mengambil sesuatu. Namun, belum sempat dia buat begitu, tendangan budak lelaki ini menyebabkan pistol tu tercampak ke arah aku.

Aku hanya merenung, sambil bermandikan peluh.

Seorang lagi budak, iaitu perempuan, berlari ke arah Jo dan Sarah. Dia melompat ke arah Sarah.

Namun, Jo menolak Sarah ke belakang, menyebabkan Sarah terlanggar sebuah rak buku di belakangnya.

Budak ini begitu tangkas, apabila kaki kirinya dilepaskan ke arah kepala.

Namun, Jo mempertahankan dirinya daripada serangan tersebut dengan menggunakan lengannya.

Tetapi, pertahanan tersebut terlampau lemah, memandangkan kaki kanan budak itu hinggap ke dagu Jo.

Jo melambung ke belakang. Dan terlanggar rak.

Budak perempuan itu pula mendarat dengan gemalai di atas meja.

Pada masa yang sama, Enma sibuk mempertahankan dirinya daripada sepakkan dan tumbukkan yang bertubi-tubi budak lelaki itu.

Apabila peluang terbuka, telapak kakinya hinggap ke dada Enma, menyebabkan dia terseret ke belakang.

Enma menahan dadanya sambil mengorak langkah untuk membalas.

Budak lelaki itu tidak memberi ruang, apabila dia menyerang tanpa henti. Kali ni, dia memegang pula pisau.

Untuk mengelak serangan tersebut, Enma terpaksa melompat ke dinding, untuk mendarat di belakang budak lelaki tu.

Apabila mendarat, kakinya dilunjurkan ke belakang budak tersebut.

Gagal.

Dalam sekelip mata, budak perempuan itu menggenggam telapak kaki Enma.

Budak perempuan itu pula yang melangkah setapak untuk menghampiri Enma.

Ketika dia berbuat demikian, siku budak perempuan tersebut menikam tepat ke tengah-tengah dada Enma.

Walaupun siku itu ternyata memberi impak yang sangat kuat untuk menjatuhkan seseorang, Enma tidak mengaku kalah apabila dia melompat ke udara, dan mendarat di atas lantai dan terseret beberapa meter dari mereka berdua.

Siapa mereka berdua ni?

Walaupun budak, namun mereka berdua seperti pasangan pahlawan yang terlampau kuat untuk dijatuhkan.

Sarah kini muncul secara tiba-tiba dari belakang budak itu, sambil terbang tinggi di udara untuk memberikan tendangan sisi ke kepala budak itu dari sebelah kanan.

Seperti seorang penari, serangan tersebut hanya menendang angin. Apabila kaki kiri Sarah mendarat di atas lantai, dagunya menjadi sasaran tendangan lelaki tersebut.

GREMLIN.EXE: KRIPTOGRAFI [COMPLETE]Where stories live. Discover now