bab 9: tunang II

80 2 0
                                    

Sebulan sudah pun berlalu, hari merupakan hari yang agak bersejarah bagi aku. Ya jarang dibuat orang bertunang ketika berusia yang amat muda.

Ting!

Syaz: wei kita orang dah sampai kampung kau tapi sesat . Amik kitaorang please.

Me: Alaa korang ni.. nasib majlisnya petang nanti tau. Kalau sekejap lagi sape nak amik korang.

Syaz: hehehe.. dah lama cepat amik panas ko tau tak at sini. Jap aku send location.

Me: hmm ok tunggu lagi sejam aku sampai.

Aku terus tutup fon dan mencapai kunci motor untuk keluar.

"Hei anak ibu nak pergi mana tu?" Tanya puan Naura.

"Angah nak pergi amik kawan Angah dye dh smpi kampung ni tapi sesat." Jawab aku.

"Tapi takkanlah nak naik motor. Ni jap ibu panggilkan Zairul kejap." Ujar Puan Naura.

"Ehh tak payah. Ala bukan Angah tak biasa bawak motor. Ibu lupa ke Angah ni bekas pelumba motor suatu kala dahulu." Jawab aku.

" Eleh bekas pelumba motor konon. Nak lintas jalan pun jerit jerit minta tolong." Satu suara yang menjengkelkan muncul di belakang aku.

"Sibuk je." Marah aku.

"Hahahaha.. Zairul.. boleh ibu minta tolong? Tolong hantarkan Nur ni amik kawan dia."pinta Puan Naura.

"Ibu? Zairul panggil ibu 'ibu' ke?" Tanya aku.

"Ye aku panggil ibu ko ibu ade masalah ke? Aku kene biasa kan nanti kita dah kahwin nanti senang sikit. X la aku kekok."jawab Zairul.

"Tapi.."

"Dah lah x de tapi tapi pergi cepat nanti kesian kawan Angah tunggu lama" suruh ibu.

"Hmm baik." akur aku.

🌸🌸🌸

"Zairul. Nak tanya boleh?"

"Ape. "Jawab zairul dengan malas.

"Macam mana awak dah pandai bawa kereta sedangkan umur awak masih 16? Dah la tak ada lesen, bawak kereta tak nak kalah, Audi." Tanya aku.

"Berani dan kaya. Sebab tu saya berani nak kahwin dengan awak walaupun usia kita 16 dan saya boleh bayar denda yang dikenakan jika perlu. Tapi abang khai tak bagi kahwin dulu, nanti takut Nur tak terima nanti." Jawab zairul.

"Ouh ye lupa pulak awak ni kan orang kaya, Tengku pulak tu . Maafkan patik Tengku Zairul."sindir aku.

"Dah mana kawan kau ni? Dah nak keluar kampung dah aku pusing ni."tanya zairul.

"Alaa dekat kedai cik Mat tadi dah terlepas dah."

"Eii kau ni dari tadi tak nak cakap."marah zairul kerana dia perlu berpatah balik kerana mereka telah terlepas jauh.

"Tak ikhlas tadi tak yah tolong." Marah ku.

"Diam la."

Setelah sampai di kedai runcit cik Mat, aku terus turun dan mencari kawan-kawan aku. Semasa aku menutup pintu, aku juga perasan zairul juga turun dari kereta.

"Eh kau nak pergi mana tu?." Tanya aku.

"Nak jumpa orang." Jawab zairul sambil pergi meninggalkan aku.

Aku pun sambung mencari rakan-rakan aku. Tak lama selepas itu aku ternampak Aisy keluar dari kedai runcit tersebut.

"Aisy!" Panggil aku.

Aisy menoleh dan bergerak mendekati aku.

"Wei rindunya dengan kau. Kau ni diam diam ubi berisi ea. Asal dulu benci benci tapi tup tup nak tunang." Ujar Aisy.

"Kau ni macam macam la. Mana yang lain? X nampak pun."tanya aku.

"Ouh semua ada je dekat dalam kereta tapi.." jawab Aisy sambil bergerak ke kereta yang dimaksudkannya itu.

"Tapi apa?"

"Ayu tak datang. Sebab tak sanggup tengok crush dia tunang." Jawab Aisy

"Eii what wrong... Wait wait ni bukan nya kereta Sir Ian ke?." Tanya aku sambil menunjukkan kearah Honda Accord dihadapan ku

"Haah.. kita tadi orang tumpang Sir Ian. Dia kata kebetulan dia pun nak pergi rumah kau." Jawab Aisy

"Buat apa dia nak datang rumah aku?"

"Nak.."

"of course la I nak tengok you tunang dengan my brother ni." Potong Sir Ian yang muncul secara tiba-tiba bersama zairul.

"Ouh ok."balas ku.

"Sir bila nak gerak ni dah la dalam ni panas . Sir bukannya nak bukakan aircond. Panas." Rengek Syaz yang sudah kepanasan duduk didalam kereta.

"Haa.. nak gerak la ni. Jap. Ouh dear, we need to go now. Jom Aisy " ajak Sir Ian .

Aku dan Zairul pun bergerak masuk ke dalam kereta dan bergerak pulang ke rumah nenek aku.

🌸🌸🌸

"Wei aku takut la dok."ujar ku. Ye aku rasa sangat gementar walaupun baru je nak tunang belum kahwin. Nur Syahirah rasa teramat la gementar.

"Alaa baru tunang belum lagi kahwin. Chill la" jawab Syaz.

Jantung aku lebih berdebar apabila Puan Zaiton melangkah masuk.

"Assalamualaikum Nur, cantik Nur hari ni."ujar Puan Zaiton sambil mengambil tempat disebelah aku.

Aku tertunduk malu dengan pujian yang diberikan.

Puan Zaiton mula menyarungkan cincin tunang ke jari manisku lalu aku menyalam tangan Puan Zaiton.

"Terima kasih cik."

"Apa pulak cik? Mommy. Just call Me mommy. " Ujar Puan Zaiton.

"Mommy harap Nur dapat jaga hati zairul macam mana dia jaga hati Nur. Ya mommy tahu ego anak mommy tu tinggi tapi mommy percaya Nur sahaja yang boleh rendahkan ego dia. Tolong jaga dan tengokkan anak mommy selama mommy dan abang khai dekat London ye." Pinta Puan Zaiton sambil mengalirkan air mata.

"Baik mommy."jawab aku dengan menghadiahkan sebuah senyuman yang manis kearah Puan Zaiton. Siapa cakap aku tak menangis. Aku ni dah orang yang sentimental sikit. Tak boleh tengok orang nangis. Nnti aku pun ikut menangis.

Thanks buat yang setia mengikuti cerita "diari cinta monyet" maaf kadang lambat update. Ada banyak lagi bab yang bakal diterbitkan so jangan lupa tunggu..

Diari Cinta MonyetWhere stories live. Discover now