BAB 4

55 10 3
                                    



Keadaan senyap sepanjang perjalanan menuju ke tempat kerja aku. Seketika, dia memandang aku dengan wajah selamba. Aku tak suka menghadap muka perempuan, jadi lampu-lampu jalan lebih menarik perhatian aku.

Renunganku yang menembus ke luar cermin hadapan ni dapat menangkap pantulan mukanya yang memandang aku sekali sekala.

"Kenapa, Anna?" Tanya aku tanpa memandang ke luar.

Dia diam sebentar.

"Tak ada apa. Cuma tertanya-tanya apa maksud mak cik awak tu. dia kata apa? Pilihan yang betul?"

Aih, dalam banyak-banyak benda, itu ke yang mengganggu fikiran dia?

"Hm. dia bergurau je tu. Tak payah ambil serius sangat. Kita kawan je."

Diam lagi.

"Ha," katanya ringkas.

"Ha? Apa yang ha?"

"Tak ada apa-apa. Awak pernah bawa perempuan jumpa mak cik awak ke?"

Aku diam. Jari-jemariku sibuk menekan dan menarik butang tingkap di sebelah aku.

"Janganlah main tingkap tu. Rosak pula tingkap kereta saya nanti," katanya sambil memandang ke hadapan.

Aku berhenti melakukan hal tersebut.

"Pernah," balasku ringkas.

Kereta ini meluncur laju menembusi tol persimpangan untuk pergi ke tempat kerja aku.

"Apa jadi?" Tanya dia ringkas.

Aku tak tahulah nak kongsi ke tidak cerita aku ni.

"Dia cuba bunuh aku," kataku malas.

Aku memandangnya. Dia mengerutkan dahi. Kerutan itu disertakan dengan sengihan.

"Bunuh awak? Haha, kelakarlah."

Nafasku dilepaskan dengan perlahan serta berat.

"Kelakar la, bila kau tak diacukan muncung pistol dekat kepala kau. Aku pasti kau akan tercirit-cirit bila lubang pistol tu letak tepat dekat dahi kau."

"Ha? Awak biar betul, Lan? Tak akanlah budak-budak mampu buat macam tu."

Aku memandangnya.

"Kau mana tahu budak-budak sekarang bodoh dia macam mana? Aku cakap berdasarkan pengalaman aku. Kalau kau rasa lawak, tak apa. Aku faham je."

"Dia bukan pelajar ke Lan?"

Hm, inilah menteliti orang sekarang.

"Tak ada kena-mengena pun dengan status pelajar atau tidak. Apa yang betulnya, kita kena tengok dengan siapa mereka bergaul. Budak perempuan tu, dah terlibat dengan kumpulan macam ni sejak dari dulu lagi, sebelum aku kenal dia pun."

"Kalau awak tahu dia macam tu, kenapa awak masih bersama dengan dia sejak dari dulu?"

Hm. Soalan tipikal.

"Nampak macam mudah. Tapi, biar aku bagitahu kau kenapa. Perasaan. Perasaan menjadikan kita bodoh. Aku tak terus rapat dengan dia. Aku rapat dengan dia secara tak sengaja. Kami berdua memang gembira bila bersama, sampailah satu saat dia buka siapa diri dia yang sebenarnya," kataku dengan suara perlahan.

"Ya, saya faham. Tapi, kenapa tak angkat kaki dulu?"

Dahiku berkerut apabila dia kata begitu.

"Kalau aku angkat kaki, siapa yang akan selamatkan dia?"

Suasana senyap menguasai ruangan kereta.

"Jadi, adakah awak dah berjaya selamatkan dia?"

"Tak," aku balas dengan pantas.

"Rugilah. Kenapa tak bersabar je?" Tanya dia lagi.

"Buang masa."

"Ha, mengaku pun. Orang yang macam tu, kita nak buat apa pun tak boleh, Lan. dia tetap dengan akalnya. Dia tetap dengan kepercayaannya, dia tetap bermasalah. Jadi, Aslan, kenapa awak buang masa dengan dia?"

Aku tak menjawab.

Soalan yang tidak berbalas itu menghasilkan impak suasana sunyi.

"Sebab aku sayang dia la. Kau ni, buat-buat tak faham pula," balas aku sambil memandangnya.

Dia mengangguk dan menjuirkan bibir.

"Haha, kata-kata yang keluar dari mulut orang barbarian memang kelakar do," ketawanya.

Dia memandu dengan perlahan, walaupun hakikatnya, kami berdua hampir sampai.

"Kau ni, sifat babi tu memang dah semadi dalam jiwa raga kau, kan? Dan lagi, barbarian? Aku lempang kau, kau jangan tanya kenapa."

Dia berterusan ketawa. Sedikit sebanyak, aku agak terasa dengan kata-katanya.

"Hm, itu semua pengalaman, Lan. Apa yang dah berlaku, jadikan pengajaran. Sekali lagi, nasihat saya masih sama seperti mana apa yang saya katakan sebelum sampai ke rumah mak cik awak. Maafkan sahaja dia."

Dia ni....

"Tak habis-habis maafkan, maafkan, dan maafkan. Apa benda je benda tu boleh buat? Dia masih macam tu. Entah-entah, tengah dalam dakapan lelaki bangsat sekarang ni. Perempuan ni, biasa la otak lembab dan bengap sikit," kataku dengan nada sakit hati.

"Amboi, saya ni perempuan la. Suka hati je awak nak pukul sama-rata."

"Sama je. Cubalah ubah fikiran aku kalau boleh. Oh ya, aku maksudkan perempuan zaman sekarang. Yang baya-baya kita. Kalau yang dah tua tu tak payah kira la, nak mati dah pun."

Dia menepuk dahinya.

"Memang barbarian sungguh, awak ni. Baiklah, menjawab soalan awak tadi, memaafkan akan membuat awak lebih tenang. Percayalah."

"Buktikan."

Dia memakir keretanya di tepi bangunan.

"Itu, awak kena buat sendiri. Kena rasai sendiri. Baru awak faham maksud saya," katanya sambil mengukirkan senyuman.

Aku merenungnya dengan mata kuyu. Mengantuk.

"Sampah," jawabku ringkas.

Dengan selamba, dia ketawa.

"Tak apalah. Suatu hari nanti awak akan faham maksud saya. Apa-apa pun, Aslan, benda dah lepas. Dia tak akan kacau awak lagi. Awak ada Arifin, Laila, mak cik Aisyah, Cheng, Era, dan saya. Kami di sini dengan awak," balasnya dengan mata bersinar.

"Geli do aku dengar. Sanggup lagi aku bakar diri sendiri."

"Haha. Jumpa awak isnin ni," katanya ketika aku membuka pintu.

Aku hanya mengangkat tangan sambil berpaling daripadanya. Kereta meluncur laju sebaik sahaja aku berjalan menuju ke motorsikalku.

Keadaan di sekitarku hanyalah kegelapan malam yang nyata, ditemani cahaya lampu neon yang tegak berdiri di belakangku.

"Maafkan, eh?" Tanyaku sendirian, ketika memasukkan kunci motorku sendiri ke lubang kuncinya.

Tiba-tiba, aku terpaku di tempat aku berdiri. Aku dapat merasakan sesuatu merayap di sekitar tubuh badanku. Dalam sekelip mata, badanku dilingkari akan sesuatu. Di belakang tubuhku. Lingkaran tersebut menyebabkan aku tersentak, mendiamkan diri.

"Ah, dah lama aku nak buat macam ni. Peluk kau membuatkan aku terasa begitu selamat. Tiada lagi bahaya di dunia ni, tahu?"

Ucapan tersebut terpacul dari belakang aku. Suara ni....

"Jangan bergerak. Aku dah lama nak dakap kau. Aku... rindukan kau, Aslan."

GREMLIN.EXE: KRIPTOGRAFI [COMPLETE]Where stories live. Discover now