Suasana malam yang mendung, menandakan hujan bakal tiba sepertimana hatinya yang berduka lara. Penat hidup dipenuhi dengan luka yang tak berdarah ini. Air matanya masih galak mengalir ke pipi mulusnya. Aisyah yang sentiasa mendengar masalah rakannya juga turut sebak dengan nasib Hanan.
Sanggup mereka perlakukan Hanan seperti manusia yang tidak mempunyai perasaan.
"Salah ke aku nak bahagia? Salah ke aku sebagai seorang isteri?" soal Hanan kedengaran perit sekali.
Aisyah menggeleng, air matanya turut mengalir. Di peluk tubuh yang masih menangis teresak-esak itu. Tika ini, dia dapat rasakan kesakitan yang Hanan lalui. Dia nampak kelemahan Hanan yang disembunyikan selama ini.
"Hanan jangan sedih. Allah takkan uji hambanya di luar kemampuan. Allah uji kau sebab sayangkan kau," kata Aisyah seakan memujuk.
Hanan menggeleng lemah. "Aku tak kuat syah. Tengok je macam ni tapi dalam ni..." Dada belah kirinya ditepuk berkali-kali, menunjukkan betapa sakit dia menahan kesakitan yang dialami selama ini.
"Sakit sangat!"
Aisyah mengusap lembut belakang badan Hanan. Dia tak sangka selama ni Hanan dalam kedukaan.
Selama ni dia fikir Hanan baik-baik sahaja, ternyata itu semua memberikan dia luka yang hebat.
Sanggup lelaki bergelar suami membuat isterinya macam tu.
"Kau ikut aku ya Hanan? Kita pergi dari sini. Aku tak nak buat kali kedua, dia buat kau macam ni. Cukup lah sekali tengok kau macam ni. Aku tak sangka mereka sanggup percaya kata-kata dan gambar tu dari kau. Kau yang mereka didik dari kecil pun tak percayakan kau. Nak je aku cakap apa yang berlaku." Hanan menggeleng. dia tak nak, dia dah penat.
Penat mempertahankan sesuatu yang dia tak akan pernah buat dalam hidupnya. Memalukan keluarga? Tak pernah terlintas walau sedetik pun dia nak buat perkara sebegitu tapi senang-senang mereka mempercayainya? Sungguh! Hanan sangat kecewa.
Sekarang, dia tak mampu untuk tegakkan segala kata-katanya lagi. Dia akan undur diri kalau itu kebahagiaan orang yang dia sayang.
Hanan sudah membuat keputusan, dia akan pergi dari sini. Dia akan pergi ke tempat orang yang langsung tidak kenalinya. Jauh dari sini.
"Tak perlu, tak gunanya cakap kat diorang. Hati aku sakit sangat. Mungkin selama-lamanya hati aku takkan pulih, cuma satu je Syah, tolong bawa aku dari sini Syah. Aku dah tak sanggup," rayu Hanan penuh pengharapan. Tangan Aisyah digenggam kuat.
Biarlah kali ni dia mengikut Aisyah. Hanya Aisyah sahaja tau macam mana perasaan dia tika ini.
Aisyah tersenyum nipis dan mengangguk laju tanda bersetuju.
"Boleh, aku sanggup buat apa sahaja asalkan kau tak sedih macam ni."
Kata-kata Aisyah sebanyak membuatkan Hanan terharu.
Bersyukur, itu yang dia rasakan sekarang.
"Terima kasih Aisyah. Kau dari dulu sampai sekarang, tak kira aku ni menyusahkan atau tidak, kau pasti ada."
"Tak akan lah aku nak biarkan kawan aku macam ni. Kau dan Anna tetap kawan aku dunia akhirat. Jangan cakap macam tu lagi." Hanan tersenyum nipis. Seketika dia teringat dekat Qairul saat kali terakhir mereka berjumpa.
"Hati aku sakit sangat bila kau sanggup buat macam tu. Aku percaya kan kau tapi kau hancurkan macam tu je kepercayaan aku. Mulai hari ni, aku tak nak lagi tengok muka kau."
Terpejam rapat matanya saat ayat itu terulang kembali. Hatinya kembali rapuh.
Bukannya salah dia untuk membuat takdir sebegitu. Qairul sepatutnya mempercayainya sebagai seorang isteri tapi sanggup Qairul mempercayai orang lain dari dia? Apa yang dia nampak semuanya tak betul! Dia dianiayai! Dia mangsa keadaan.
Hanya disebabkan itu walid membencinya. Walid yang setelah sekian lama dihormati membuang dia begitu sahaja. Hanya disebabkan itu.
"Aku tak sangka selama atas didikan aku, kau buang macam tu je? Menyesal aku ambil kau sebagai anak angkat!"
"Walid! Ni hanya salah faham! Ikha dianiayai. Ikha tak akan pernah sesekali buat semua ni. Ikha bersumpah!"
"Salah faham?! Kalau salah faham kenapa Ikha masih ada kat situ? Kenapa perlu tipu Abang Ryl?"
"Abang Ryl yang sebenarnya buat fitnah! Umi percaya lah, apa yang abang cakap semua tak betul! Ikha betul-betul tak buat semua tu dan tak akan pernah buat!"
"Kau keluar dari rumah ni. Kau bukan anak aku lagi dan bukan anak angkat aku. Keluar."
"Umi! Walid! Percaya lah cakap Ikha."
Hanya kerana fitnah, semuanya membencinya. Bukti yang langsung tidak muhasabah itu dipercaya sebulat-bulatnya tanpa memberikan Hanan peluang untuk menjelaskan.
Memang begini ke takdirnya?
Akhirnya, hujan turun membasahi bumi. Biarlah dia pergi dari sini. Dia tak sanggup dibenci lagi. Dia akan pergi dari sini kalau itu yang semua orang mahukan.
"Ya Allah, andai dia masih jodohku kau dekatkan lah kami, andai dia bukan jodohku lagi, kau pisahkan lah kami dengan cara yang baik."
Penat, dia terlalu penat menghadap situasi ini. Perit untuk menerima dan sakit untuk menelan sesuatu yang dia tak pernah sekali pun buat. Hatinya sudah terlanjur berdarah sehingga dia tak mampu untuk menutup segala kesedihan di hati. Apa yang terjadi biarlah, dia lelah memperjuangkan sesuatu hubungan yang tidak pernah dihargai.
Mungkin perpisahan ini yang terbaik untuk mereka. Kalau dengan keputusan ini mampu membahagiakan mereka, Hanan rela undurkan diri.
🌸🌸🌸
YOU ARE READING
[C] Please Remember
Romance𝐐𝐀𝐈𝐑𝐔𝐋 𝐀𝐑𝐒𝐇𝐀𝐃 | 𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Hanan Zulaikha (Ikha), mahu atau tidak dia perlu menerima demi menjaga hati keluarga angkatnya. Walaupun di usia muda, namun demi keluarga angkatnya yang telah banyak berjasa dan menjaganya dar...