bab 17 : hospital

52 3 0
                                    

"Ok kelas, kita berhenti sampai sini sahaja.. ade pertanyaan?" Tanya Sir Ahmad seusai tamatnya kelas biologi.

Aku memegang kepala aku yang pening sambil keluar dari makmal biologi.

Buk!
Aku dilanggar dari belakang. Habis buku aku terabur dilantai. Haish nak marah kepala sakit. Aku terus mengutip satu per satu.

"Meh aku tolong."

Aku agak terkejut kerana setelah sekian lama aku tidak bertegur dengan dia sejak dia mencadangkan untuk perkahwinan kami dipercepatkan.

"Nur!" Panggil Zairul.

Aku tersedar dari lamunanku.

"Kenapa tak boleh panggil elok elok ke?"

"Hidung kau. Jangan lap sendiri." ujar Zairul sambil menyeluk poket nya

"Ada apa?"tanya aku sambil mengelap nya menggunakan kan tangan dan...

DARAH?!

Pap!
Aku pengsan dan terbaring di lantai sekolah..

🌸🌸🌸

Aku terasa tangan sebelah kanan aku berat dan kebas. Aku cuba menggerakkannya tapi gagal. Aku membuka mata dan melihat ke sekeliling.

Hmm ya aku di hospital.

Aku melihat kearah tangan kanan aku terlihat Zairul sedang tertidur memegang atau lebih spesifik nya beralaskan tapak tangan aku .

' Nak tarik kasihan pula... Tapi tangan aku dah tak rasa ni.." getus aku dalam hati.

Aku mengambil keputusan untuk menarik tangan ku dan menggantikan bantal. Baru sahaja memperbetulkan posisi badan aku...

"Eh Nur.. ko dah sedar.." ujar Zairul sambil menggosok gosok matanya..

Aku lantas menarik tangan aku dan membuka sarung tangan ku. Uihh sejuk bhai hampir biru tangan gue. Kepala batu ke ape..

"ouh sorry aku tertidur atas tangan ko tadi. Jangan risau tak ada saliva pun. Lagipun kalau ada pun dekat sarung tangan basuh pinggan kau tu." Ujar Zairul.

"Eihh sedap hati je cakap sarung tangan ni sarung tangan basuh pinggan?! Kalau tak disebabkan sarung tangan ni, kau dah baring atas tapak tangan aku tau tak?!"marah aku..

"Hahaha jangan marah. Doktor kata kau tak boleh stress."

"Buat sementara waktu ini biar aku jaga kau. Aku tau kau jadi macam ini sebab aku. Aku dah dengar segalanya masa kau dekat bilik pss hari itu. Aku follow Syaz sebab nak jumpa kau tapi rupanya ada Qayyum sekali dekat dalam. Kau tertekan dengan semua ni. Lepas ni tak apa aku tak paksa kau untuk cepat kan tarikh pernikahan kita dan abaikan kau. Aku minta maaf dan aku harap kau jangan la cerita masalah kita dengan orang lain." Ujar Zairul sambil menundukkan pandangan.

"It's okay lah Zairul. Salah aku jugak sebab terlalu fikirkan sangat dan cerita semua benda ni dekat orang lain. Dan kau tak perlu susahkan diri nak jaga aku.
Aku ok je dan beri aku masa untuk berfikir ." Ujar Nur.

"Nak jaga jugak! Kalau aku tak jaga kau, aku takut Qayyum yang jaga kau. Dah la tadi dia sibuk nak hantar kau. Pastu suruh aku tinggal dekat sekolah suruh belajar yang aku geram tu semua cikgu sokong pulak tu." Ngadu Zairul.

"Habis kau macam mana boleh sampai sini?"tanya aku kehairanan.

"Aku cakap la yang aku ni TUNANG KAU." Jawab Zairul sambil mengambil buah anggur di tepi katil aku.

"What?! Asal kau cakap macam tu? Kau tau tak kita boleh kena buang sekolah?!" Tanya Nur.

"Hei chill la sayang. Lupa ke yang tunang mu ini kaya? Dan kan kita ada Sir Ian?" Jawab Zairul.

"Sukahati la. Aku nak tidur. Kau kalau nak tidur, tidur dekat sofa sana tu. Jangan tido dekat sini kalau tak kau boleh balik." Ujar Nur.

"Eih kedekut. Ingat aku nak sangat ke baring atas tangan kau tu dah la keras . Kalau tidur atas peha kau tak pe la jugak." Jawab Zairul sambil berjalan menuju ke sofa.

Pap! Satu bantal melayang tepat ke muka Zairul. 

🌸🌸🌸

"Yeayy dah boleh balik." Ujar aku dengan gembira.

"Suka ea boleh balik." Sindir zairul.

Ya sepanjang aku dihospital 3 hari 3 malam bersama doktor-doktor yang kebanyakannya doktor pakar psikiatrik dan aku bukan gila tapi cuma mental aku penat serta tak cukup rehat.

"Zairul..."

"Amboi gediknya suara kau nak apa? Ha tak ada ada lepas ni ko kena balik rehat." Tanya Zairul yang sedang sibuk membantu aku mengemas makanan dia laci meja yang banyak. Aku ingatkan sampai sebulan so stok banyak la. HAHAHAHA.

"Alaaa jom la kita pergi pesta bunga dekat perumahan aku tu." Pujukku.

"Can't la your mother ask me to bring you back to home quickly."

"Amboi siap berbahasa Inggeris. Dah la ke laut. Alaa jom laaa, kejap je." pujukku lagi dengan muka kasihan.

"Yelah yelah kejap je ea."

"Yeayyy"

🌸🌸🌸

"Cantiknya!!!" Jerit aku. Puas hati aku dapat tengok bunga cantik cantik. Ade ros yang pelbagai warna, orkid macam-macam jenis.

"Nur jangan lari la. Nanti jatuh nanti. Kau tu dah la berat. Sakit pinggang aku nak angkat terpaksa panggil kren nak angkat kau." Ejek Zairul .

Aku hanya membalas jelingan yang tajam.

Setelah puas berjalan, kami mengambil keputusan untuk duduk dikerusi yang disediakan dibawah sepohon pokok. Sambil memakan aiskrim.

"Zairul." Panggil aku.

"Apa?"

"Aku rasa aku dah keputusan aku nak.."

"Weh jangan lah aku sayang kau gila dengan kau. Jangan lah putuskan pertunangan ni. Aku merayu dengan kau. Aku minta maaf sangat-sangat dengan kau kalau selama ni kau cemburu aku dengan budak-budak junior tu aku. Aku cuma nak tengok kau sayang aku tak. Tapi aku tak sangka pula sampai kau masuk hospital sebab aku. Aku minta maaf sangat-sangat." Jelas Zairul yang potong percakapan aku sebentar tadi.

"Dah habis membebel? Sekarang boleh aku pulak sambung apa aku nak cakap tadi?"tanya aku dengan nada agak marah.

"Dah. Hehehehe."

"Aku setuju untuk cepatkan tarikh pernikahan kita."

"What?!.

Continue..

Sorry geng lama tak update sis sibuk sikit. Maklumlah spm 2020 kene belajar sendiri tak leh gi sekolah.hahahaha

Diari Cinta MonyetWhere stories live. Discover now