bab7: tunang

86 2 0
                                    

Qayyum:- Syg esok jadi tau but kita berdua je tau ;-).

Sejak peristiwa yang hari sukan hari tu, Qayyum sering menghantar mesej dan sering meminta untuk membuat panggilan video. Tapi aku sering menolak permintaannya kerana sudah awal lagi Zairul sudah melarang kerana zairul kata itu amanatnya dari seseorang.

Me:- sorry Qayyum x janji sebb sy perempuan mesti my mum x bgi klu saya pergi berdua dengan lelaki.

Sent!

After 2 minutes .

Ting!

Qayyum:- hmm okay tapi seorang je tau. Dah malam ni pergilah tidur. Selamat malam.

Merajuk lah tu. Ingat aku nak pujuk :-P

'haih bosan lah pulak dah tak sapa nak chat. Hmm bukak status Whatsapp'
______________________________________
Status : Qayyum

[Gambar Nur dan Qayyum masa hari sukan]

             Caption : be mine please🙏
_______________________________________

What?! Be mine? Omaigodd ape maksud dia ni? Ni kalau zairul tahu ni, habis aku kene marah.

Me:- Qayyum apa maksud awak 'be mine'
✔️✔️

Bluetick? Dia ingat aku apa bgi bluetick je. Esok siap kau.

Keesokannya

Memandangkan hari ni hari cuti so selepas bersarapan bersama keluarga aku terus naik ke bilik untuk menyiapkan kerja sekolah dan bermalas-malasan diatas katil.

Sedang aku bermalas-malasan diatas katil aku baru sedar yang aku perlu keluar untuk belanja Qayyum makan ais kepal.

Semasa aku menuruni tangga, aku terdengar riuh-rendah di ruang tamu. Setibanya aku sampai di anak tangga yang terakhir, ibu menegur aku.

"Eh anak ibu baru nak turun? Ingat kan nak duduk dekat atas sampai esok. Meh sini duduk sini kenal dengan anak kawan ibu sini."arah Puan Naura.

"Hmm okay tapi kejap je la . Kejap lgi Nur nak keluar dengan kawan Nur."

Aku menuruti langkah ibu ku dan sesampainya aku ke ruang tamu aku terkejut dengan hadirnya 2 orang jejaka yang aku teramat sangat kenal. Abang Khai dan Zairul. Mereka melihat ku sambil tersengih seperti kerang busuk.

"Abang khai? Zairul?" Tanya ku untuk mendapatkan kepastian.

"Eh Nur kenal ke Zairul dengan Khairul ni?"tanya Puan Naura.

Aku mengangguk lalu melabuhkan punggung di sebelah Puan Naura dan Encik Naim.

"Ouh bagus lah macam tu tak kenal lama sangat boleh terus tunangkan?" Soal Puan Naura kepada puan Zaiton .

"What?! Tunang? Siapa yang nak tunang ni ibu?"tanya aku kepada Puan Naura.

"Nur dengan Zairul la. Siapa lagi.". Jawab Puan Naura dengan tenang.

"Angah bertunang?! Takkan la. Angah baru form 4 la. Spm pun belum lepas. Kenapa Angah kena bertunang dengan zairul pulak?"tanya aku .

"Sebab abang yang cadangkan sebab bulan depan kami sekeluarga akan berangkat ke London untuk menguruskan pembelajaran abang di universiti London. Jadi sebelum kami berangkat kami nak ada orang yang boleh tengokkan Zairul kerana dia seorang sahaja yang tidak ikut." Ujar abang khai yang selama ini hanya menjadi penonton sahaja.

"But he is a man. He should be brave enough." Balas aku.

"Yaa i know dear, but at least he's already got engaged with you. So senang untuk Ira berhubung dengan dia." Khai cuba untuk berlembut dengan aku.

"But why Me?" Tanya ku

"Because you're the perfect girl to be my fiancée." Balas Zairul dengan merenung ke arah aku.

🌸🌸🌸

"Because you're the perfect girl to be my fiancée" kata-kata Zairul yang membuatkan aku terngiang-ngiang sehingga sekarang.

'apa benda yang aku belum buat eak. Rasa macam something yang tak kena la.' aku berfikir sambil berbaring.

"Ya Allah.. Qayyum!!"

Aku bangun dari baringan dan aku melihat jam di dinding. 11.15 p.m.

'"Alamak macam mana ni. Handphone aku mana handphone aku?"

"Ha jumpa pun." aku terus membuka nya. Banyak mesej dan call dari Qayyum.

Qayyum: awak dekat mana?
Qayyum: awak datang ke x?
Qayyum: tolonglah reply or call saya.
Qayyum: tolonglah respon mesej saya.

Dan banyak lagi. Arghhhh.

_________________________________________

"Wei Nur ko asal dok masam je? Ko ok x?" Tanya Syaz .

"Aku ok lah, ade nampak aku macam x ok ke?" Tanya ku kembali.

"Tak lah dari tadi aku dok tengok bila si zairul tengok kau je ko jeling dia balik, tu belum lgi si Qayyum sejak pagi tadi jumpa aku cari kau." Jelas Syaz .

"Sebenarnya.."

"Assalamualaikum nak jumpa Nur." Seperti tahu tahu je aku tengah bercerita tentang dia.

"Waalaikumsalam haa kejap. Nur!! Your husband cari!" Jerit Syafiq .

"Kepala otak kau husband." Balas aku sambil pukul belakang badannya menggunakan buku.

Sejak Qayyum mengepos gambar kami berdua di status whatsapp dengan bercaption 'be mine'. Cerita khabar angin yang mengatakan kami couple telah tersebar di seluruh sekolah.

Aku melangkah keluar kelas dan aku juga perasan Zairul juga keluar ke kelas. Haih sibuk je.

"Nur kenapa semalam tak pergi pun kedai ais kepal tu? Puas saya tunggu awak tau." Tanya Qayyum dengan nada merajuk.

"Ala sorry la semalam tertidur pastu fon pun habis bateri. So sorry. Okay janji petang ni kita pergi makan ais kepal ea. But petang ni saya kena bawa kawan teman. Maklum lah anak kesayangan mak." Ujar ku sambil mengenyit mata kearah Qayyum.

"Ouh it's okay saya faham. But petang ni mesti jadi tau. Ok lah saya nak masuk kelas ni. Bye sayang" Qayyum melambai tangan ke arah aku.

"Bye." Aku pun melangkah kaki kembali ke dalam kelas. Tetapi sebelum itu ada tangan yang lebih laju menghalang pergerakan aku.

"Petang ni aku nak ikut kau. Kau pun ada janji dengan aku kan?" Ujar Zairul.

"Hmm boleh. Baguslah tak ada orang menyebarkan khabar angin yang aku berdating." Jawab aku sambil melangkah masuk kelas.

Sorry guys kali ni betul-betul lambat aku update. Kalau ayat bi aku buat tu salah please tegur.


Diari Cinta MonyetWhere stories live. Discover now