bab 15 : khai II

66 2 0
                                    

Majlis pertunangan diantara Sir Ian dan Syaqila selamat berlangsung.

Ketika aku sedang sibuk membasuh pinggan mangkuk di dapur, aku telah dipanggil ke ruang tamu oleh adik lelakiku, Syazwan katanya ade perkara yang hendak dibincangkan oleh ibu.

"Eh anak ibu mari sini duduk sebelah ibu." Ajak ibu.

Semua ahli keluarga aku dan Zairul temasuk Sir Ian dan Syaqila berada diruang tamu. Mungkin ada masalah besar.

"Sebenarnya mommy nak bertanya pada Nur, boleh tak Zairul dan Nur bernikah dalam masa terdekat ni? Sebab mommy bukan apa. Tak lama lagi mommy akan ikut abang Khai ke luar negara. Jadi takut Zairul ini sunyi pula nanti." Ujar Puan Zaiton.

"Ok mommy why not kita lepas dulu spm. Sebab spm pun tidak lama dari sekarang." Cadang aku.

"Boleh tu boleh sayang tapi hujung bulan ni mommy dah pergi ikut abang Khai." Pujuk Puan Zaiton.

"Mommy abang Khai dah tahu tentang hal ni?" Tanya aku

"Abang Khai tak tahu lagi sayang nanti dah ade keputusan barulah mommy bagitau abang." Ujar Puan Zaiton.

"Kalau abang Khai tahu tentang hal ni dia mesti marah. Sebab abang Khai pernah cakap dengan Nur, kalau Nur nak kahwin cepat sekalipun Nur kena tunggu lepas spm. Mommy, Nur pun ade tanggungjawab Nur sebagai pelajar. Nur rasa more better Nur selesai kan dulu tanggungjawab Nur sebagai seorang pelajar baru lah Nur bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri." Jelas aku

"Maaf mommy Nur tak berniat nak hampa kan mommy tapi ini keputusan Nur." Aku bingkas bangun dan menuju ke bilik tidur aku.

🌸🌸🌸

"Nur! Bangun sayang." Panggil Puan Naura dari bawah.

"Ye dah bangun ni." Sememangnya aku dah bangun, selepas aku menunaikan solat subuh aku terus mengulang kaji pelajaran . Almaklum la spm dah nak dekat.

"Kalau dah siap tu cepat turun Abang Khai kamu ni dah tunggu lama."sambung Puan Naura.

"Abang Khai?."

Selepas itu aku turun dan menuju ke ruang tamu. Abang Khai dilihat sedang duduk di sofa sambil bermain handphone.

"Abang."

Abang Khai menoleh kearah aku.

"Dah siap rupanya budak kecil ni." Usik abang Khai.

"Abang dah makan? Jom kita makan." Ajak aku sambil ke ruang dapur untuk menikmati sarapan pagi.

Abang Khai bingkas bangun dan mengambil tempat duduk di hadapan aku.

"Nanti lepas makan kita keluar jom."ajak abang Khai.

"Alaa hari ni macam malas la nak keluar, lagipun kita keluar berdua je ke? Zairul tak marah ke?" Tanya aku

"Tak abang dah cakap dengan Zairul dah tadi. Dia kata okay. Tapi kalau Nur tak nak tak pe la." Ujar abang Khai dengan nada merajuk.

"Alaa hodoh la lelaki merajuk. Ye ye lepas makan ni kita keluar." Ujar aku.

🌸🌸🌸

"Ok kita nak pergi mana?" Tanya aku.

"Kita pergi tempat yang dulu Nur selalu ajak Nur pergi tapi abang selalu tolak." Ujar abang Khai.

"Ouh"

Setelah beberapa minit perjalanan, kami tiba di destinasi.

"Nur setuju ke untuk Nur cepat kan tarikh pernikahan Nur?" Tanya abang Khai sambil berjalan.

"Nur tak nak sebenarnya sebab abang pun tahu kan Nur ni masih student. Spm pun belum lepas. Tiba-tiba Nur kene galas tanggungjawab sebagai seorang isteri. Tapi entahlah diaorang Semua tak faham." Adu aku.

"Nur nak tahu tak sebenarnya Nur la cinta pertama abang." Ngaku abang.

"Tapi abang menidakkan segala-galanya. Abang layan Nur macam adik. Sebab apa? Sebab abang ketika hendak SPM. Abang cakap dengan hati sabar dahulu tunggu Nur habis belajar." Jelas abang sambil menatap wajah aku.

"Lepas tu masa abang dah nak spm, abang baru dapat tahu yang Qayyum ada niat nak dekat dengan Nur. Itu yang buat abang takut kehilangan Nur . Sebab abang tahu Qayyum tu sweet talker. Siapa saja yang kenal dia pasti jatuh hati." Sambung abang.

"Tapi Qayyum yang kenal dia baik bang.."

"Abang tahu abang jahat. Abang cakap dengan Nur dia tu jahat sebab abang tak nak Nur dekat dengan dia, jatuh hati dengan dia. That's why abang minta Zairul jaga Nur . Tapi dia bukan sahaja jaga Nur tpi dia rampas Nur daripada abang. Abang kecewa sangat dengan dia." Ujar abang sambil menundukkan kepala ke bawah.

"That's why abang tak datang masa hari pertunangan Nur dan abang ambil keputusan untuk sambung belajar di London."

"Tapi sekarang abang dah redha dengan pertunangan korang berdua." Sambung abang Khai

"Orang kata melihat dia bahagia itu dah cukup baik kan? Jadi abang nak Nur jaga Zairul baik baik. Kalau boleh lebih cepat Nur kahwin dengan Zairul itu lebih baik."
Ujar Abg khai lagi tetapi kali ini dia tidak memandang aku.

"Abang.."

"Abang kata abang sayang Nur kan? Boleh tidak hormat keputusan Nur. Biar Nur habiskan spm dulu. Ya Nur tahu abang tak nak Zairul hilang Nur macam mana abang hilang Nur dulu sebab dia je satu satunya adik yang abang ada. Tapi tolonglah hormat keputusan Nur. Nur bukan anak patung yang diaturkan oleh ramai orang. Nur pun ada hati dan kehendak. Insyaallah ada jodoh nanti kami akan berkahwin . Jangan risau." Jelas aku.

"Abang jom pergi tempat lain sini mendung lah macam nak hujan."

Done for new chapter.. sorry for slow update

Diari Cinta MonyetWhere stories live. Discover now