bab 13: percutian singkat

71 3 4
                                    

"hello Nur ko at mne ni? Kita org dh tunggu ko berjanggut tau. Tadi aku nak ambil ko, ko tak nak." Bebel Zairul yang berada didalam talian.

"Eii kejap la bising la ko ni!" Marah aku.

"Woi berani kau..." Aku mematikan talian di telefon sebelum sempat Zairul menghabiskan ayat percakapan.

Stress aku kalau dia setiap minit nak call aku.

Sedang aku sibuk membetulkan awning tudung di ruang atas, tiba-tiba ada satu suara menegur ku.

"Dah cantik la tu Ira, dh cukup buat Zairul terpegun." Tegur abang Khai.

"Eii ape Abg ni!" Marah Zairul sambil tersipu-sipu malu dan terus turun ke bawah.

"Eh abang Khai! Bila sampai ni?" Tanya aku dengan teruja.

"Baru je ni, dah siap belum? Kalau dah jom turun." Ajak Khai sambil menuruni anak tangga.

Aku terus membetulkan awning tudung dan turun ke bawah.

🌸🌸🌸

Setelah tiba di air terjun gunung ledang, Zairul terus terjun ke dalam air dan airnya terpercik ke arah aku.

"Zairul!!" Marah aku.

"Alaa chill la nnti ko masuk jugak kan dalam air ni." Dengan selamba Zairul menjawab.

"Dah dah jangan la gaduh , korang ni patutnya kita happy tau harini." Tegur Khai.

Setelah siap mengemas, aku hanya duduk diatas batu besar sahaja.

"Wei Nur yok la join kitaorang mandi." Ajak Zairul.

"Takpe lah ko mandi dengan Abg Khai sana." Aku menolak dengan baik.

"Alaa jom la." Pujuk Zairul sambil merenjis kan air kearah aku.

"Tak payah la dh la aku nak naik." Marah aku lalu aku bingkas bangun dari tempat duduk. Entah macam mana aku tergelincir dan terjatuh ke dalam air.

Bushhh!

"Wei Nur ko ok tak?"tanya Zairul dengan cemas.

"Ira? Ira ok tak?" Tanya abang Khai

"Wah! Hahahahaha! Sayang jugak korang at saya." Sergah aku dengan gembira nya.

"Ko ni orang betul-betul ko main main pulak." Marah Zairul.

"Ala aku ok la. Tpi sakit la sikit badan nya ditampar dengan air."adu aku.

"Ha ko malas aku nak layan ko." Marah Zairul sambil menjelirkan lidah.

Kisah ape aku. Lantas aku menoleh kearah abang khai. Dia sedang merenung tajam kearah aku.

"Er sorry abang." Pinta aku.

"Hmm tapi lain kali jangan buat lagi." Amaran pertama sudah diberikan kepada aku.

Setelah lama kami di di dalam air, abang Khai memanggil kami untuk naik keatas untuk salin pakaian.

Semasa aku ingin keluar, Zairul menyuruh aku tunggu dan dia keluar dari air dan mengambil tuala .

"Nah ambil ni. Lain kali tak yah pakai baju terus kalau main air." Sindir zairul sambil meletakkan tuala tersebut dibelakang aku.

"Eiii, mana aku nampak dah la tepi la aku nak jalan." Marah aku. Aku bukannya marah sebab Zairul menegur tetapi malu kerana seorang lelaki boleh nampak dan bercakap apa yang mereka tidak sepatutnya nampak di tubuh wanita.

Seusai salin baju, kami terus bergerak untuk mencari kedai makan. Kami berhenti di sebuah kedai makan yang menyediakan Mi Bandung Muar.

"Sekali sekala turun Muar ni memang syok la makan Mi Bandung Muar ni. tengah lapar ni dengan udang dia yang besar-besar tu .. Arghh!!! Sedap nya!!" Jerit Zairul dengan teruja sehingga orang disekeliling memandang ke arah kami.

Aku dan Khai saling berpandangan.

"Dia bukan adik abang.."

"Dan dia bukan tunang Ira."

🌸🌸🌸

"Ok aku nak makan abc kampung hulu pulak jom." Ajak Zairul.

"Bapak ah perut ko ni perut gajah ke perut dinosaur? " Tanya Khai kerana Zairul makan dengan banyak sehinggakan udang di pinggan Khai turut diambil.

"Alaa abang jom la.. Nur nak rasa abc dia." Pujuk aku.

"Yelah ii." Akhirnya Khai menurut kan kata kami berdua.

Setelah tiba di kedai tersebut, Khai menasihatkan aku supaya menyilangkan beg tangan aku kerana bahaya kawasan tersebut sangat sibuk.

Sebaik sahaja aku turun dari kereta, aku berdiri di sisi kereta menghadap ke jalan raya sambil menunggu mereka berdua keluar. Sedang aku leka, tiba-tiba beg tangan aku di ragut oleh 2 orang lelaki yang menaiki motosikal. Zairul berjaya merampas semula tetapi malangnya salah seorang daripada mereka bersenjatakan pisau. Tangan Zairul tercedera teruk disebabkan mereka menyerang.

"Wei ko ok tak?" Tanya aku dengan risau dan aku terpandang tangan Zairul yang penuh dengan darah.

"Wei darah.." aku pengsan.

"Wei Nur bangun la aku la cedera. Asal ko pengsan? Khai!!! Nur pengsan!!" Jerit Zairul.

🌸🌸🌸

"Cik Nur?" Aku terdengar nama aku dipanggil.. aku dah mati ke?.

Aku membuka mata aku dengan perlahan perlahan dan aku lihat sekeliling. Ya aku belum mati. Aku di wad kecemasan hospital.

"Cik ok?" Tanya doktor.

"Saya ok. Tunang saya dengan abang di mana?" Tanya aku.

"Diaorang ada diluar. Sekejap ye saya panggil mereka." Angguk aku.

Tidak lama kemudian pintu tersebut ditolak dan Zairul masuk dengan tangan yang berbalut.

"Ko ni aku yang berdarah ko lebih-lebih asal? Pengsan bagai. Nak Khai angkat la tu." ujar Zairul.

"Jealous la tu. Aku bukannya buat buat pengsan. Aku pengsan sebab ade.."

"Hemophobia" pintas Zairul.

"Apa pun thanks tau. Sayang Zairul."

"Hmm aku tau.. ha ni tadi Sir Ian chat aku kelua dia nak datang rumah kau hujung minggu ni." Ujar Zairul.

"Nak wat apa?"

"Dia nak pinang kakak ko." Jawab zairul.

"What?!"

Sir Ian bakal abang ipar Nur ?!
Sorry lambat update.




Diari Cinta MonyetWhere stories live. Discover now