"hai dear, akhirnya kita dapat satu group juga. Yeayyy".
Sejak dari peristiwa itu , Zairul mula rapat dengan aku. Aku menganggap itu sebagai kawan. Sebab dengan budak perempuan lain pun dia buat macam tu juga.
Disebabkan aku puasa, aku naik kelas dahulu berbanding geng aku yang banyak kerenah, nak pergi tandas la, nak pergi tengok crush la. Aku malas sangat hari tu. So aku terus kelas tanpa menyinggah ke mana mana lagipun waktu sekarang waktu menengah atas (form 4 dan form 5) rehat.
Setibanya aku di kelas, hanya beberapa orang je didalam kelas. Aku mengerling ke meja sebelah kanan aku. Kosong.
'haih tak pernah lekat at kelas betul Zairul ni.' Aku mengambil keputusan untuk tidur sebentar sementara menunggu budak yang lain masuk.
"Wei Nur yang mana?" Sedang aku tidur aku terdengar nama aku disebut. Aku terus mendongak kearah suara tersebut.
"Tu yang bru bangun tu" Iwan (rakan sekelas aku)
"hye, ye ada ape cari saya?"tanya aku.
"Err tak ade pape.hye"jawab Qayyum dan terus keluar dari kelas..
🌸🌸🌸
Hari last sekolah.
"Alaa lepas ni Ira dah tak dapat nak jumpa abang."ujar ku dengan nada yang sedih."Alaa kan kita boleh whatsapp. klu Ira rindu abang whatsapp jela . Dah tak mahu sedih sedih. Ibu dengan ayah Ira dah tunggu tu " pujuk abang khai.
"Hmm bye abang" aku melambai ke arahnya dan menoleh kebelakang untuk melihat nya kali terakhir.
"Semoga Zairul boleh jaga dan protect kau sebaiknya daripada Qayyum lepas ni." Monolog Khai sendiri sambil membalas lambaian Ira.
🌸🌸🌸
End throwback.
Sejak last day sekolah hari tu sampai naik sekolah tahun baru ini, aku sudah tak jumpa dengan abang khai lagi. Jiwaku mula kosong.Disebabkan keputusan pt3 aku yang agak cemerlang, aku ditempatkan di kelas sains tulen dan aku terpaksa duduk dalam kumpulan bersama Zairul dan EL atas permintaan seseorang, kata cikgu la. Aku sebenarnya ok je nak duduk dengan Zairul tetapi aku kurang senang dengan perangai nya yang menginginkan perhatian orang. Dia selalu meminta pertolongan dari aku untuk membuat kerja sekolah. Aku tidak kisah untuk menghulurkan bantuan tetapi cara dia meminta bantuan itu aku kurang gemar, dia akan mendesak dan dia akan cuba duduk sangat dekat dengan aku sehingga sukar untuk aku bergerak. Sehinggakan ramai mengatakan kami ni couple. Dengan tanggapan seperti itu, ia membuatkan zairul bertambah suka dan lebih rapat dengan aku. Sebenarnya jika dibandingkan dia dan rakan baik nya EL, lebih baik EL sebab EL seorang yang agak pendiam dan pemalu.
🌸🌸🌸
Hari sukan peringkat sekolah hampir tiba, sebelum hari sukan bermula biasanya ada beberapa acara dijalankan sebelum sukan. Aku merupakan salah seorang pelajar atau atlet yang mengambil banyak acara. Sepanjang acara sebelum sukan berlangsung, aku x pernah berhenti rehat.
"Hai Nur." Tegur Qayyum.
"Eh hai" balasku, dengupan jantung ku berdegup laju .
"Nampak sibuk je. Ko masuk acara apa?" Tanya Qayyum.
"Tahun ni banyak sikit masuk, 400, 4x400,800,lembing dengan lempar cakera. Kau mesti banyak kan acara. Yela bakal olahragawan sekolah." Jawab ku.
"Aku sama je macam kau acara yang sama. Kan memang jodoh kita. Ko olahragawati, aku olahragawan." Jawab Qayyum dengan selamba sambil bangun untuk mendaftar acara.
'yela tu jodoh. Awek ramai.' cakap ku dalam hati.
"Aku dengar Nur. Awek aku ramai, isteri aku satu je. Ko." Jawab sambil jalan kehadapan.
'eh dengar pulak tu, eh jap bini? Aku? Eiii.'
🌸🌸🌸
Acara 800 meter P18 pun berlangsung, aku rasa sangat gementar kerana ini merupakan tahun pertama aku menyertai acara ini dan pada tahun ini juga peserta paling ramai antara tahun sebelum ini. Jantungku seakan berhenti ketika bunyi tembakan dilepaskan. Setibanya hampir ke garisan penamat, kepala aku mula pusing dan bibirku mula kering. Tempat di garisan penamat, aku rebah ke bumi. Duniaku seakan gelap dan hanya satu suara yang aku dengar iaitu suara zairul.
Aku cuba membuka mata dan aku lihat putih sahaja.
'aku dah mati ke?' monolog aku sendiri.
"Nur? Nur ok tak ni?"tanya Qayyum.
Aku menoleh kearah nya.
"Aku dekat mana ni?"tanya aku.
"Ko dekat klinik." Jawab Zairul dengan muka yang agak ketat.
'Pahal budak ni ketat je muka.'
"Wei korang aku nak balik la, tolong call mak aku." Pinta aku.
"tak pe Nur, biar Abg Qayyum hantar kan naik motor." Jawab Qayyum.
"Eh tak pe la. Tak elok org tengok lelaki dengan perempuan naik satu motor yg sama." Jawab ku.
" Tak pe lah Qayyum, Nur , aku dah call abang aku suruh hantar kan ko balik, jangan risau aku teman kan sekali then tak yah call mak kau. Dah malam dah ni." Aku setuju dengan cadangan Zairul.
Sementara menunggu abang Zairul sampai ke klinik, kami makan kedai makan yang berhampiran dengan dengan klinik. Qayyum sudah balik kerana ada kerja yang nak dibuat.
" Aku tak suka kau rapat dengan Qayyum. Aku tak nak kau kawan dengan dia." Ujar Zairul.
"Kenapa aku tak boleh kawan dengan dia?" Tanya ku.
"Kau tak kenal lagi siapa, dan aku tak suka. Aku cemburu." Jawab Zairul tanpa memandang aku.
"Hmm, whatever." Jawab aku dengn selamba.
Sorry post lambat. Busy sikit . Selamat berpuasa.😉
YOU ARE READING
Diari Cinta Monyet
Teen FictionKhai - "belajar dulu baru bercinta.." Qayyum - "aku playboy so ko boleh ke?" EL - "tak apa Zairul suka ngn ko.." Zairul - "kau tu tunang aku tau. Kau ingat tu" Nur/Ira - "ko ingat hati aku ni baton ke ko boleh sesuka hati main pass at orang lain". S...