Sebilah pisau bertembung dengan pisau yang aku baling. Impak tersebut menyebabkan pergerakkan pisau tu terhenti seketika di udara, sebelum jatuh menyembah lantai.
"Ha?" Aku tergamam.
Mataku pantas menjejak dari mana datangnya pisau tersebut.
Tak, bukan diorang lagi. Tak guna betul.
Aku membuka kekudaku. Budak lelaki tu menyerang dari lantai di sebelah kiriku, sementara budak perempuan ni menyerang aku dari udara di sebelah kananku.
Si lelaki menyeretkan badannya dari pintu kecemasan dan menjadikan kaki kiriku sebagai sasaran. Sementara itu budak perempuan ni mengayunkan tangan kiriku untuk melepuk muka aku.
Aku melonjakkan badanku ke udara, untuk mendarat dua tapak ke belakang.
Walaupun serangan tu tak berjaya, mereka dengan segera mengubah langkah untuk membuat serangan secara berantai.
Budak lelaki ni dengan segera terapung di udara, sementara budak perempuan ni menyerang dari bawah.
Ah, aku langsung tak ada masa nak rehat!
Perempuan ni menggunakan kakinya sebagai cara untuk menghentam tulang rusuk aku. Lelaki ni juga sama, apabila dia melepaskan satu tendangannya ke muka aku.
Kau ingat aku nak mengalah ke?
Jangan berhenti berfikir, Aslan!
Aku membuka dan meneguhkan kekudaku.
Serangan budak perempuan tu aku tepis, sementara tanganku yang lagi satu menangkap buku lali budak lelaki ni.
Setelahku menangkap kaki budak ni, aku melambung budak lelaki ini ke arah perempuan tersebut, menyebabkan mereka berdua tergolek di atas lantai.
Mataku dapat menangkap keadaan Izzat yang cuba berdiri. Dia tersenyum, seperti mengetahui akan sesuatu.
Apa lagi yang dia cuba sorokkan?
"K-kau ingat kau sorang je ke yang ada se-seuatu yang kau lupa?"
Ha?
"K-kalau kau fikir yang T-Tuhan itu be-betul baik, j-jadi, jelaskan ni," katanya sambil sambil membuka topeng budak lelaki tu.
Mataku terbuntang luas. Anak mataku semakin fokus.
Ini....
"Kau-"
"H-ha-ha. K-kalau betul Tuhan tu wujud, k-kenapa Dia begitu kejam d-dengan kau?"
Aku menelan air liur, sambil gigiku menggetap kuat.
Sial!
"Kau manusia yang paling bangsat yang aku pernah jumpa!"
"K-kalau Tuhan tu w-wujud, kenapa dia biarkan kau macam ni?"
Dia ni dah melampau.
Lepas satu, satu lagi masalah timbul.
Lepas satu kesengsaraan, satu lagi kesengsaraan timbul.
Aku dah penat.
Aku dah tak larat.
"Aku dah cakap, bunuh dia."
"Diam kau."
"Sekarang ni, kau merana lagi."
"Diam."
YOU ARE READING
GREMLIN.EXE: KRIPTOGRAFI [COMPLETE]
Наукова фантастикаAh, aku tahu ini semua salah aku. Salah aku kerana tidak memejamkan mata. Salah aku kerana tidak menghargai sebuah hubungan yang sukarku capai. Tapi.... Apalah hidup seorang lelaki, menjadi hamba wanita yang dicintai olehnya? Atas dasar cinta? Atas...