Disebabkan semalam sudah dituduh dating ngn 'ketua pengawas' hari ini aku terpaksa jugak rehat dengan geng 'uchux raver' tpi kami beraver ye. Just nama je. Diaorang ni terlalu baik untuk aku walaupun hanya ayu je macam tak suka aku, bila aku tanya Syaz,
Syaz kata "biarkan je dia, dia tu memang macam tu.
Sedang kami turun,
"jap." Aisy berhenti secara tiba-tiba menyebabkan aku at belakang hampir terlanggar Ayu.
'Nasib tak terlanggar, kalau tak mengamuk 'gajah' ni.' monologku sendiri sambil tersenyum.
"Kau pahal Aisy berhenti mengejut?" Tanya wani.
"Tu ah" jawab Aisy sambil menunjukkan kearah sekumpulan budak lelaki kumpul dihadapan.
"Ouh jalan je la. Ni je satu satu yang ade nak pergi kantin aku dah lapar ni." Ujar Ayu.
"Ha yelah." Jawab Aisy.
Semasa kami berjalan dikalangan pelajar lelaki itu, aku baru terperasan ada Qayyum disitu. Tak lama selepas itu, aku terdengar mereka berkata
" yang belakang sekali tu kan Qayyum?." Aku tersentak."yang belakang sekali?".
Aku rasa aku yang belakang sekali antara diaorang . Untuk memastikannya aku menoleh kebelakang dan kedepan.
"ya. Memang aku at belakang sekali, tpi dia cakap pasal aku ke? Ke pasal lain? Pasal lain Kut. Biar lah" monolog ku sendiri sambil berfikiran positif.
Dikantin
"Wei tadi korang perasan tak? Masa kita lalu dekat tempat budak lelaki tadi, aku dengar diaorang ada cakap yang belakang sekali. Korang rasa diaorang cerita pasal ape ea?" Tanya Aisy .
'Diaorang dengar ke ingat aku sorang je yang dengar.' monolog ku sendiri.
"Dia cerita pasal aku la. Aku kan yang belakang sekali tadi." Kata Ayu dengan lagak nya.
"Wui Nur, tadi bukan kita ke yang belakang sekali?" Bisik Syaz kepada aku.
"Biarlah dia dengan dunia dia."jawabku sambil menyambung makan.
"Hai, rancak berbual. " Tegur Khai yang kebetulan lalu disebelah kami.
"Kitaorang tak bual apa pun." Jawab Ayu dengan wajah berseri-seri.
"Guys, boleh tak saya nak pinjam Ira ni kejap?" Tanya Khai.
"Ira? Siapa Ira?"tanya Ayu .
"Ira tu Nur la."jawab khai Riak wajah Ayu yang tadi berseri bertukar masam mencuka.
Aku malas untuk menegur dia dan terus menoleh.
"Ambil la tapi pulangkan tau nanti sebab kitaorang ada perbentangan hari ni." Ujar Aisy.
Aku bingkas bangun dan berjalan beriringan ke taman cendawan sekolah.
🌸🌸🌸
"Ha, kenapa abang nk jumpa Ira ni?"tanyaku.
"Sebenarnya abang nak cakap kalau selama ni abang ambil tahu pasal Ira, Ira jangan salah anggap yang abang suka Ira ye. Abang just anggap Ira ni adik abang je. Abang minta maaf sangat kalau selama ni buat Ira suka dan jatuh cinta dengan abang. Abang tak suka bercinta waktu belajar. Tapi abang tetap sayang Ira macam adik abang sendiri."jelas Khai.
Hati ku bagai dihiris-hiris. Mana tak nya cinta nya di tolak oleh crush nya sendiri nasib belum diluahkan lagi dari mulut aku sendiri.
"Tapi kenapa abang pilih Ira juga untuk dijadikan adik angkat abang sedang ramai lagi junior-junior at sekolah ni yang lagi cantik?"soal ku.
"Sebab muka Ira, suara Ira , sama dengan arwah adik abang, Syahirah."jelas Khai .
"Abang sangat sayangkan arwah adik abang sehingga kan sampai sekarang abang tak dapat terima kenyataan yang adik abang tu dah tak ada."sambung Khai lagi sambil mengalirkan air mata nya.
'aduh dah nangis pulak abang ketua pengawas ni. Harap-harap jangan la ade cikgu lalu. Dah la aku tak pandai pujuk orang.'bisik ku dalam hati.
"Hmm abang dah la tu jangan nangis lagi. Nanti orang lalu, diaorang fikir lain pulak. Dah dah Ira ok je. Macam ira cakap hari tu , Ira tak de abang. Ira pun suka kalau ada abang. Sekarang ni dah nak habis waktu rehat, jom masuk kelas." Pujuk ku.
"Ok lah jom. Abang pun nak gi tandas dulu, nak basuh muka,nnti diaorang tanya nanti susah abang." Ujar nya dan dia bingkas bangun.
"Ehh jap, nah ambik ni." Kata nya sambil menghulurkan sekeping kertas.
Aku menyambutnya dan membukanya. Nombor telefon?.
"Tu nombor abang kalau ade apa apa just call je. ok lah bye." Sambungnya lagi sambil berjalan menuju ke tandas.
"Hai, asal la ko ni handsome sangat. Sejak hari ni aku berazam aku nak jadi top student macam abang. Now you are my idol not crush." Sambung ku dan aku bergerak ke kelas.
Sorry guys lambat update ada latihan kawad sepanjang minggu ni. Ni yang lambat update. Tolong vote ye..
YOU ARE READING
Diari Cinta Monyet
Ficção AdolescenteKhai - "belajar dulu baru bercinta.." Qayyum - "aku playboy so ko boleh ke?" EL - "tak apa Zairul suka ngn ko.." Zairul - "kau tu tunang aku tau. Kau ingat tu" Nur/Ira - "ko ingat hati aku ni baton ke ko boleh sesuka hati main pass at orang lain". S...