Kringgg Kringg..
Seperti kebiasaannya semua akan berkumpul di dataran untuk perhimpunan pagi setelah loceng pertama dihidupkan.
Setelah semua berkumpul, ketua pengawas mula memberi arahan baris "Baris, baris sedia, baris luruskan barisan." Sejak pagi itu ketua pengawas telah bertukar, bukan Abang Khai tpi Harith. Pagi ini merupakan pagi genap aku menjejakkan kaki di sini setahun.
Throwback🔙
Kringg kringg...
Loceng dibunyikan pada pagi itu menandakan para pelajar SMK Tengku Zahirah perlu berkumpul di dataran .. kecuali aku yang perlu ke pejabat untuk menguruskan kemasukan aku ke sekolah ini.. Sekali pandang, aku dapat rasakan energy yang baik untuk aku teruskan perjalanan hidup ku ni.. itu yang aku harapkan ..
'Hari ini, hari first aku melangkah ke sekolah baru, semoga hari semua berjalan dengan lancar. Hope you have a nice day Nur..' monolog aku sendiri..
Setelah berada didalam pejabat selama beberapa jam.. aku telah ditempatkan di kelas 3 alfa..
Dalam kelas 3 alfa
"Yoww, kita ada budak baru masuk sekolah ni!" Jerit Zul (budak instafamous)
"siapa dok? Cantik tak? Lelaki ke perempuan?" Tanya Haikal (budak pandai)
"Entah.. dia tengah otw tu ngn madam Ida" jawab Zul..
"Assalamualaikum class, today we have a new classmate. Boleh kenalkan diri awak".ujar madam Ida dengan wajah yang manis.
"Thanks madam, Assalamualaikum nama saya Nur Syahirah, korang boleh panggil saya Nur."
"Ok thanks Nur, awak boleh duduk dalam group Aisy". Ujar madam Ida.
Aku pun duduk disebelah Aisy.. "Hi, saya Siti Aisyah. Boleh panggil Aisy, yang sebelah awak ni Syaza, yang sebelah saya ni wiyah. " Aisy perkenalkan .
Aku membalas sapaan itu bersama senyuman. "Boleh tak kita tukar dari 'saya-awak' ke 'aku-kau' sebab lebih mesra kot?" Tanya Nur.
"Boleh je aku lagi suka. Ha nanti rehat aku nak kenalkan kau dengan 2 orang belakang kau tu." Ujar wiyah sambil menunjukkan 2 orang yg berada di belakang aku.
Kringgg Kringg~
Loceng rehat dibunyikan. Sebelum aku bangun, meja kami didatangi oleh 2 orang pelajar perempuan. "Hai Nur! Aku Syaz, dan ni Ayu."
Syaz menghulurkan tangan untuk bersalam, aku menyambutnya dengan senyuman dan apabila aku ingin bersalam dengan Ayu, dia seperti acuh tidak acuh menerimanya.
Selepas rehat, aku naik kelas seorang diri sebab aku perlu ke pejabat mengambil buku aku yang tertinggal..
'Haihh malang betul nasib, first day dah tertinggal barang. Nasib baik ada cikgu yang memberitahunya kepada aku.' monolog ku sendiri.
Tiba-tiba bahu aku dilanggar oleh seorang pelajar lelaki yang tinggi lampai hingga terjatuh.
"Sorry adik, saya tak perasan."ujar lelaki itu dengan sopan.
Waktu sepertinya terberhenti seketika saat aku melihat wajah lelaki itu.
Biasanya kalau ada orang langgar bahu aku, aku akan marah dia walaupun dia mengucapkan perkataan maaf.
Tetapi pada waktu itu, hati aku tidak terdetik perasaan marah itu kerana terpikat dengan kekacakan pelajar itu. Muka yang putih, hidung nya mancung, orang nya yang tinggi dan sopan santun nya.
"Adik? Adik ok ke ni?"Tanya si dia.
"Ha ouh saya ok. Hmm saya Nur".
"Ouh ingatkan ayu tadi .. hahaha .. saya Khai, panggil abang Khai je . Saya gerak dulu " pinta Khai.
🌸🌸🌸Saat aku menuju ke kelas, Syaz menunggu aku di depan pintu kelas tetapi tidak masuk.
"Wei, asal ko lambat dok? Nasib cikgu Amin belum masuk kalau tak habis ko kene diri dekat luar sampai habis waktu dia." Ujar Syaz."Rilek la nanti aku cakap la aku budak baru. Tak tahu lagi. Yang ko ni kenapa tak masuk kang cikgu Amin tu datang kang ko kena denda sekali dengan aku ." Ujar aku
"Wei, tadikan aku terlanggar satu mamat ni. Nama dia Khai . Hensem, pastu pakai baju biru. Aku rse jawatan dia pengawas kan?" Sambung aku lagi.
" Aku tak masuk ni sebab kau tau tak.. aku tak nak kau kena denda masa hari first kau ni dan yah pasal budak tuu... " Syaz tidak sempat menjawab nya kerana kelibat cikgu Amin kelihatan dalam perjalanan masuk ke kelas.
Sorry guys klu ada kekurangan.. komen anda vote guys.. saya masih dalam proses pembelajaran.. ada kurang boleh komen..✌️
YOU ARE READING
Diari Cinta Monyet
Teen FictionKhai - "belajar dulu baru bercinta.." Qayyum - "aku playboy so ko boleh ke?" EL - "tak apa Zairul suka ngn ko.." Zairul - "kau tu tunang aku tau. Kau ingat tu" Nur/Ira - "ko ingat hati aku ni baton ke ko boleh sesuka hati main pass at orang lain". S...